Meladeni kerenah adik-adik (mungkin layak dipanggil
anak-anak untuk seseorang seusia aku) membuatkan fikiran terkenang kampung
halaman dan bonda tercinta. Pesakit kanak-kanak bermacam ragamnya. Kadang kala
agak menguji kesabaran diri sambil terdetik dalam hati, mampukah aku jika
ditakdirkan Tuhan menjawat jawatan seorang ibu?
Tak mudah bukan!
Tak mudah bukan!
Tugasan untuk pesakit kanak-kanak tak banyak sebenarnya,
namun hanya mampu disiapkan dengan syarat mendapat pesakit yang bekerjasama.
Antara kriteria yang membantu aku selaku pelajar ialah:
1. Ibu bapa sanggup melarikan diri dari kerja demi menunggu anak-anak membuat rawatan
![]() |
| RUBBER DAM VERSI CANGGIH-MACAM OPTRA DAM YANG PERNAH DIGUNA ZAMAN MUDA-MUDA DAHULU |
2. Ibubapa yang menepati masa menghantar anak-anak untuk rawatan
3. Ibu bapa yang mampu memantau tabiat anak-anak seperti berhenti dari membiarkan anak-anak tidur dengan botol susu, membantu anak-anak memberus gigi untuk anak-anak yang berumur 6 tahun ke bawah dan juga
Alhamdulillah boleh dikatakan majoriti ibu bapa ini amat bekerjasama dan sangat menyokong anak-anak menjaga kebersihan mulut.
Fasa kedua ialah kerjasama dari anak-anak kecil ini sendiri.
Lazimnya semasa sesi kanak-kanak, akan banjirlah ruang dengan air jernih yang bertakung di tubir mata. Alangkah!
1. Ada anak-anak yang sangat bekerjasama. Diberi ubat bius secara suntikan untuk rawatan akar, muka mereka tenang sahaja sampai aku pun kagum. Al maklum, aku sendiri pun tau betapa tak selesa (baca=sakit) suntikan bius dengan jarum. Dipasang rubber dam dengan clamp yang menekan gusi pun, masih senyum dan disuruh mengiring ke kanan kiri pun mengikut sahaja. Yang ni tabik spring!
Lazimnya semasa sesi kanak-kanak, akan banjirlah ruang dengan air jernih yang bertakung di tubir mata. Alangkah!
1. Ada anak-anak yang sangat bekerjasama. Diberi ubat bius secara suntikan untuk rawatan akar, muka mereka tenang sahaja sampai aku pun kagum. Al maklum, aku sendiri pun tau betapa tak selesa (baca=sakit) suntikan bius dengan jarum. Dipasang rubber dam dengan clamp yang menekan gusi pun, masih senyum dan disuruh mengiring ke kanan kiri pun mengikut sahaja. Yang ni tabik spring!
![]() |
| RUBBER DAM-BAJU HUJAN YANG MELINDUNGI GIGI DARI BASAH |
2. Ada ibu bapa yang sangat bekerjasama, bila-bila masa pun boleh datang (demi memikirkan kesihatan anak-anak tercinta), sayangnya anak itu terlalu muda untuk memahami prosedur pergigian yang sangat sensitif dan teliti setiap prosesnya. Terutama proses rawatan akar yang memerlukan isolation of operating field dengan rubber dam (baca=baju hujan hijau) dan gigi terpaksa ditidurkan (baca=numb) dengan ubat bius yang memerlukan suntikan jarum.
3. Ada anak-anak yang menangis sampai satu klinik dengar (apa saja budak ni buat sampai anak menangis), namun ada jua yang menangis tanpa suara (hanya air jernih yang mengalir membasahi pipi) sambil memeluk mama/papa supaya jangan meninggalkan mereka sendiri dalam bilik x ray (untuk Panoramic dan Periapical). Apa yang aku buat? Oh Tuhan, aku masih belum punya anak, mana saja mampu aku kutip pengalaman memujuk anak-anak yang masih attach dengan ibubapa dan tak mampu menerima orang asing seperti aku?
![]() |
| INILAH RUPA RUBBER DAM BIRU-NICE |
d 3. Ada jua kes yang enggan buka mulut meski mereka sudah landing dengan amannya di atas kerusi. Burn beberapa sesi aku dihabiskan untuk memujuk anak-anak yang comel ini. Pengalaman yang cukup indah.
4. Ada jua yang aktif sampai aku yang terpaksa mengubah posisi untuk membuat tampalan. Agak-agaknya menyumbang tak kepada sakit belakang aku yang semacam chipsmore ini? Aku harap tak menjadi lebih buruk. Sampai ada yang tanya: Macam mana K.Safi buat tampalan kat dia ye? Aku senyum je. Aku bagi colleague aku buat tampalan unutk requirement dia. Membantu kawan yang lagi memerlukan. Boleh, namun perjuangan itu haruslah penuh kesungguhan. Masih mampu, namun penuh kesabaran di dada.
![]() |
| CARPULE/CARTRIDGE/LOCAL ANAESTHETIC AGENT+NEEDLE+SYRINGE |
Macam-macam la cerita anak-anak tersayang untuk aku layani demi menyiapkan tugasan sebagai seorang pelajar.
Above all-you make my day my little dearie. May Allah bless
you day today and always




No comments:
Post a Comment