Sunday, April 13, 2008

PESTA BUKU KL


Gara-gara cemburukan Nissa’ yang dengan bangganya menceritakan bahawa dia akan ke pesta Buku Antarabangsa kuala Lumpur untuk kali ke-2, saya bertekad untuk melupakan seketika hakikat saya akan menghadapi Peperiksaan Professional saya yang pertama. Mula-mula, saya mencari sesiapa yang sanggup untuk menemankan saya, tapi semuanya beralasan peperiksaan makin mendekat yang menghalang ke sana. Saat saya dah hampir putus asa –saya tak berani ke KL seorang diri, sah-sah ibu saya tidak membenarkan-seorang teman datang untuk mengambil bukunya yang dipinjamkan kepada saya.


Teman itu –pelajar Biomedic –akan pulang ke rumahnya di Kelang.
Saya secara bergurau meminta dia menemankan saya setelah menceritakan padanya keinginan saya untuk ke sana. Dan dengan mudah pula dia menyanggupinya.
Apalagi, saya terus meminta dia tolong membelikan tiket pergi dan balik untuk saya.


Saya ke KL petang Jumaat –dengan memonteng kelas Epidemiology yang diberitahu sebelum minitest pagi Jumaat-dan pulang semula ke Kuantan petang Sabtu. Satu perjalanan yang cukup mengerah segala kudrat saya.


Akhirnya saya pulang dengan perasaan puas hati walaupun hanya sempat berjumpa Samad Said saja hari itu. Dewan sesak dengan pelajar sekolah dan orang ramai.
Buku-buku yang dibeli:

68 Soneta pohon Ginkgo-A Samad Said
Dari Salina ke langit Petang-A Samad Said
Peribadi-Hamka
Karya nan Indah-Faisal Tehrani

Apa-apapun saya puas hati kerana tahun lepas pun saya tak berpeluang juga ke KLIBF. Tahun ni-balas dendam..hehe

Wednesday, April 2, 2008

SEMUA ORANG ATAU SETIAP ORANG


Ini kisah empat orang yang bernama :
Setiap Orang
Seseorang
Siapa Pun
Tidak Seorang Pun

Ada beberapa tugas penting yang harus dicapai dan meminta Setiap Orang untuk mencapainya.

Setiap Orang yakin bahawa Siapa Pun dapat melaksakannya.

Siapa Pun dapat mencapainya, namun tidak Seorang Pun melakukannya

Seseorang marah dengan hal itu, kerana ini adalah tugas bagi Setiap Orang

Setiap Orang kira bahawa Siapa Pun dapat melakukannya, tatapi Tidak Seorang Pun mengetahui bahawa Setiap Orang pun tidak melakukannya

Pada akhirnya, Setiap Orang mencaci Seseorang ketika Tidak Seorang Pun melakukan apa yang mampu dilakukan oleh sesiapa pun.

MASA IBARAT PEDANG, JIKA KITA TIDAK MEMOTONGNYA MAKA IA AKAN MEMOTONG KITA


Ketika Imam al Ghazali bertanya kepada pelajarnya apa yang paling jauh, pelbagai jawapan yang diberi oleh pelajarnya.

Bulan
Matahari

Lantas Hujjatul Islam itu menjawab : yang paling jauh daripada diri kamu ialah masa yang lalu kerana walau dengan apa cara sekalipun manusia tidak akan mampu mengembalikan masa silamnya.

Ungkapan ini bermaksud menekankan betapa pentingnya masa yang sedang dilalui sekarang. Sebagaimana satu ungkapan :

Hari ada tiga
Esok yang tidak pasti
Semalam yang telah menjadi kenangan
Dan
Hari ini yang sedang dilalui
Nikmatilah hari yang sedang dijalani sekarang

Kerana masa jalanannya tidak mungkin berpatah balik, kita mungkin akan lebih menghargai masa setelah membaca gambaran-gambaran berikut :

Jika anda ingin mengetahui berapa nilai waktu satu tahun, tanyalah kepada seorang mahasiswa yang tidak lulus dalam ujian kenaikan ke tahun dua universiti

Jika anda ingin mengetahui berapa nilai waktu satu bulan, tanyalah kepada seorang ibu yang melahirkan anak yang belum cukup bulan

Jika anda ingin mengetahui berapa nilai waktu satu minggu, tanyalah seorang editor majalah mingguan

Jika anda ingin mengetahui berapa nilai waktu satu hari, tanyalah seorang buruh yang mempunyai sepuluh orang anak yang perlu disuap mulutnya

Jika anda ingin mengetahui berapa nilai waktu satu jam, tanyalah kepada seorang pekerja kilang fabrik yang memiliki produktiviti yang tinggi

Jika anda ingin mengetahui berapa nilai waktu satu minit, tanyalah seseorang yang tertinggal kapal terbang

Jika anda ingin mengetahui berapa nilai waktu satu saat, tanyalah seseorang yang selamat daripada kematian di depan mata

Jika anda ingin mengetahui berapa nilai waktu setengah saat, tanyalah pemenang pingat perak dalam pertandingan lumba lari

Dengan demikian, kita akan lebih menghargai detik-detik yang sedang dilalui dan dinikmati sekarang berbanding mengenang masa lalu yang kita tidak mampu untuk mengubahnya atau membayangkan masa hadapan yang masih samar keadaannya.

Tuesday, February 12, 2008

SATU PINTU ANTARA BERJUTA JALAN


Mengapa mesti termangu di hadapan pintu yang kemas tertutup lagi berkunci andai deretan pintu yang lain luas terbuka dan menyediakan ruang untuk kita memasukinya?


Allah hanya menutup satu pintu yang barangkali tidak menepati perwatakan dan tindakan kita, tetapi Dia membuka pintu-pintu yang akan memberikan sinar gemilang buat diri dan menepati pula dengan bakat dan kebolehan yang ada.


Justeru, jangan pernah risau saat kaki usaha pernah tersandung dan hampir rebah atau pernah berkali-kali rebah kerana mungkin usaha lebih gigih diperlukan untuk mencapai matlamat yang unggul atau barangkali kita boleh mencuba melalui pintu-pintu lain.


Jangan pernah kecewa jika usaha sudah ke tahap maksima sedang hasil tidak seberapa malah mungkin tidak melapasi piawai yang ditetapkan kerana yang dinilai bukan pada hasil hujung usaha tapi jalan dan onak yang direntas untuk menuju garisan akhir yang dinamakan kejayaan.
Jangan pernah putus asa jika kejayaan masih belum menyebelahi kerana masih banyak pintu yang belum kita terokai untuk mencungkil potensi diri.


Demikian, masuklah dari pintu yang lain jika pintu yang pernah dimasuki seakan tidak merelakan diri tewas di dalamnya.

Wednesday, January 23, 2008


TERSUNGKUR DI PINTU RASA


Dia membenih dendam
Dalam amarah yang berapi
Dia melapah setiap hati
Yang tidak pernah mengganggu-gugat ketenteraman nya
Dia memegang tampuk kuasa
Megah dengan pinjaman semata
Lantas mencipta pelbagai konspirasi jelik
Demi melunaskan hasrat terpendam
Melangsaikan tugas ditinggalkan seorang ayah
Lantas dia melakar draf pertama sebuah sandiwara
Rela membunuh rakyat sendiri
Sanggup memusnahkan sebuah kebanggaan
Demi menakhluki sebuah negara

Katanya ketika mesyuarat
Tragedi 11 September untuk Afghanistan
Inilah bahana kerana negaranya Islam
Isu tanaga nuklear pula dijadikan alasan
Untuk membina kerajaan boneka di Iraq
Hanya kerana enggan sujud di kakinya
Seperti negara Arab yang lain

Dia menyekat aliran kemanusiaan
Membina empangan permusuhan
Hingga satu saat binaan itu runtuh
Yang mengalir hanyalah merah pekat warna darah
Kemanusiaan pudar dalam hati setiap jiwa
Meledakkan hanya rasa penuh kebencian
Tanpa sebab yang apa-apa
Hanya sekadar luahan rasa yang dikuasai dendam
Kerana kebejatan sebuah pemikiran

