Thursday, February 9, 2012

ASALKAN HATINYA BAIK?

Ref: http://genta-rasa.com/2011/11/11/asalkan-hatinya-baik/#more-1773


Anak muda di hadapan saya terus mengasak saya dengan hujah-hujah logiknya. Senang melihat anak muda yang berani dan berterus-terang begitu. Hujahnya tajam dan menikam.
“Tidak semestinya wanita yang menutup aurat itu baik, “ tegasnya.
“Saya kenal beberapa orang wanita yang menutup aurat… perangai mereka ada yang lebih buruk berbanding wanita yang tidak menutup aurat,” tambahnya lagi.
Saya diam melihat dia berhujah dengan akal dan pengalaman. Namun pengalamannya agak terbatas. Berapa ramai wanita yang dikenalinya dalam usia semuda itu? Dan akalnya juga terbatas – aqal perlu dirujuk kepada naqal. Mesti memahami prinsip ilmu wahyu terlebih dahulu, kemudian barulah kita bebas menggunakan fikiran dan pengalaman tanpa terbabas.
“Sebenarnya, apa yang cuba awak sampaikan?” tanya saya lembut.
“Saya nak tegaskan bahawa wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat.”
“Justeru, wanita yang jahat itu ialah wanita yang menutup aurat?” jolok saya melayan pola logiknya berfikir.
“Er, er, bukan begitu. Maksud saya, baik atau buruknya perangai seseorang wanita tidak bergantung pada pakaiannya, samada dia menutup aurat atau tidak.”
“Apa ukuran awak tentang nilai kebaikan seorang wanita?” kilas saya tiba-tiba.
“Jujur, terus-terang, pemurah, lemah-lembut…”
“Itu sahaja?”
“Ya. Pada ustaz pula apa ukurannya?”
“Kita hanya manusia. Akal kita terbatas. Ukuran dan penilaian kita juga pasti terbatas. Jika diserahkan kepada manusia mentafsir apa itu kebaikan, akan celaru dibuatnya.”
“Mengapa?”
“Kerana setiap manusia ada jalan berfikirnya sendiri. Saya bimbang nilai kebaikan akan menjadi suatu yang relatif dan subjektif, padahal kebaikan itu juga seperti kebenaran… ia suatu yang objektif dan mutlak, ” akui saya terus-terang.
“Habis, untuk apa kita diberi akal? Kita harus rasional dan logik!”
Saya cuba senyum lantas berkata,” akal perlu tunduk kepada penciptanya, Allah. Fikiran mesti merujuk kepada Al Quran dan Hadis. Itu kan lebih tepat… Ilmu kita terbatas, ilmu Allah Maha Luas.”
“Jadi akal kita untuk apa?” desaknya lagi.
“Untuk memikirkan apa hikmah kebaikan yang telah ditentukan Allah dan bagaimana melaksanakannya dalam kehidupan.”
“Ertinya akal kita terikat?”
“Akal kita bebas, tetapi dalam lingkungan syariat. Sama seperti bumi yang sedang ligat berpusing ini… tetapi tetap pada paksinya.”
“Bukankah agama ini untuk orang yang berakal?”
“Betul. Tetapi tidak semua perkara dapat dicapai oleh akal. Lebih-lebih lagi perkara-perkara yang ghaib, tidak akan terjangkau oleh akal. Syurga, Neraka, Titian Sirat, Mahsyar misalnya, wajib dipercayai dan diyakini tanpa perlu dilogik-logikkan lagi. Itulah iman.”
“Ah, jauh kita menyimpang. Bukankah tadi kita berbincang tentang wanita yang baik? Saya ulangi, wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat, betulkan?”
“Separuh betul,” jawab saya.
”Kalau dia wanita yang jujur, terus-terang, pemurah dan lemah lembut… ya dia ‘baik’ di sudut itu. Tetapi jika dia mendedahkan auratnya, dia telah melanggar perintah Allah di sudut yang lain. Dia ‘tidak baik’ di sudut berpakaian, kerana hukum menutup aurat telah termaktub dalam Al Quran.”
Anak muda di hadapan saya muram. Nampaknya dia belum berpuas hati.
“Tetapi dia jujur, amanah…”
“Orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah dan manusia. Menutup aurat perintah Allah.”
Anak muda di hadapan saya masih tidak puas hati. Perlahan-lahan saya tusuk dengan hujah yang memujuk,  “namun percayalah jika benar-benar hatinya baik, insyaAllah lambat laun dia akan menutup aurat juga.”
“Apa hujah ustaz? Pengalaman? Fikiran atau telahan?”
“Masih merujuk kepada Al Hadis.”
“Hadis yang mana?”
“Hadis riwayat Bukhari mengisahkan seorang wanita pelacur berbangsa Yahudi yang telah memberi minum seekor anjing yang kehausan. Atas sebab sifat belas kasihannya itu dia mendapat hidayah lalu menjadi wanita yang solehah.”
 “Apa kaitan cerita itu dengan subjek yang kita bincangkan ini?”
“Secara tidak langsung  itu menunjukkan bagaimana jika hati seseorang mempunyai sifat-sifat baik seperti kasih sayang, belas kasihan dan pemurah, sekalipun kepada anjing, itu boleh menjadi sebab Allah kurniakan hidayah untuk dia beriman seterusnya menjadi wanita solehah.”
“Maksud ustaz?”
“Jika seorang wanita itu benar-benar baik hatinya insya-Allah lambat laun dia akan menutup aurat walaupun sebelumnya tidak menutup aurat.”
“Oh, begitu. Kenapa ya?”
“Allah menilai pada hati. Jika hati itu baik,  lambat laun hal-hal luaran pasti mengikutnya jadi baik.”
“Apa pula pendapat ustaz tentang wanita yang menutup aurat tetapi akhlak dan perangainya buruk?”
“Bab aurat dia telah selamat. Alhamdulillah, kewajiban menutup aurat telah dipatuhinya. Apa yang tinggal… dia perlu membaiki akhlak dan perangainya. Dia perlu terus berusaha.”
“Jika ada berpura-pura? Menutup aurat hanya untuk menunjuk-nunjuk atau sekadar tuntutan fesyen dan trend?”
“Hati manusia kita tidak tahu. Kita tidak tahu hati wanita yang menutup aurat tu jahat atau tidak, samalah seperti kita tidak tahu samada hati wanita yang tidak menutup aurat itu baik atau tidak. Soal hati hak Allah…”
“Tetapi katalah hati wanita yang menutup aurat itu benar-benar jahat…”
“Jika hatinya benar-benar jahat… lambat laun dia akan mendedahkan auratnya semula.”
“Mengapa?”
“Menutup aurat adalah pakaian wanita yang solehah. Wanita yang jahat tidak akan mampu memakai pakaian wanita solehah.”
“Patutlah saya lihat ada wanita yang dulunya memakai tudung labuh, tapi kemudiannya tudungnya semakin singkat, lama kelamaan mula memakai seluar ketat, kemudian berubah kepada memakai baju T sendat… lama-kelamaan bertudung ala kadar sahaja.”
“Perubahan luaran gambaran perubahan hati. Yang tidak menutup aurat… akhirnya perlahan-lahan meningkat untuk menutup aurat kerana hatinya beransur jadi baik. Sebaliknya, yang menutup aurat… secara beransur-ansur akan mendedahkan auratnya jika kualiti hatinya semakin merosot.”
“Siapa wanita yang paling baik?” tiba-tiba anak muda di hadapan saya bertanya sambil merenung muka saya. Serius dan tajam renungannya.
“Tentulah isteri-isteri dan anak-anak nabi Muhammad s.a.w.” jawab saya pasti.
“Bagaimana pakaian mereka?”
“Tentu sahaja mereka menutup aurat. Dan mereka juga pasti memiliki hati yang baik. ”
Kali ini dia pula terdiam. Melihatnya begitu saya terus mengasak, “kalaulah hati yang baik sahaja jadi pernilaian Allah, tentulah isteri-isteri dan anak-anak perempuan Rasulullah tidak perlu menutup aurat. Hati mereka sudah baik. Namun tidak begitu, hati yang baik bukan alasan untuk mendedahkan aurat.”
“Wanita yang baik mesti menutup aurat?”
“Ya.”
“”Wanita yang jahat mesti mendedah aurat?”
“Tidak semestinya, kerana ada wanita yang berhati baik tetapi belum menutup aurat kerana mungkin dia sedang berusaha untuk mengatasi halangan-halangan luaran dan dalamannya untuk menutup aurat.”
“Apa yang boleh kita katakan kepada wanita begitu?”
“Dia sedang berusaha menjadi wanita yang baik.”
“Bagaimana pula dengan wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangainya? Wajarkah mereka mendedahkan aurat supaya tidak hipokrit.”
“Perangai yang buruk bukan alasan mendedahkan aurat. Bagi mereka ini, tuntutan menutup aurat sudah ditegakkan, alhamdulilah. Tinggal satu lagi, tuntutan memperbaiki akhlak… itu sahaja yang perlu dilaksanakan. Satu selesai, tinggal lagi satu. Namun bayangkan jika disamping perangai buruk, mereka juga turut mendedahkan aurat … Itu lebih buruk lagi. Dua perkara tak selesai, bab aurat dan bab perangai!”
“Jadi apa kita nak kata tentang wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangai ni?” Sekali lagi dia mengajukan soalan yang sama.
“Wallahua’lam. Boleh jadi mereka juga sedang berusaha mengatasi halangan dalaman dan luarannya untuk memperbaiki perangainya. Dan nauzubillah, boleh jadi juga iman mereka sedang merosot sehingga menjejaskan akhlak mereka… yang lama kelamaan jika tidak diatasi akan menyebabkan mereka kembali mendedahkan aurat!”
Dia senyum. Alhamdulillah.
“Saya tahu apa yang saya akan lakukan sekarang…”
“Kenapa? Mengapa? Punya kekasih tidak bertudung tetapi baik hatinya? Atau dikecewakan oleh wanita bertudung tetapi buruk perangainya?”
Soalan akhir itu tidak terluahkan oleh saya. Saya simpan sahaja di dalam hati. Biarlah anak muda ini belajar dari pengalamannya… insyaAllah esok apabila dia mengalaminya sendiri, dia akan ingat satu persatu apa yang didengarnya pada hari ini!

