Saya menganyam mimpi atas lantai basah berdebu. Saya
mengutip sisa kenangan yang terkandas di pelabuhan silam. Saya singgah di
hentian muhasabah untuk membuat hitungan ‘amal.
I’ve been there.
Mencintai bukan suatu dosa
CINTA DAN PERKAHWINAN
Ini bicara santai saat suku pertama menjadi pelajar akhir
telah berlalu. Masih punya 75% duri-duri di sepanjang laluan sebelum menamatkan
alam belajar yang penuh menyeronokkan.
Alhamdulillah ujian akhir blok1 telah berakhir dengan aman.
Ada bauran rasa-antara suka, duka, syukur dan sabar. Segalanya telah
tertulis..usaha..doa dan tawakal ialah siri perjalanan sepanjang waktu.
Masih punya waktu untuk pembaikan.
![]() |
| Sebelum bergelar suami |
IT’S NEVER TOO LATE TO LEARN
Hujung minggu usai ujian ialah saat yang paling aman. Aku
bercadang untuk bertapa di mahallah sahaja sambil mengarang sepotong dua cerita
tentang kehidupan. Namun, sepotong mesej seorang teman amat menarik
perhatian.jemputan ke majlis perkahwinan teman penulis di Gong Badak.
Menimbang-nimbang, aku membuat keputusan untuk bermusafir ke Terengganu.
Bertolak sebelum maghrib dan tiba di Homestay Teluk Ketapang
hampir tengah malam. Seberang takir mengingatkan aku- LAUTAN TAK BIRU DI
SEBERANG TAKIR. Jua cerita Ayat & Johanna. Makan lewat malam dan
borak-borak ringan sebelum melelapkan mata barang sepicing dua.
Esoknya bersarapan dengan roti canai dan terus ke masjid
Unisza untuk upacara akad nikah. Mudahnya satu akad menghalalkan segalanya. Tak
sampai seminit-akad sah menghalalkan segala. Indahnya hidup bersyariat. Kahwin
itu suatu yang mudah, jadi kenapa mahu memilih untuk tidak berkahwin andai
jodoh sudah tiba?
Kemudian terus ke Dewan untuk majlis kenduri. Terserempak
dengan teman lama uia pj dahulu.
Usai makan, kami ke Pasar Payang. Nasib baik tak mudah
rambang mata melihat pakaian. Hanya rambang mata melihat helaian kertas yang dibukukan.
Fikir-fikir, lain kali masih ada, andai ekonomi mengizinkan, kembali lagi ke
sini masa mendatang. Jadi, hanya membeli buah tangan untuk bonda tercinta
sahaja.
Kemudian, menikmati angin pantai sambil makan sotong celup
tepung dan keropok lekor bersulam air kepala. Wah, nikmat!
Berangkat kembali ke kuantan hamper jam 5pm dan singgah
sebentar di Mesra Mall untuk jama’ solat beserta menjenguk buku di popular.
‘terpaksa’ keluar dengan sebiji novel Imaen di tangan-urusan cinta yang belum
selesai.
Urusan cintaku? Masih jua belum bermula, masakan mahu
selesai.haha...
TENTANG CINTA dan PERKAHWINAN
Cinta ialah urusan sederhan yang mampu menjadi picu tenaga
untuk terus maju merealisasikan pesan baginda Rasul saw yang mafhumnya:
JADILAH HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM
Cinta seorang ibu dan seorang bapa menjadikan segalanya
mampu dikorbankan demi anak tercinta. Boleh pandang sekeliling, berapa ramai
yang awalnya workaholic menjadi tidak sabar menunggu detik jam 5pm untuk pulang
setelah kelahiran cahaya mata?
Namun, cinta ini tak mampu menandingi cinta Allah yang Maha
Agung. Diberinya mentari yang setia muncul meski ayam tak berkokok. Diberinya
oksigen percuma untuk jantung berdegup tanpa batasan. Diberinya pahala yang
banyak untuk usaha yang sedikit. Diberinya akal untuk pertimbangan sihat
membuat keputusan.
Dijawabkan segala rintihan dan permintaan meski waktu banyak
diperuntuk untuk tidak mematuhinya. Dipermudah segala urusan dan dikurniakan
nikmat setiap waktu tanpa disedari. Betapa malunya menjadi hamba yang
menghitung sukar dalam lelah, bukannya menghitung hikmah dan nikmat dalam susah
dan senang aturan.
![]() |
| Sesudah bergelar isteri |
SISI LAIN TENTANG
PERKAHWINAN
Perkahwinan : menyatukan dua jiwa yang punya 1001 perbezaan
dengan hanya satu persamaan.
Perkahwinan: ialah permulaan cinta halal antara lelaki dan
wanita.
Jangan menoktahkan cinta dengan perkahwinan. Tapi, mulakan
perkahwinan itu dengan penuh rasa cinta. Jangan jadikan perkahwinan sebagai
pusara cinta.
Pesan untuk diri sendiri: usah terpengaruh dengan status fb
yang memuja muji pasangan dengan penuh kehebatan seolah-olah : I want to tell
the world, I’m happy now.
Hakikatnya perkahwinan itu belum boleh dibuktikan selagi
belum teruji. Saat teruji, barulah belang sebenar akan terserlah. Hakikatnya di
situlah. Baik dan buruknya terimalah. Inilah jalan hidup yang Tuhan pilih dan
kita pun memilihnya.
Banyak mimpi belum terserlah. Banyak ayat belum ternoktah. Isilah
mimpi dengan redha dan yakin. Masih punya rezki milikmu yang takkan mampu orang
lain menyambar.
Owh..saya masih mencari di mana Zaman menghilang..masihkan
menjadi ‘pembaca senyap’ atau sudah ke mana kamu?
Dia sudah selamat menjadi milik orang dan saya bahagia melihat senyumnya melebar. Teman, doaku kebahagiaan itu milikmu sentiasa dan dia lebih dari mampu untuk mengisi ruang yang aku kosongkan dalam salah satu ruang kecil dalam hidupmu.


No comments:
Post a Comment