
12 September 2008 menjadi hujung minggu yang amat meletihkan. Tapi, saya tidak ingin mengeluh kerana semuanya atas kehendak sendiri. Saya ke kota metropolitan dengan niat untuk mencuci segala virus yang memamah maintenance laptop saya yang semakin melembapkan diri. Kenapa perlu jauh ke KL? Saya mempunyai beberapa alasan untuk itu:
1. Install antivirus Panda yang tiada di Kuantan
2. Jumpa adik saya di CENFOS, PJ
3. Membeli dan membelah
4. Qada hajat saya yang tertangguh minggu sebelumnya kerana ketiadaan tiket, saya menggantinya dengan ke Terengganu untuk melepaskan segala macam rasa selepas ujian akhir blok (saya guna system blok, satu semester bersamaan dengan dua blok)
Bas saya jam 230pm hari Jumaat. Sampai di jalan Pekeliling hampir 630pm. Terus ambil LRT ke Universiti, bermalam di rumah kakak seorang kawan yang baru saja grad bulan lepas.
Kemudian hari Sabtu rancangannya untuk ke Low Yatt. Saya berjanji untuk bertemu adik di KL Sentral. Kemudia kami sama-sama menaiki monorel dan turun di Imbi saat jam hampir 12 tengah hari.
Saya membeli aksesori laptop, perkara kedua yang saya gilakan selepas buku. Saya beli USB hub, cooling fan, keyboard protector dan juga beg laptop yang sangat comel (tek percaya boleh tengok dalam blog Nissa’..hehe) dengan harga yang amat berpatutan.
Kemudian, saat laptop saya sudah dibedah dan dicuci, kira-kira jam 4pm, saya ke Times Square pula bersama adik. Kami bercadang untuk membeli aksesori raya untuk anak-anak saudara saya yang semuanya perempuan.
Dan, dari situ kami bertolak ke KL Sentral dan tiba saat jam hampir 6pm. Saya menaiki bas Rapid KL85, bas alternative kepada Metro 12 yang sangat saya rindukannya semasa belajar di matrik PJ. (tentulah bas 85 belum ada lagi time tu..huhu)
Dalam bas, saya mesej Nissa’ , mengkhabarkan saya di PJ. Kebetulan dia free hari Ahad dan kami bercadang untuk berjumpa di LRT Masjid Jamek jam 11am.
Sampai di matrik, kami singgah pula di bazar Ramadhan berdekatan. Lenguh bahu saya menggalas beg tidak terasa saat bersua kembal dengan matrik yang masih seperti dulu. Sudah hampir 2 tahun saya tak ke sini. Kata adik saya, pelajar lelaki selalu terpegun dengan lif baru di bangunan SM, tapi mereka belum melihat lif baru yang lagi cun di Mahallah Khadijah. Wah, ini buat saya jadi tidak sabar untuk melihatnya!
Hari Ahad, saya bersama adik ke masjid Jamek. Kami naik Metro 12 dan turun di stesyen Universiti. Kemudian, terus ambil LRT terus ke Masjid jamek (maaf Nissa’, K.Safi terlambat 15 minit). Dan kami bertiga mula meredah malah kadang-kadang merempuh (hiperbola la tu) aliran manusia yang semakin ramai.
Hajatnya, saya ingin ke Sogo. Jadi kami melalui Jalan TAR yang dipenuhu bazaar kain. Tapi, hajat itu terbantut saat melihat trafik manusia yang tak pernah jumpa lampu hijau, ditambah dengan perut kosong dan beban yang memberat di belakang, saya batalkan hasrat ke Sogo yang khabarnya mengadakan jualan murah.
Menggantikannya ialah kedai buku Minerva dan Pustaka Mukmin. Apa lagi, saya memborong seumpama orang memborong baju (dapatlah sikit diskaun).
Buku-buku yang dibeli:
1. Mens Are From Mars, Women Are From Venus-John Gray
2. Life Is An Open Secret –You, Me And We
3. Life Is An Open Secret-Think About It
4. Menyingkap Rahasia Gerakan Solat-Prof KH.M. Ali Yafie
5. 1515-Faisal Tehrani (dah dibaca berulang kali, belinya belum)
6. Bohemian-Imaen
7. Labyrinth-Imaen
Buku dari Nissa’-Hud oleh A. Samad Ismail-terima kasih oleh-olehnya.
Jam 115pm, kami menongkah arus balik ke Masjid Jamek. Saya melepaskan Nissa’ ke LRT dan berjalan kaki bersama adik menghala ke Puduraya dengan letih yang tidak mampu dikawal. Letih yang amat, kami melangkah laju mengimbangi berat beban beg yang dibawa. Dan sampai di depai Mydin kotaraya, kami berpisah. Adik saya berjanji dengan kawannya di situ dan saya terus melangkah ke Puduraya yang tak pernah sunyi.
3pm, bas Mara Liner yang saya naiki bergerak kembali ke Kuantan, tinggalkan kota yang sarat dengan ragam manusia itu hidup menampung ribuan nyawa.
2 comments:
waa, safiyah..
sudah lama sy cari buku life is an open secret (both) tp xde keizinan masa dan kewangan..huhu.. boleh dipinjan nggak buku2 itu :)
salam nailofar
boleh2
sudah lama saya mahu beli secara online, tapi tertangguh sbb payah nak g bank in, rupanya ada kat kl, bersyukur sangat:)
Post a Comment