FORTNIGHT


Saya seorang suri rumah. Alunan al-Quran dari masjid berdekatan menjadi jam loceng untuk saya jadi manusia paling gagah melipat selimut dan mengucapkan selamat tinggal kepada mimpi yang fana.

Suami saya sudah lama memenuhi panggilan Ilahi. Dia pergi meninggalkan saya mencari sesuap rezeki demi meneruskan kehidupan bersama anak-anak saya yang masih di bangku persekolahan.

Hari saya bermula dengan tahajud, pembuka hari paling ampuh untuk memberi kekuatan meneruskan saki baki kehidupan. Kemudian saya ke dapur, memasak nasi dalam periuk elektrik yang dibeli oleh anak saya sesudah dua periuk sebelum ini rosak.


Dan saya akan berjalan bertemankan lampu jalan ke masjid. Anak-anak saya semuanya sudah besar. Masih belajar dan ada yang sudah bekerja. Usai solat dan menghabiskan satu maqra’ surat cinta-Nya, saya pulang ke rumah. Memastikan anak saya sudah bangun menunaikan  solat subuh. 

Anak muda sekarang makin lama makin jauh dari masjid. Dunia mereka jauh dari rahmat Tuhan. Mereka hanya mimpikan kesenangan bersimpuh di kaki. Mereka ah..sulit sekali mengerti dunia ini hanya persinggahan menuju dunia akhir. Mereka hanya tahu rm27 lebih banyak dari rm1, namun mereka lupa pahala 27 berjemaah lebih banyak dari solah keseorangan. Hanya 1 pahala. Sedang pahala itu duit akhirat, yang dunia kekal di dalamnya nanti.

Dan saya mengisi perut, bekal untuk melawan terik mentari dan bukit-bukit yang dia atasnya tumbuh sumber rezki saya. Saya pastikan sebelum pergi, saya solat dhuha 2 rakaat, rutin yang tak pernah saya tinggalkan selagi nyawa masih di kandung badan.

Sambil berjalan ‘menyembah’ pohon yang mengeluarkan susu, saya membaca Yasin, bekal keseorangan dalam hutan yang saya tahu saya tak keseorangan. Saya berkongsi kurniaan Tuhan ini dengan haiwan yang setiap masa bertasbih kepada Pemilik Alam dengan bahasa yang tersendiri. Malulah saya jika tak mampu berzikir kepada-Nya. Taraf saya akan jatuh sama atau mungkin lagi teruk berbanding mereka.