Dia,Presiden sebuah negara
Walau tewas dengan keresahan yang sering memburu
Tetap angkuh meneruskan misi keji
Menjadi mastermind setiap tragedi
Meyatimkan anak dan menjandakan para isteri
Meletakkan gelaran pengganas kepada sesiapa yang cuba melawan
Juga merampas kedaulatan negara yang tiada daya menghalang

Saat roh-roh melayang tercerai dari jasad
Saat pekik-pekik suara jelas kedengaran
Saat empangan air mata melimpah
Dia hanya merekah senyum
Menyebarkan kezaliman pada setiap langkah
Menterjemah jiwa yang kacau
Walau sering dihambat gelora
Kerana bayangan malaikat maut sering sahaja memburu
Kerana dia juga percaya kepada hukum karma
Detik kematian semakin rapat menghampiri
Atau sesekali melihat telatah teman sealiran
Terlantar koma,kaku tanpa sebarang pergerakan

Namun,dia tertewas jua
Tersungkur di kaki dendam
Sujud kepada syaitan
Dan membiarkan nafsu mengemudi akal

Ini puisi saya yang pertama tersiar. Banyak sungguh kenangan dengan puisi ini. Semuanya lantaran tak puas hati beberapa puisi pendek saya yang dihantar ke majalah Tunas Cipta tak tersiar-barangkali sajak panjang lebih menjadi pilihan. Lantas sekali duduk, sajak itu saya siapkan tanpa sebarang suntingan atau edit dan terus saya emailkan. Ideanya –peristiwa 11 September dan jua dendam Bush junior meneruskan usaha Bush senior.

Rupa-rupanya sajak ini ialah titik permulaan bagi segala-galanya. Saya ditawarkan mengikuti MPR06 dan berkenalan pula dengan penulis yang rata-rata nama mereka acap saya kagumi kerana kekerapan karya tersiar dalam pojok sastera di surat khabar dan majalah. Saya tak pernah merasa saat yang paling bahagia sekali dalam momen indah hidup saya selain perkampungan penulis ini walaupun terpaksa ponteng kelas selama seminggu.

Saya bisikkan kepada seorang teman yang cukup memahami-andai program ini dilanjutkan selama sebulan, saya tak pernah menyesal tinggalkan kelas untuk tempoh itu. Tambahan lagi saya tak pernah bermimpi menyertai program ini.

Saya ditawarkan menyerti program ini saat menduduki peperiksaan akhir-dan kerana terlalu terkejut, saya rasa macam di atas angin saja saat menjawab soalan peperiksaan.

Assalamualaikum dan salam ceria. Sudah lama tinta saya terkandas hanya di sudut hati. Terlalu banyak yang terjadi hingga hanya hati jadi pengemudi bicara dengan jantung yang berdetik keras. Saya mulakan tahun baru 2008M dan 1429H dengan azam yang lebih tekad-azam yang lama tapi diperbaharui dan disegarkan lagi intinya.

Puisi atau lebih tepat lagi lagu ini saya petik dari blog iluvislam yang disalin dalam laptop seorang kawan. Hayati liriknya yang sungguh menginsafkan:

Yang kelabu
Hening telaga biru
Berubah menjadi ungu senja
Tak terkikis batu hitam kelam

Di atas tegak tebing yang bersahaja
Semburan warna-warna cakerawala
Adalah lukisan terindah
Rindu air pada muara
Setelah lelah berliku
Kepada embun-embun pagi
Dan kabut malam hari yang berdoa
Memohonkan ampun bagi sesiapa saja
Dan bersimpuh lantunkan rasa
Hidup pada-Nya

Yang setia cahaya yang agung
Menebar picar hangati maya pada
Belai angin pada dedaunan
Ingatkan kembang untuk terus merekah
Manjakan penghuni perebut karunia
Patuhi titah-Nya Sang Perkasa
Rangkuli kicau jagat raya
Sampai masa tak berdegup

Tak pernah bumi ini mengadu
Walau terinjak bertapak
Namun tetap tumbuh
Gempita puji-puji semesta
Selamanya pengakuan
Pada Dia Yang Esa

Friday, December 28, 2007

THE ONLY LOVE

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku.Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.

Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam."Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?""Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini."Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi."Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? A

llahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT

Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat. Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak (qiyam) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.

Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar (parallel to the ground) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, dan tulang pinggang .

Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki. dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah an lain-lain otot lagi.

Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita.

Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.
"Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji." (Surah al-Isra' 17: 79)

Wallahu Taa'la A'lam

Wednesday, December 12, 2007

PELIKNYA UMATKU



Peliknya umatku...


Bola punya hal, pukul 3 pagi boleh bersengkang mata. Bola punya hal, ringan aje tubuh untuk bangun saat ayam pun tak bangun lagi. Tapi, pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat untuk bangun jika disuruh tahajjud dan dua rakaat solat sebelum sahur cukup menyeksakan baginya.


Peliknya umatku...


Menangis teresak-esak sebab penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia. Air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut menangis namun, berapa ramai umatku yang sudi mengalirkan air matanya sebagai taubat kepada yg Esa? Berapa ramaikah umatku yang menangis kerana kematian ulama atau solehin?


Peliknya umatku....


Sms berpuluh ringgit dengan senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan terpilih. Jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan nombor undian, tetapi, jari jemari begitu berat untuk mengambil seringgit unttk dimasukkan ke dalam tabung masjid. Tangan begitu kaku untuk menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.


Peliknya umatku...


Gembira teramat sebab anak pandai menyanyi dan pandai main piano dan sedih sekali pabila anaknya tak dapat masuk Akademi Fantasia atau Malaysian Idol. Namun, tak ramai umatku yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran. Tak ramai umatku yang resah jika anaknya tidak tahu sujud kepada yg Esa.


Peliknya umatku...


Sanggup bersesak-sesak, berhimpit-himpit di padang konsert hiburan.
Sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan sedihnya.
Program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan meriah dari umatku.
Mereka tidak sanggup untuk berdiri dlm saf walaupun 5 minit cuma.


Peliknya umatku...


Setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran. Tak cukup peringkat kebangsaan..dibuat peringkat antarabangsa tapi, dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera. Mana rasa elok, diamalkan..mana rasa tak elok untuk nafsu, baca aje dah le.


Peliknya umatku....


Setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia jam 12 malam pada hari merdeka.
Pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak ramai-ramai.
Tak kira jantan betina detik saat jam 12 , saat yg ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar.
Sedihnya..tak ramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid.


Peliknya umatku....



setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara2 sumbang dan lantang yang cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah.

SOLAT TAHAJUD : PERSPEKTIF PERUBATAN


Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sebagai shalatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidakmeninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam.


Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.


TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD


Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr RayMeddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.
Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian -tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deepsleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yangsebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam. Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur.


Apabila seseorang athlit hendak memasuki suatupertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.Mengikut kajian ahli perubatan Barat, sebelum kita merasa hendak tidur,mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk ( drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu.
Tidur Tao,Confucious dan Sikh.

Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu.Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao,Confusies dan Sikh.


PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT

Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang. Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : " The woods are lovely,dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep." Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur."
"The heights bygreat men reached and keptwere not attained by sudden fight. But while their companions sleep weretoiling upwards in the night." - Longfellow Maksudnya " Pencapaian kerjayayang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapimereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. "


Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Sekarang kita kembalikepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur. Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan imankita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.


Dari segi sains perubatan pula,kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkanotot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidak merasa nikmat oksigen ini.


RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT


Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat. Secara kasar, padamula kita berdiri tegak( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paruakan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.
Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepalalutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianyamenggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dantulang tungkin. Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnyadi atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki, dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot danp ersendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali.


Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi. Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang,jari-jari kaki dan lain-lain.


Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. Kalau kita lihat dari dua perkaratersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerakotot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuhbadan kita. Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.

Friday, December 7, 2007

SAMBUNG LAGI


2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.


3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.


Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yang besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dengan air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.


Jangan meniup air yang panas, sebabnya sama diatas.


Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati orang yang sudah berkahwin yang berzina?


Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yang dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.


Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.


Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.


Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.


Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yang disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian.


Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendiakawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama ‘equality and unity’ tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yang berada di atas setelah ia memijak-mijak yang lain.


Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'e, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah