Takdir ialah saat kita menelusuri lorong kehidupan dan skrip hidup telah ditetapkan oleh Penguasa Alam. Iaitu saat kita cuba mengelak sedaya upaya dan ia tiba-tiba datang tanpa amaran. Sedang kebetulan ialah sesuatu yang tidak dirancang, tetapi kita menjumpai kebetulan itu. Hakikatnya kebetulan ialah takdir yang tak terduga. Namun, apakah ada takdir yang mampu diduga? Entahlah, aku pun tak tahu kenapa aku suka sangat membezakan dua perkataan guna tafsiran sendiri.
Contoh lain ialah cinta dan sayang. Saat kita cinta kita akan mampu berbuat apa saja demi melihatkan kecintaan kita bahagia walaupun terpaksa melepaskannya. Saat kita sayang, kita akan berbuat yang terbaik demi memastikan dia bahagia di samping diri sendiri. Haha…entah betul entah tidak.
Takdirnya aku tidak merancang untuk jatuh ke lembah ini. Namun Tuhan telah tetapkan, setiap yang bernama hamba bakal teruji. Hakikatnya aku diuji untuk laluan ini. Namun, aku tahu laut tak selamanya bergelombang. Akan tiba saat ombak beriak tenang dan gurauan gelombang takkan mampu menghasilkan badai yang merobohkan sebuah pendirian.
Tembok tidak tinggi. Saat kita mampu melintasinya kita akan mengerti kita sebenarnya mampu.


No comments:
Post a Comment