SYAWAL hadir menggantikan Ramadhan yang penuh barakah berlalu pergi. Hati masih menimbang, apakan madrasah Ramadhan sebulan mampu membentuk 11 bulan lain yang dikelilingi penuh godaan dan pujukan syaitan dan desakan nafsu yang tidak melorongkan ke arah kebenaran.
Apakah masih mampu bangkit 5am walau tidur sudah begitu lewat. Apakan masih mampu membaca al-Quran walau hanya 1 juz sehari. Apakah masih mampu meneruskan amalan sunat puasa 6 dan puasa sunat yang lainnya. Apakah diri masih mampu giat memburu duit akhirat `pahala’?
Cuti sebelum memulakan sem baru dan tahun baru hampir 3 minggu. Separuh Ramadhan di rumah, aku bercuti sepuas hati. Juga menggunakan kesempatan emas untuk mencari rezeki lebih dengan membantu ibu menjahit baju. Kepakaran aku ialah jahit tepi. Hasilnya agak lumayan hingga aku sanggup tak tidur pagi. Suatu perubahan yang sungguh menakjubkan..haha.
Sempat juga jahit tangan pun berebut dengan adik aku. Entah mengapa jahitan tangan aku kurang kemas sedikit, mungkin kerana sudah lama tidak mempraktikkannya. Al maklum, dalam 4 tahun, inilah kali pertama Eid Fitri aku pulang 2 minggu sebelumnya.
Sebelum ni pulang hampir 1 Syawal hingga tak mampu menyempatkan diri mencari rezki lebih. Kami (aku dan adik) dan pesan awal-awal kepada bonda supaya ambil tempahan baju raya yang banyak supaya kami dapat juga rezki lebih.
Kerana waktu masih berbaki kami merajinkan diri membuat kuih. Al maklum melihat harga kuih raya seakan tidak mampu untuk kami yang tak punya duit ini membelinya. Sekadar membeli bahan asas dan menggodek resipi biskut buku yang adik aku beli dan jua resipi yang aku kumpul dari majalah Mingguan Wanita yang selalu aku beli tu, kami pun memaksa diri membuat kuih. Puas hati sebab boleh buat banyak jenis kuih.
Masalahnya oven yang abang aku beli tu asyik tak betul dah. Letih menunggu kami membuat lawak kering. Bak kata mak aku “tok se suko, sero nak suka”..padahal aku tau dia dah marah sebab banyak sangat mengarut dan gelak tak habis-habis. Aku, kalau duduk dengan adik aku time mood dia baik, memang sakit perut layan lawak dia. Tapi, kalau mood dia tak berapa, aku buat tak tau je. Try buat lawak juga, mahu berapi..haha
Yang best time raya ialah bila kak aku pulang. Masakan dia memang hebat. Dia pulang je, aku jadi ‘makneh’ je la. Semua air tangan dia best! Kami buat laksa penang. Aku ni dah la hantu laksa, nampak laksa je, nasi terus tolak tepi. Dia pula, memang suka masuk dapur, sedia j bahan, semua on. Ni aku paling suka kalau dia balik rumah, boleh makan yang best!
Raya ni juga aku menghadiri walimah teman sekelas semasa sekolah Arab Lanas dulu. Disebabkan ketiadaan pemandu peribadi aku (yang masih belum muncul walau didamba sekian lama) terpaksa kami pergi sebelum majlis bermula lepas zohor. Sempat jumpa pengantin yang masih belum berpakaian pengantin (pengantin baru je bersiap). Oh, kekangan masa, lain kali (ada lain kali k?) aku pergi lepas zohor..k.
Best juga tengok teman-teman menukar status (berdua lebih baik). Namun, mengingatkan mereka semua sudahpun meninggalkan alam belajar dan sedang di alam pekerjaan sedang aku masih bertatih menamatkan pengajian yang masih berbaki aku cepat sedar diri. Ukur baju di badan sendiri. Jangan! Kalau belum sampai waktunya.
Lagi? Aku ke pusara arwah abah. Moga dia tenang di alam kekal. Mati itu PALING DEKAT. Kita tak tahu, bila batas usia menghampiri detik akhir. Mungkin saat leka diulik dunia dan keindahannya atau mungkin menikmati apa yang dikejar. Cucu kepada dua pupu aku meninggal 29 Ramadhan, sehari sebelum Syawal menjengah. Usia masih muda, mungkin baru saja baligh, namun Izrail tak pernah lengah menjalankan tugas.
Cuti raya yang panjang jadi lebih bermakna dengan kepulangan adik-adik, anak-anak saudara (yang tingginya mengalahkan mak sedara), abang-abang dan ‘orang itu’. Melihat gelagat anak-anak saudara yang berkumpul melihat kartun guna laptop adik (laptop aku charger dia terbakar, nasib baik adapter je yang rosak, mungkin fius yang terbakar) atau melihat abang-abang aku main game (abang aku sampai sanggup buat tak layan anak dia..kelakar betul la) dan rumah besar yang sunyi itu kembali meriah..I like!
Saat meninggalkan rumah untuk kembali meneruskan rutin harian seorang pelajar yang punya tanggungjawab fardhu kifayah yang sangat besar ialah saat paling sukar. Macam biasa, aku memilih ke Kuantan dengan Kancil cute seorang teman. Aku seakan allergic dengan bas, mahu ke TM pun aku hampir pening dan gag reflex tak henti-henti bekerja. Apatah lagi bas ke kuantan seringnya tidak menyelesakan. Keluar rumah jam 8am, tiba di TM dengan ramainya manusia di stesen bas jam 1030am.
Penat berdiri, aku ke kedai buku MO. Membeli senaskah akhbar, majalah ANIS (cover Fedhtri &Anati...sooo sweeeet!) dan majalah SOLUSI isu 35. Menolak sedikit beg besar entah sesiapa ke tepi (bangku tu untuk letak punggung okay, bukan letak beg) dan membaca akhbar dan majalah tanpa pedulikan keadaan sekeliling dengan keadaan resah menunggu bas yang sudah terlambat jadual.
Hampir jam 1pm, dia pun datang dan majalah pun habis dikhatam. (cara mudah mengisi masa sebab aku paling fokus bila baca majalah)
Bertolak ke Kuantan jam 4pm dan sampai 1030pm.
Kuantan..here I come..meneruskan detik-detik indah bergelar pelajar. Detik-detik yang banyak membentuk diri ini menjadi lebih sabar, lebih mensyukuri nikmat dan lebih menghargai rahmat.
No comments:
Post a Comment