Saya ditaklifkan khalifah. Saat semua ciptaan menolak memegang amanah, saya mengatakan Ya! Allah itu Tuhan saya.


Saya pulang saat mentari tegak di puncak langit, peritnya memamah kepala. Namun, demi memikirkan anak-anak memerlukan ‘kertas’ bernilai itu, saya kuatkan semangat. Saya turuni lurah dengan hati-hati, takut berat saya yang makin bertambah ini bakal membuatkan kaki saya tergelincir dan saya naiki bukit, mampu sampai di puncak setelah beberapa kali berhenti di hentian angkara lelah. Saya kuatkan hati, sabarkan semangat kerana saya tahu saya ada penyakit darah tinggi yang akan memamah kudrat saya jika saya cepat naik darah. Sambil-sambil berselawat, saya atur langkah sejauh hampir 2km dengan terik suria tepat di ubun-ubun.

Saya singgah di sungai. Airnya sejuk untuk membersihkan sisa susu putih yang masam yang beberapa hari membeku di situ. Saya jentik beberapa ekor pacat gemuk yang tanpa segan mencuri darah saya. Gatal kesannya mampu membuatkan saya tergaru-garu untuk beberapa hari.  Air terjun ini pertengahan antara bukit yang saya daki dan turuni. Inilah nikmat, memujuk badan setelah letih mengitari bukit, meraih sesuap rezki.
Mampukah anak saya mengerti semua ini?

Saya tidak tahu.

Yang saya tahu, saya telah melaksanakan amanah-Nya,mendoakan mereka agar mereka berjalan di atas hidayah dan jauh dari hanyut dari dunia yang makin hari makin mencengkam. Saya hanya mampu berdoa agar mereka bahagia di dunia fana dan jua di dunia akhir. Usaha saya hanya sampai di sini, selebihnya apakah mereka mahu berubah, menyedari fatamorgana ini bakal berakhir bila-bila waktu saja.

Izrail tak pernah lelah menjenguk 70x sehari. Dan tak semestinya hanya tandan tua yang rebah ditarik graviti, kdang mungkin tandan muda yang disambar petir sedang tandan dua masih gagah berpaut!

Saya hanya mampu berdoa kerana saya tahu doa akan terjawab dengan pelbagai cara :

1.  Dimakbulkan seperti yang dipinta
2.  Digantikan dengan yang lebih baik
3.  Dijawab di akhirat dengan nikmat yang tak mampu terfikir oleh diri

Kerana saat Tuhan itu boleh diramal, maka Dia bukan lagi Tuhan! 

Sunday, February 5, 2012

1433H KERANANYA DUNIA TERCIPTA


Rindu itu mengalir terus...takkan pernah terhenti

Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Ya Rasul..aku tak pernah berhenti merinduimu



Friday, January 6, 2012

KEHENDAK ILAHI VS KEHENDAK INSANI


Antara ruang dan kehendak, kita masih punya batasan yang harus dipatuhi. Antara keinginan bergembira, kita masih punya batasan yang mesti tidak dilangkah. Masih punya aturan yang antara mahu dengan tidak mesti dipatuhi.


Apabila terlalu yakin dengan diri sendiri hingga kehendak Tuhan diketepikan, maka..nantikan saat kehancurannya....


Inilah Jawapan Allah Tehadap Persoalan Yang Kadangkala Timbul Dalam Hidup Kita.
Kenapa semua ini terjadi padaku?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah :216)


Kenapa terlalu berat ujian ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah :286)

Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)


Bagaimana harus ku hadapi semua ini?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang akan kudapat daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)


 Kepada siapa harus aku berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Berimankah aku?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

AKU, DIA DAN KAMI



Duka itu adalah aku
Yang bermain di bibir waktu
Dan
Terkubur di pusara masa

Lelah itu ialah dia
Yang mengejar bayang di pinggir detik

Dan
Kami bersatu
Dalam aliran waktu
Mencipta pelangi hari

Tuesday, December 27, 2011

PUT YOUR TRUST IN ALLAH..HE KNOWS BETTER



Alhamdulillah..FYP 27 December has finally reach it’s end. End of presentation, just want to finish the writing up now. Now, no more night clinic session. It’s just i have to stay during lunch and after ‘Asr to do the lab work. I hate doing night lab work, that’s why i try to avoid going to lab during the night. Moga dipermudahkan!

I did poster presentation, three times present to different judges with a little number of audience compared to oral presentation. Congrat to winner:

PIONEER BATCH..IST DENTAL CONFERENCE IIUM KUANTAN

Oral 1st-Sobrina&Zulaika..2nd Hafiz&Hilmi 3rd Nisa&Rostam
Poster 1st-Umme&Aini..2nd from other school..3rd Rehe&E-cha

Me? I get more knowledge on how to the research properly..it’s start with proposal..do a proper proposal..good result will come!\

Last Sunday I went to Terengganu..Dr Lini’s wedding..this week i’m going back..my hometown misses me so much!

Alhamdulillah.. good work to all!

Tuesday, December 13, 2011

PERJALANAN SEJAUH INI

Macam biasa memulakan entri yang tertangguh atas desakan hidup. Alhamdulillah, meski pelbagai dugaan melanda, masih mampu untuk bangun solat subuh di awal waktu (sambil memaksakan mata dibuka dengan luas) setelah menghembus doa bangun tidur yang dibaca kuat-kuat untuk menghalau syaitan yang membaca mantera sambil melilit leherku dengan tali yang kuat

 (tidurlah! Malam masih muda. Walhal subuh sudah mahu berangkat pergi
sedangkan kita semua tahu dan mengerti menarik selimut saat azan subuh rancak berkumandang dianalogikan sebagai berselimut dengan kulit khinzir.

When there is a song, likely there is dancing 
Entri kali ini berkaitan dengan hidupku sebagai seorang pelajar. Owh..sudah lama tidak berbahasa Inggeris.

Lets start.

Being in this dentistry world almost 4years ++ gave me a lot of tears, saliva and blood to be surrounded with. A lot! Started as pioneer batch add more experience to be familiarize with. New course, new kuliyyah, new lecturer, new building and of course new campus.

Situated in Kuantan (no bus from my beautiful and beloved hometown to hereL), this city provides a good environment to study in. Far from hustle and bustle of the city plus not much place to do window shopping and so on.

I choose this course (initially I want medical but spm’s result in Bio prohibits it-I just got B3) thinking that i wouldnt be regretting later. Yes, i have no regret entering this course. It just normal to have up and down in life in any of the course. This is colourful life we live on.

When you want to give in, please think a good reason why you hold up for so long time.

4 years in this course, many things happened. ALWAYS EXPECT UNEXPECTED. This is the rule of the thumb here.

Let’s take a look at several situations. The study years can be divided into 2 parts which are:

1.  Preclinical years: Year 1 & Year 2
2.  Clinical years: Year 3, 4 & 5

You wont success if you're not able to accept the twin, the failure
Preclinical year means you will learn basic medical sciences and in dentistry, practical only with phantom head, not real patients. Professional exam, one each in the end of the year will be the benchmark whether you are eligible to proceed to the next year. If not, you will repeat the whole year maybe only for one subject that you have failed. That is the price you have to pay. It’s not cheap, right?

Year 3, you will start to deal with patient. Do a basic examination and diagnosis (E&D) and simple treatment like filling, extraction, scaling and denture. This is where the real life begins. This is where the true colour expose itself. We can see the real character shows.

How people act to achieve certain requirement to help themselves proceed to the next year. Some are selfish, arrogant, ignorant, but we still able to see some kind characters here. How certain people move faster with magnificent skill and others are slower with poor or just so so skill.

How we are blaming ourselves with the lack of skill (without realizing we’re not able to compare because every person is unique and every case is different). We’re starting to feel nervous when we’re still doing our cavity preparation when the adjacent cubicle are already finisedh the work, starting to disinfect the chair.

The hand starting to tremble, the heart pumping increasing volume and the nervous is translated to tense move and the work started to lose concentration. We try to coax ourselfelves, keep telling it’s fine, this is gonna be ok, but no one works.
Will I marry me?
At last, we finished up doing lining twice or thrice, and end up doing temporary filling (TF) due to ringing bell indicated the time is over. Please prepare your patient to be dismissed, just finish whatever you are doing. It’s time to instruct your patient to close the mouth, gargle and say goodbye: see you next appointment.

