Thursday, September 11, 2008

SUNAT & SUNNAH






Amalan berguna untuk kesihatan.

Sekadar untuk panduan bersama, saya ingin berkongsi tazkirah yang disampaikan seorang teman seusai solat sunat terawih 4 rakaat.

Amalan Rasul saw sempena Ramadhan untuk mengelakkan kekenyangan yang akan mengganggu kekusyukan solat maghrib dan solat sunat terawih.

1. Amalkan duduk di depan hidangan 2-5 minit sebelum azan. Ini adalah penting untuk merangsang rembesan enzim amylase dalam mulut dan asid hidroklorik serta enzim-enzim lain di dalam badan yang berehat hampir sehari.
Enzim ini akan dirangsang rembesennya dengan rangsangan bau makanan, fikir tentang makanan atau tindakan mengunyah makanan. Jadi, rembesan sebelum makan akan memudahkan proses penghadaman makanan.

2. Berbuka dengan makanan manis. Ini penting kerana di dalamnya terkandung glukos yang akan memberikan tenaga kembali kepada kita.

3. Kunyah makanan sebanyak 40 kali. Saya yakin anda hanya akan makan nasi sesenduk sahaja berbanding beberapa kali tambah nasi dengan kunyahan dua tiga kali saja, makanan terus sampai ke perut.
Nasihat ini pernah diberikan oleh Us Dr Jamnul Azhar Mulkan kepada seorang doctor Indonesia yang akhirnya memeluk Islam setelah mengamalkannya.(menyembuhkan masalah penghadaman yang bertahun-tahun dideritainya) SUBHANALLAH!!

4. Amalan terakhir, kata-kata yang diucapkan oleh Nabi saw saat tabib yang dihadiahkan untuknya tidak pernah dipanggil memberikan khidmat-makan apabila lapar dan BERHENTI SEBELUM KENYANG

Akhir kalam, setiap penyakit bermula dengan mulut. Hati-hatilah dengan pemakanan kita. Jangan jadikan Ramdhan sebagai bulan PESTA MAKANAN.

No comments: