
Salam sesegar raya yang dikatakan sebulan sebab Syawal ada sebulan. Betul ke? Jangan percaya!! Takkan puasa 30 hari nak sambut raya pun 30 hari juga.
Raya kali ini, saya jadi insan yang paling bahagia. Masakan tidak, dapat berkumpul sesama ahli keluarga. Bukan senang nak dapat peluang ni. (Walaupun baju raya saya siap saat orang sedang sibuk bersiap untuk ke masjid sembahyang raya-jahit sendiri la tu).
Walaupun tak dapat duit raya dan tak juga bagi duit raya kepada anak-anak saudara (maaflah, tak kerja lagi..huhu), raya kali ini jadi raya yang paling bererti sepanjang hidup saya setakat ini.
Raya pertama, saya ke rumah kawan lama yang hampir 5 tahun tak jumpa. Wah, hampir-hampir saya tak mengenalinya.
Raya kedua, ke rumah saudara di Rantau Panjang. Dan... seterusnya, tak penat berjalan. Best!!!
Pesanan penaja: Jangan lupa puasa 6 yang ganjarannya menyamai puasa setahun
30 + 6 = 365
No comments:
Post a Comment