And we end up the day by gloomy face. Feeling so bad that we’re not even finish one tooth to restore. That feeling continued to haunt until the night appears and till the next weekand come. So, we fill the day by day with the guilt and unsatisfaction feeling. So gloomy.

craving 
That is the 3rd year story. By the time, then we started to learn. For example in conservative department in year 3, it takes 3 visit just to do complete E&D.

1.  1st visit to do full mouth examination-taking chief complain (CC), history-medical&dental,intraoral&extraoral exam
2.  2nd visit just to take routine xray-bitewing both side &periapical whenever indicated,do pulp test (queue for 2 room xray i
s too long)
3.  3rd visit to do scaling-supragingival&subgingival

By the end of the year, you’re expected to finish at most 2 visit full E&D. By year4, you’re expected more-to finish in one visit. If possible to do restoration in 1st visit. Only thing you need is good management of yourself (most important), time and the patient. Some patient has gag reflex, it makes your works delayed etc.

The skill should be improved by time. Still remember when the first starting in oral surgery department, 2 hours is just to take full E&D. Last one hour is used to do exodontia. In perio, 1st visit is just for charting. Second visit to do scaling, usually not finished and should be continued for next visit. Now, in one visit, we can do charting and finished up the scaling&polishing. How fast time flies that we’re progress more.

A friend in need is a friend indeed
Still in 3rd year story. In addition to dental requirement to be fulfilled, we also have Professional exam to go through: General Medicine & General Surgery. Being the 1st batch of dental students to learn under medical lecturers in HTAA is quite stressing.

People look with abnormal looking. What dental students are doing posting in the hospital? Fortunately, medical colleagues who at 1st give weird look at last accept the reality. We learn what they learnt. Following ward round, clerking patients for long & short case, joining bedside teaching, doing physical examination according to system-respi, cvs, abdominal etc

1 month at HTAA posting general medicine, 1 month posting dental back, another one month posting general surgery and come back to dental posting for one semester. Forget all about gmgs and jeng...pro exam come.

It’s the most critical part of my life. Most longest 60min for short case & 10min for long case in my ever life. Only Allah know how chaos life was.
Thank Allah i pass. A year passes very fast.

What i want to highlight here is the skill obtained by year used to do the job as dental students (dentist to be Insya Allah).

i didnt dislike you, it's just the character
Each year, in addition to the Promotional/professional exam to be passed, we have certain requirement to be achieved. This is to enhance the skill to make sure we’ve undergone such training to qualify us to grad. So, this requirement sometimes make us requirement oriented, doing thing for the sake of the requirement. But, with time, soon we’ll learn to do thing for the sake of Allah to give the best options of treatment to the patients.

Many dental students have to repeat the year not because they’ve failed the exam, but they are short of requirement. This is normal situation. The reason? Maybe patient FTA-fail to attend during appointment, problem with the tooth, labwork or whatsoever.

Some students have good patient, punctual and the treatment goes smoothly that they’re able to finish the requirement earlier. But, bear in mind that every case is different and every person is unique.

How to deal with patient is another story. Punctual patient, you give the appoinment 5minutes late because you know he/she will come 10minutes earlier. Late patient, you give appointment 15 to 30minutes earlier.

When your patient suddenly called to cancel the appointment for eg at 1.40pm for 2pm session, you know how to look for back up patient because every session is very precious and you dont want it burn just like that.
How to deal with lecturers & staff-also some political way in communication should be learnt.

Another thing is prostho session. In the schedule, there is no time allocated for labwork. Basically you’ll used free time when there is no class or between 1pm&2pm (lunch hour) or after b5pm to 6pm. It’s a usual phenomenon that i’ll miss my lunch to finish up the lab work that i’ve learnt myself to restrain from eating when i’m hungry. The bad result is i cant eat althought i’m very hungry now-LOA (loss of appetite). Well, it’s just usual condition for a dental student.

Now, i’m preparing for my Final Year Proejct-research entitled screening for undiagnosed diabetes mellitus. Tomorrow, we (me&Afzan) will submit the soft copy of the presentation. I’ll be the presenter (insya Allah). Wish me all the best on this big day 27th December.

 p/s: certrain picture may not coincide with the story, but this is life..sometimes it's not organized orderly