Tuesday, July 3, 2012

PESAN BUAT DIRI


Tak guna punya ilmu dunia@akhirat tinggi melangit andai sekadar disimpan dalam buku tanpa praktik.

Ni pesan untuk diri sendiri. Aku yang makan lada, maka akulah yang terasa pedasnya, okay!

Adab di klinik- ni kisah seorang pelajar pergigian. Mari kita lihat sisi kehidupannya, glamour atau tidak?

Pukul 145pm, hensetnya bergetar saat dia sedang membalut kerusi untuk persediaan pesakit sesi jam 2pm. Serta merta jantungnya berdegup kencang. Hatinya terdetik keras : janganlah FTA. (failure to attend yang mengakibatkan sesi anda terbakar (burn).

Ya, itulah yang terjadi. Sesinya terbakar,nasib baik pesakitnya mesej beritahu. Tak macam jiran kubikel sebelah. Melopong tunggu, cakap OTW (on the way) rupanya, dia enak bermesyuarat. Alahai nasib pelajar. Requirement mahu dikejar, patient buat hal. Nasib tak baik dia dapat label: malas sebab tak panggil patient. Alahai budak dentistry, glamour tak?

Nasib baik dapat patient dari outpatient, nasib tak baik=tiada rezki..huhu.
Jadi, adik kakak, nak jadi doctor ni bukan senang (tapi, kerja Insya Allah memang dapat). Sebab tu gaji dia mahal, sebab separuh nyawanya mahu terbang sebelum segulung ijazah mahu digenggam.

Apapun, safiy iskandar susah atau senang, kamu diganjari pahala andai kerja mu bermula dengan Bismillah dan berakhir dengan Alhamdulillah. Niatmu kerana Allah, dengan guru tiada mengumpat. Panjang masa ialah ruang untuk kamu lebih bersedia menghadapi kerenah masyarakat di hari muka. 

Langkahmu tertuntun dengan kalimah petunjuk yang kau pohon sebelum memulakan langkah pertama.

Yakinlah, janji Allah itu benar. Fardhu kifayah ini menjadi fardhu ain saat kau memulakan langkah awal sebagai pelajar. Jerih perihnya kau tuai hasil usahanya di hari muka. Saatnya akan tiba : di mana kau sendiri seakan tak percaya penghujungnya sudah tiba.

Buat teman-teman yang mndahului graduasiku, kudoakan kamu semua muncul di pentas dengan ijazah tergenggam, manis senyum seraut wajah: darah, peluh dan air mataku takkan mengalir sia-sia. Selamat muncul di pentas masyarakat dengan ‘Izzah islam yang mulia!!!

No comments: