Wednesday, January 20, 2010

SEORANG AKU YANG HILANG DALAM DIRI

Anehnya sebuah kehidupan. Saat langkah perjalanan semakin jauh, semakin banyak pandangan aku terhadap sesuatu perkara makin akan berubah. Saat melihat sesuatu aku akan memikirkan betapa ku tak sanggup untuk menghadapinya.

Saat melepasinya baru aku tahu aku sebenarnya mampu kalau aku ingin menyudahinya. Saat perkara susah yang aku terpaksa menghadapinya siang dan malam tiba-tiba jadi perkara yang mampu aku siapkan dalam masa 2 jam sahaja dan pelbagai perkara baru terus saja hadir.

Seringkali aku mengeluh. Keluhan yang tak pernah usai, menterjemahkan kerja yang tak pernah susut dari timbunan. Aku hamba yang lemah, seringkali seakan tertewas tatkala seharusnya tetap kekal tabah menghadapi ujian.

Aku seringkali tenggelam dalam pesimis sewaktu optimis seharusnya lebih mendominasi. Tuhan, aku tahu kau amat suka kepada hamba yang sering mengadu pada-Mu. Aku datang sewaktu sumur mataku seakan tak pernah berhenti mengalir. Aku hadir seakan hamba yang tempang rebah sewaktu mencari oasis ketenangan di padang pasir cubaan.

Kerja-kerja teknikal, sering kali aku larut dalam kecewa sewaktu menghadapnya. Dada jadi sebak tiba-tiba. Andai ini jalan yang mesti aku tempuh, aku cuba kuatkan diri walau kolam mataku seakan berkaca-kaca dan tangan ada gigilan yang seakan menyetujui tekanan yang aku cuba mampatkan. Aku cuba memaksa diri untuk senyum, kata seorang teman ‘plastic’ yang dibuat-buat.

Saat ini aku rindu yang teramat pada keluarga. Aku pernah suatu waktu dulu hilang dalam ‘homesick’ yang amat. Tanganku cuba bergerak pantas, menyiapkan kerja yang seharusnya disiapkan dan aku keseorangan di situ.
Fikiranku sudah terbang, menjauh dan singgah nun jauh di tanah tumpah darah tercinta. Di sisi rumah yang dikelilingi penuh aura tenang. Jasadku jeda di kerusi, tapi mindaku sudah hilang dan hanya bayangan yang berbaki di situ.

No comments: