Rindu itu mengalir
terus...takkan pernah terhenti
“Apakah maksudmu berkata demikian
wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar
bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku
tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang
sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil
tersenyum.
Kemudian baginda bersuara,
"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman
denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan
mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang
keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?"
tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan
mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi,
"Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu
diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada
ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih
mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah
umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua
isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh
kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa
denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi
setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
No comments:
Post a Comment