Terima kasih tabah
Menyatu jasad dan jiwa yang terhimpit antara kenangan dan impian
Aku
Melangkah batas usia dalam lena yang meletihkan
Meniti lorong kehidupan dalam jeda yang kadang membuai rasa
Saat usia semakin pendek di penghujung
Kerana jalan panjang yang telah ku lalui
Saat fizikal seakan mahu melencong
Tika daya fikir makin tidak tetap letaknya
Aku masih punya ruang
Modal untuk hari-hari yang kekal
Moga jalan diredhai-Nya
Sellamat ulang tahun buat diri
27 January yang mampir mengingatkan
Detik tak pernah henti menghimpit
Terima kasih buat teman yang mengingati
Ucapan “selamat Hari Lahir”
Usai klinik jam 5pm
Dan
Kek lapis Sarawak
Ingatan terindah untuk hari-hari yang mendatang


No comments:
Post a Comment