Friday, February 22, 2013

7 THINGS YOUR MUSLIM WIFE WON’T TELL YOU

Most men have a hard time understanding women. Even a woman they’ve been married to for years.

One minute she’s perfectly fine. The next, she’s crying like a baby.

She complains about something but when we offer advice on how to fix it, she still isn’t satisfied.

After several years of marriage (and counselling) i’ve learned to not worry so much about what my wife says. Instead, I should worry about what she doesn’t say.

 

1. Above all, She Wants Your love


When a wife shows her husband less respect, he in turn shows her less love.

And when a husband shows his wife less love, she in turn shows him less respect.

And the vicious cycle repeats itself.
Stop this prophecy before it becomes self-fulfilling. Show love to your wife.

That’s what she wants. Love her despite her flaws and quirks.
And Inshallah, she’ll respect you despite your flaws and quirks.

2. She’s Bored


It’s the same thing every day.
Week in and week out.

Not only is she bored but she’s also tired.
She has to care for the kids and run the household and then pamper you.

Just thinking about doing that every day makes me want to crawl under my covers and hide. I can imagine how the average Muslim housewife must feel.

And let’s not forget about working woman. Many Muslim women have to work a full time job as well as hold a house down.
So brothers, I implore you, make your wife feel special. Give her a break.

Take her out sometimes. Surprise her with a surprise meal. Bring her favorite desert home.
Just do something every now and then to break the monotony.


3. She Wants to be Complimented

Appreciation.
Everybody wants it.

No one wants to feel as if the hard work they do goes unnoticed or even worse, it taken for granted.

Your wife does not have to clean your dirty clothes. And she does not have to cook your meals.

But she does.

And she does that on top of all the other things in her life:
  • Caring for the kids.
  • Working or going to school.
  • Striving to be a better Muslimah.
Show your Muslim wife that you appreciate and are thankful for the things she does to maintain you and your family.
A simple “thank you” is a good start.

4. She’s Insanely Jealous


There’s a reason most women don’t care for polygamy.
Be very careful how you talk about other women around your wife.
Don’t ever compare your wife to another woman.
  • Don’t compare her to some female movie star.
  • Don’t compare her to your mother.
  • Never, ever compare her to your ex-wife (or other wife!)
She’s wants to know and believe that she is the center of your universe. So make her feel that way.

Even the Prophet’s (pbuh) wives got jealous. Aisha (RA) even got jealous of Khadijah (RA) who was dead.

Expect, and respect, the same type of jealousy from your wife.

5. She Wants You to Help Her become A Better Muslimah


If you haven’t seen it yet, I encourage you to watch this video I did a couple of weeks ago for Muslim men. In this video I stress the importance of men taking the role of leader within their families.

And that’s the problem with a lot of Muslim men these days.
Not only are they not being good leaders, they’re being led by their wives (or mothers, or other women in their lives).

Your wife desires and wants you to be her leader. And what better way to lead her than to be show her how to be a better Muslimah?

But you can’t show her how to become better if you’re not that great either. Therefore, you have to upgrade your Iman. 

You have to improve yourself and then pass it on to her in a gentle, respectful way.

6. She Doesn’t Like to Nag, But Sometimes You Make It Hard


It’s a common myth that women like to nag their husbands. That’s not entirely true.

Yes, there are some people (men and women) whom you can never please. No matter what you do, they’ll always find fault in something. Let’s be reminded of the following hadith:

Narrated Ibn ‘Abbas: The Prophet said: “I was shown the Hell-fire and that the majority of its dwellers were women who were ungrateful.” It was asked, “Do they disbelieve in Allah?” (or are they ungrateful to Allah?) He replied, “They are ungrateful to their husbands and are ungrateful for the favors and the good (charitable deeds) done to them. If you have always been good (benevolent) to one of them and then she sees something in you (not of her liking), she will say, ‘I have never received any good from you.”
Sahih Bukhari

So, yes sisters should be careful about denegrating the things your husband does for you.

But very often, you brother, make it hard for her to hold your tongue.
Perhaps you’re always finding fault with her and she looks for things in your character to get even.

Perhaps you’re not working (or not working hard enough) and she has to work to take up some slack.
Perhaps you’re just not that great of a guy.

Once again, upgrade yourself and give her less reasons to complain and nag.

7. more Than Anything, She Wants a Stable, Happy Relationship With You


Women don’t get married just because they think it’s gonna be fun.
They get married because they want a happy family life and they believe you’re gonna give it to them.

Outside of her religious duties, that’s the most important thing in a Muslim woman’s life. Raising a happy, stable, Muslim family.

The funny thing is, it’s very easy for you to give that to her.

1.  Stop acting like a jerk. Be a good husband to her. Be kind. Show her you love her.

2.  Don’t threaten her with divorce or taking a second wife. Yes, you have the right to do both. But using them as threats is inappropriate and detrimental to your marriage.

3.  Trust in Allah, watch out for the tricks of Shaytan, and be patient with her. There’s nothing Shaytan would love more than to destroy your marriage.

See? That isn’t all that hard, now is it?

Monday, December 10, 2012

ANAK-ANAKKU...KAU BAGAIKAN KAIN PUTIH YANG BELUM DICEMARI


Meladeni kerenah adik-adik (mungkin layak dipanggil anak-anak untuk seseorang seusia aku) membuatkan fikiran terkenang kampung halaman dan bonda tercinta. Pesakit kanak-kanak bermacam ragamnya. Kadang kala agak menguji kesabaran diri sambil terdetik dalam hati, mampukah aku jika ditakdirkan Tuhan menjawat jawatan seorang ibu? 

