Thursday, September 29, 2011

GO WITH THE FLOW..EVEN SOMETIMES HAVE TO FIGHT VS FLOW


Sulitnya menyusun aksara kata yang berantakan sesudah lama medan ini terbiar sepi.

SUCCESS IS A JOURNEY NOT A DESTINATION

Ramai menyangkakan kejayaan itu satu destinasi lantas mengejarnya dengan langkah penuh mantap hingga melupakan segalanya di sekeliling. Bagi pelajar, mereka mengejar four flat. Ada yang mengejar gelaran best student. Bagi yang bekerja sendiri, mereka mengejar peluang memenuhi kantung hingga ada yang mengejarnya sampai melupakan keluarga.

Salahkah mengejar impian? Tidak, bahkan itulah yang dituntut. Kita harus bekerja bersungguh-sungguh dalam apa pun yang dilakukan, namun jangan sampai melupakan tanggungjawab terhadap keluarga (sebagai anak, adik, kakak atau abang) jua teman. Jangan sampai obsess hingga saat anda di puncak jaya, berjaya menggenggam apa yang diimpikan, baru anda sedar, anda meraikannya keseorangan. Anda tidak ditemani sesiapun kerana anda jauh meninggalkan mereka saat fikiran hanya dipenuhi impian tinggi melangit.

Dulu pun aku pernah fikir, biar derita sekarang. Biar melupakan segalanya asalkan cita tercapai. Dalam menggapainya, aku menangis sendiri, aku membalut luka saat rebah jua bersendirian. Namun saat muhasabah, hidup ini perlu seimbang. Jangan apa yang dikejar dapat, namun yang dikendong berciciran. Apa gunanya bahagia andai sendiri?

Lantas, aku lalui hidup dengan sederhana, aku mengejar jaya, namun tak lupa pada teman-teman dan keluarga. Aku mahu lalui hidup dengan aman, bukannya bergetar dalam menunggu tamatnya sesuatu perkara.

Demikian, lalui hidup seadanya. Andai ada duka, menangislah, andai ada bahagia tertawalah. Hidup ini bukan jalur-jalur derita yang takkan berakhir atau bahagia yang tak bernoktah. Hidup ini ialah warna-warni antara pelangi yang muncul selepas hujan.

.....TAMAT.

I’M A DENTAL STUDENT

Dah lama rasanya tak mengimbau cerita sebagai pelajar. Menjadi pelajar seperti seorang aku memerlukan ketabahan yang bukan sedikit. Namun, itulah yang membentuk hingga aku masih mampu tegak berdiri hari ini.
Start clinical year tahun 3. Semuanya 5 tahun, jadi aku telah tiba di saat-saat pecutan terakhir sebelum menamatkan pengajian degree dan singgah ke alam kerja (aku takkan berhenti hingga jadi specialist).

Ingat lagi saat-saat pertama beralih dari frasaco tooth kat phantom head kepada natural tooth in real person. Berdebar sungguh saat-saat pertama menelefon patient untuk datang buat rawatan. Time tu 3rd block Y3. Setahun ada 4 blocks. Jadi dah separuh perjalanan menjadi dentist insya Allah.

Untuk complete E&D perlukan bitewing X ray dan periapical untuk mana-mana gigi yang perlu. X ray room hanya ada 2. Jadi queue untuk ambil x ray sebelum present case (tak boleh proceed dengan treatment without x ray) menyebabkan sesi burn. Al maklum, kamilah pioneer batch dan tiada senior pula untuk ditanya. Kadang-kadang aku tengok junior-junior sungguh beruntung.

 Masuk lab, jumpa senior, masuk klinik pun jumpa. On the spot boleh tanya procedure dan management semua tu. Kami try & error sendiri-sendiri.
1st time tengok caries, semua teruja. Besar pula tu cavity. Yelah, kat frasaco mana da caries. Drill je cavity ikut ideal shape.

Next step is filling. The real is filling on natural teeth is easier. Tak ada zinc polycarboxylate yang berterabur, susah nak melekat dekat frasaco tu.
Untuk clinical year-Y3,4 dan 5, ada requirement yang perlu disiapkan sebelum naik tahun. Maknanya untuk naik tahun perlu lepas 2 steps. 1st professional /promotional exam (teori/clinical), 2nd minimal requirement (clinical/practical).

Bukan mudah nak grad ok. Sebenarnya dalam dunia ni tak ada yang senang, nak makan pun susah. Jadi, jangan banyak komplen, jadilah orang qanaah, sentiasa bersyukur dan rasa cukup dengan apa yang ada. Lagipun quantity doesnt matter, yang penting kualiti atau barakahnya.

Satu lagi jangan takbur dengan kelebihan yang dikurniakan. Hebat manapun anda sebagai dentist, anda takkan mampu buat filling untuk gigi sendiri atau  hebat manapun anda sebagai pakar jantung, anda takkan mampu melawan hakikat andai ditakdirkan menghidap sakit jantung. Hebat manapun kedudukan kita di mata insan, namun di mata Allah takkan hebat andai perintah-Nya diperlekeh apatah lagi malu untuk mengaku diri Islam dengan taat menunaikan suruhan agama.

Tu tazkirah untuk diri sendiri. Down to earth. Even mak cik cleaner jadi patient atau ‘orang besar’ jadi patient, layanan sama je. Jangan pilih bulu dan bersikap tak adil..ok.

p/s: minta maaf kat diri sendiri, dah lama tak menulis, semua vocab hilang dan ayat jadi berterabur..huhu

1 comment:

LydSunshine said...

Nice entry. Betul juga tu. Bukan destinasi yg sepatutnya diutamakan, tapi cara utk sampai ke destinasi tu. Kdg2 [di dunia pekerjaan], matlamat nak kaya tpi dgn cara yg salah seperti membuat penipuan akaun, amik rasuah. erm... susah kan.