Wednesday, July 11, 2012

SEBELUM KE TAHUN-TAHUN AKHIR BERGELAR PELAJAR


Kursus yang aku pilih bukan bidang yang glamour. Ini hakikat yang bermain di fikiran setelah 2 hari ber’bandar’ di selatan tanah air, Johor darul Takzim untuk elective posting sebelum berjuang untuk baki setahun yang penuh gelora sebelum melangkah ke alam kerja.
Pertemuan dengan pakar-pakar banyak membuka minda. Ini bukan kerja mudah. Ini bukan satu tanggungjawab ringan. Intinya mudah-betulkan niat sebelum melangkah ke bidang ini.

Laluan penuh berliku dan rintangan penuh sendu. Andainya keluhan lebih banyak dari senyuman, itu lampu kuning, betulkan niat atau memangnya ini bukan jalan anda.
Niatkan semata-mata demi kerana Dia. Bukan kerana gaji permulaan 4 angka. Bukan kerana reputasi yang tinggi dalam masyarakat. Atau paling penting bukan kerana aku bijak, deretan A pada keputusan ujianku, maka ini bidang paling sesuai. Bukan! Bukan kerana itu!

Niatkan demi ibadah. Saat fardhu kifayah menjadi fardhu ain lantaran ini laluan yang kita terokai. Ikhlaskan diri saat ditegur, saat air mata tanpa segan mengalir di hadapan teman saat diuji, saat sendirian menyendiri, memikirkan mengapa begini jadinya

Laluan 5 tahun aku menjadi 6. Harapan aku biarlah 6 itu maksimum. Impian aku biarlah lebihan setahun itu cukup untuk mengajar, perancangan manusia terbatas.
Ini inti saat bekerja. Saat hanya membuat satu atau dua cabutan sehari, anda akan dihadapkan hingga 100 cabutan sehari. Penghujung hari, belakang anda mula lenguh, malah kemampuan bersandar mungkin terjejas. Sendi tangan mula kelihatan lain dan anda mula memikirkan, mampukah meladeni ini untuk 30  tahun ke depan. Lantaran, jangan tangguhkan diri, usai saja khidmat wajib 2 tahun, teruskan menyambung ke bidang kepakaran supaya workload lebih berkurang dan mampu focus yang lebih baik.

Meminjam kata seorang Dr pakar-tahun-tahun awal bekerja seakan terasa kuli batak-keringat diperas habis-habisan. Andai ini bukan kerana Tuhan, jiwa takkan mampu terus teguh dan tangan takkan mampu bekerja. Lantaran, ikhlaskan niat, betapa pahala tak henti mengalir saat tolong meringankan bebanan dan penderitaan insan yang memerlukan bantuan.
p/s: punya cuti yang panjang sepanjang Ramadhan dan seminggu syawal ..AlhamdulillahJ

2 comments:

Anonymous said...

silap concept tu klu jadi pakar kerja makin kurang... perhaps it is true at your place only.. or perhaps you were overlooked at thier worklood by looking at only superficial things

Anonymous said...

i mean less scope kerja..boleh fokus on one speciality...of course kerja tak pernah makin kurang..sorry for misunderstanding