Saturday, April 27, 2013

INI KEGILAAN..DUSH..TEPUK DAHI SENDIRI


Salam pesta buku. Kegilaan yang tak terkawal. Ini hasil di Big Bad wolf semalam. Secara peribadi, aku lebih menyukai excess bookstore. Namun, buku kanak-kanak di sini lebih murah. Sekian!

Leonardo Da Vinci-rm15
Ornithopter
Robin Cook-all about death rm8+8=16
mysterious rm6+6=12
all about bone-orthopaedic rm6+6=12
Buat anak-anakku
Buat anak perempuanku-so pinky
inside-only at rm8
buat anak lelakiku
rm10-simple math
only rm6
inside-kbkk -language+math
supplement untuk perempuan-aku seorang wanita..yeah

Thursday, April 25, 2013

RAMBANG MATA..HAHA

this weekend..yeah
Sudah kirim bukunya sama seseorang..hehe



















Wednesday, April 24, 2013

HANG ON THERE..JUST A LITTLE BIT MORE


Alhamdulillah …dapat obturate RCT molar setelah 10visit merupakan suatu kepuasan yang tak terkata. Sampai orang kubikel sebelah tanya: aik, bukan dah banyak kali datang, k.safi buat apa? Jangan tanya lah..hoho..jawab penuh emo okeh. RCT molar cukup menguji. Ada hari tu, datang, buka TF, cleaning dan tutup balik. Sebab apa? Sebab semua 23 orang buat RCT molar..huhu..Supervisor ada 2 orang je okeh.

Al kisah, aku buat 46, diagnosis necrotic pulp. Prognosis questionable gak la compare dengan irreversible pulpitis. Hari tu pula, dia datang 10am, barang endo pula tak siap sterilize lagi sebab sesi pagi Isnin, petang Jumaat ramai yang buat endo. Alhamdulillah juga sebab patient aku sangat cooperative dan compliance.
Clamp
Clamp holder yang susah nak guna tu (stress..huhu)
Frama yang besar gedabak tu
File-k file, protaper
Rubber dam ada 2 jenis, yang hijau lumut tu cepat koyak, tak suke okeh
Dll 

Jadi terpaksa la buat class1 composite..huhu..kerja kat klinik ni unpredictable juga…namun sangat bersyukur dapat obturate guna protaper F2…mesial canal-both buccal&lingual guna single cone technique, distal canal kena tambah accessory GP size 20 banyak juga sebab canal besar. Next 2 weeks, boleh panggil letak semi permanent kalau tiada sign & symptom. Kemudian remove sisa GP yang masih ada dengan high speed diamond round bur.

Tu cerita semalam. Cerita hari ini ialah issue immediate denture upper extract 12,22 dan lower extract 31.

There is always 1st time for everything, sayang!  He said. My denture, it was porous, the occlusion was far away from normal. Al maklum immediate denture, poor try in. so, kena buat denture lagi la. Tahniah Safi!

Kemungkinan yang ada:
1-MMR wrong
2-masa flasking, tak tutup flask completely
3-mixing monomer-polymer ratio problem

Denture yang kena buat block 4 dalam masa 6 minggu yang berbaki:
1-GDP-lepas ngundi, baru boleh ambil final impression
2-GDP-kena re try in
3-Prostho exam-hari ini final impression

Cerita pasal exam prostho, Alhamdulillah tukar patient dengan NIja, tapi patient aku pula buat hal, kesian Nija. Alhamdulillah dia dapat dari orang lain. Tadi final impression. Stressnya hanya Tuhan yang tahu. Panggil patient masuk 1030am, bergelut buat border moulding dengan green stick, keep trimming special tray sebab sulcus dia shallow, kalau over extend akan compromise seal. 1st time juga tak dapat suction untuk upper, lower ok je. Rasanya , sejuk kut air cond dalam tu, tapi aku dah start berpeluh..huhu
Alhamdulillah, ambil impression guna ZOE, dapat suction yang sangat cantik, nak naik lab pour dengan stone, tapi perut Ya Allah, lapar yang amat. Jadi, aku mengambil keputusan turun makan, ZOE boleh pour nanti.  Terubat juga stress bila tengok impression yang smooth dan cantik itu..ehek!

Lepas makan, terus solat zohor dan naik ke lab untuk polish denture yang nak issue nanti. Kemudian, habis dismiss patient 425pm, kalau ikut sempat je lari naik lab, buat beading (ala, letak plasticin sebelum pour tu), tapi dah tak larat sangat dah. Hari ini letihnya hanya Tuhan yang tahu. Lantas aku memutuskan untuk pour pagi esok. ZOE kan boleh tahan sehari tanpa distorted.
Kemas barang dalam klinik biasanya aku bajet 30minutes juga lepas discharge patient. Malas dah nak buat kerja lab dalam rushing sebab letih je kena repeat, slow-slow la, asal puas hati. Macam ambil impression tadi, biarpun rasa dah nak mengamuk (haha..tabiaat buruk aku bila buat banyak kali tak jadi-jadi rasa nak mengamuk je) , tapi aku pujuk diri. Biar lambat asal puas hati dan berbaloi, tengoklah impressionnya, cantik! Hehe..harapnya denture pun retentive macam impression aku tu..insya Allah.

Tadi pun, bila cakap kena repeat denture, aku redha dan pasrah je. Ya, DR, Dr nak suruh saya buat apa lagi? Saya yang menurut perintah..haha…4 denture dalam GDP…haha..
3 denture kena issue dalam block 4 yang disingkatkan jadi 8 minggu untuk 3 minggu revision week sebelum exam final pro. Erm..cerita sikit pasal pro. Hari tu pre pro, buat 5 soalan OSKE, tapi final tiada OSKE, tetap dengan VIVA macam tahun lepas.

Owh, moga diberikan kekuatan untuk masa yang masih berbaki.
Hang on Safi! Sikit je lagi
Study:kerja lab:kerja klinik:report:presentation:::THIS IS WHERE I BELONG!! 


Minggu lepas buat baktisiswa, aktiviti community project yang wajib bagi subjek dental public health sebelum grad. Ni gambar poyo, sila pedulikan gambar-gambar yang poyo ini..ngeh

Monday, April 15, 2013

MONOLOG YANG LETAI MEBINA DIALOG


Nampaknya, senyum ialah perkara yang paling sukar untuk dipraktikkan dalam keadaan fikiran dan keadaan berkecamuk. Lantas, saya memilih relax, berusaha dan terus terusan berdoa tanpa jemu. Saya tau Allah itu ada, dia ada jalan terbaik untuk penyelesaian masalah saya.

k.safi kena buat berapa gigi palsu blok ni?

Empat termasuk exam prostho, saya menjawab enteng. 4 denture dalam satu blok kira mantap la..hehe. nanti jadi prosthodontist ye? Tergeliat tangan mahu buat clasp, ah tangan aku memang tak mesra dengan wayar bending, tak kira la o.5mm,0.7mm,o.9mm, memang tak berjodoh..huhu

Iye? Dia gelak sambil terkejut ayam. Tapi, nampak tak tension pun, relak je. Adohai, teman! Aku  sebenarnya hipokrit yang amat. Di depan orang, aku masih mampu merekah senyum yang tak berapa bergula pun, namun di belakang, basah bantal tau..hoho

Safiy tak stress ye?nampak santai je.  Ni soalan orang lain pula. Sebenarnya  kerja gigi palsu bermakna banyak pula masa dihabiskan untuk kerja lab. Zaman aku jadi class rep dulu, sempat la merasa lab buka sampai 6pm, tapi sekarang? No chance. Curi masa sendiri, kadang terpaksa burn sesi klinik. Camna nak panggil patient kalau kerja lab tak siap?

Nak stress buat apa? Kalau stress bukan kerja akan siap. Aku menjawab sambil menatap kerut seribu di dahinya. Sebenarnya aku baru saja berjaya memujuk diri (sukar rupanya memujuk hati sendiri ahaks) untuk bertenang. Tugas aku usaha dan doa seterusnya tawakal. The rest, Allah dah tetap segala. Semuanya yang terbaik buat aku.

Hari ini, semangat baru untuk memulakan hari pertama minggu pertama block4. Anggap saja bulan pertama hamil. Hamilkan cinta untuk dentistry. Insya Allah grad sebelum raya…berusaha keras untuk mencapa itu. Amen. Berjaya juga untuk ambil final impression untuk cantilever bridge setelah 2visit prep je. Nak wat gano, patient mai lambat, sejam prep, sejam lagi buat temporary guna protem dan cement guna GIC luting cement-type 1. 

Alhamdulillah. Petang pula berusaha trim cast ortho. Belum siap lagi. Sape suruh buat gedabak besar base tu, pastu trim guna fine trimmer. Alahai Safiy. Lepas tu, tampal cast GDP yang Michael buble sebab pour stone tanpa guna vibrator. Bila lah vibrator nak ada. Lepas tu pour die stone yang bau macam strawberi tu (sangat lah hiperbola) guna mixer, kuranglah sikit bubble. Thanks to Sepu yang tolong mix. Dia gelak je tengok aku kalut pour sebelum manually vibrate, amek hang bubble besar guli..keh3..kalut ah Safiy neh.

Tak perlu buat base. Lupa nak cakap impression untuk fixed, tak perlu buat palate. Technician perlukan occlusion je. Ambil guna injection type (light body) dan heavy body polyvinyl siloxane. Kena ada assistant tolong load heavy dekat tray sementara operator inject kat abutment dan gigi. Kemudian buat baseplate untuk GDP. Lusa nak buat MMR. Kemudian trim sikit cast GDP lain untuk bagi laluan kepada clasp beradu dengan aman. Kemudian solat asar dan terus ke kelas. Ada meeting untuk BAKSIS sabtu ni. Kemudian keluar makan, kecewanya k.ju tak buka..huhu.

Erm..esok ada seminar presentation oral medicine. Aku buat kerja sat no..esok, sambung lagi. I love me myself. Treng..hehe. ubat paling mujarab sebelum memulakan kerja.