Tak mudah bukan!

Tugasan untuk pesakit kanak-kanak tak banyak sebenarnya, namun hanya mampu disiapkan dengan syarat mendapat pesakit yang bekerjasama.
Antara kriteria yang membantu aku selaku pelajar ialah:


1. Ibu bapa sanggup melarikan diri dari kerja demi menunggu anak-anak membuat rawatan

RUBBER DAM VERSI CANGGIH-MACAM OPTRA DAM YANG PERNAH DIGUNA ZAMAN MUDA-MUDA DAHULU


 2. Ibubapa yang menepati masa menghantar anak-anak untuk rawatan

 3.  Ibu bapa yang mampu memantau tabiat anak-anak seperti berhenti dari membiarkan anak-anak tidur dengan botol susu, membantu anak-anak memberus gigi untuk anak-anak yang berumur 6 tahun ke bawah dan juga
Alhamdulillah boleh dikatakan majoriti ibu bapa ini amat bekerjasama dan sangat menyokong anak-anak menjaga kebersihan mulut.

Fasa kedua ialah kerjasama dari anak-anak kecil ini sendiri. 

Lazimnya semasa sesi kanak-kanak, akan banjirlah ruang dengan air jernih yang bertakung di tubir mata. Alangkah!

1. Ada anak-anak yang sangat bekerjasama. Diberi ubat bius secara suntikan untuk rawatan akar, muka mereka tenang sahaja sampai aku pun kagum. Al maklum, aku sendiri pun tau betapa tak selesa (baca=sakit) suntikan bius dengan jarum. Dipasang rubber dam dengan clamp yang menekan gusi pun, masih senyum dan disuruh mengiring ke kanan kiri pun mengikut sahaja. Yang ni tabik spring!

RUBBER DAM-BAJU HUJAN YANG MELINDUNGI GIGI DARI BASAH

2. Ada ibu bapa yang sangat bekerjasama, bila-bila masa pun boleh datang (demi memikirkan kesihatan anak-anak tercinta), sayangnya anak itu terlalu muda untuk memahami prosedur pergigian yang sangat sensitif dan teliti setiap prosesnya. Terutama proses rawatan akar yang memerlukan isolation of operating field dengan rubber dam (baca=baju hujan hijau) dan gigi terpaksa ditidurkan (baca=numb) dengan ubat bius yang memerlukan suntikan jarum. 

3.  Ada anak-anak yang menangis sampai satu klinik dengar (apa saja budak ni buat sampai anak menangis), namun ada jua yang menangis tanpa suara (hanya air jernih yang mengalir membasahi pipi) sambil memeluk mama/papa supaya jangan meninggalkan mereka sendiri dalam bilik x ray (untuk Panoramic dan Periapical). Apa yang aku buat? Oh Tuhan, aku masih belum punya anak, mana saja mampu aku kutip pengalaman memujuk anak-anak yang masih attach dengan ibubapa dan tak mampu menerima orang asing seperti aku?

INILAH RUPA RUBBER DAM BIRU-NICE

d 3. Ada jua kes yang enggan buka mulut meski mereka sudah landing dengan amannya di atas kerusi. Burn beberapa sesi aku dihabiskan untuk memujuk anak-anak yang comel ini. Pengalaman yang cukup indah.

4. Ada jua yang aktif sampai aku yang terpaksa mengubah posisi untuk membuat tampalan. Agak-agaknya menyumbang tak kepada sakit belakang aku yang semacam chipsmore ini? Aku harap tak menjadi lebih buruk. Sampai ada yang tanya: Macam mana K.Safi buat tampalan kat dia ye? Aku senyum je. Aku bagi colleague aku buat tampalan unutk requirement dia. Membantu kawan yang lagi memerlukan. Boleh, namun perjuangan itu haruslah penuh kesungguhan. Masih mampu, namun penuh kesabaran di dada. 

CARPULE/CARTRIDGE/LOCAL ANAESTHETIC AGENT+NEEDLE+SYRINGE

Macam-macam la cerita anak-anak tersayang untuk aku layani demi menyiapkan tugasan sebagai seorang pelajar.

Above all-you make my day my little dearie. May Allah bless you day today and always

Sunday, December 9, 2012

AKU DAN SESUATU


Akhir-akhir ini agak sukar untuk ilham mengguyur dari langit idea. Terlalu banyakkah akar serabut yang bercabang dari tunjang fikir?

Ini senarai buku yang masih berada di Kuantan. Menunggu masa untuk dihantar ke Kelantan

Maulana Muhammmad Saeed Dehlvi (terjemahan Dato’ Abdullah Hussain)- Isabella

Dr Muhaya Hj Mohamad-Celik Mata dan Jiwa

A.Aziz Deraman- Geger Sokmo

Hafidzi Mohd Noor-Berdamai dengan Israel, Berapa harganya?

Abdul Latip Talib-Hulagu Khan, Khabar Hitam dari Timur

John Gray-Men are from Mars,Women are From Venus

Tuah Sujana-Cinta Senafas Angsa

Amiza Khusyri Yusof-Mentari Mediterranean

Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir-Ke mana Wang Anda
 
Imaen-Urusan Cinta Belum Selesai

Sahrunizam Abdul Talib-Membaca Dirimu

Lutfi Ishak-Cerita Malam Pertama

Afareez Abd Razak al-Hafiz-Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain

Ummu Hani Abu Hassan-I want to be a writer

Zamri Mohamad-Magnet Cinta

Dr –‘Aidh Abdullah al-Qarni (terjemahan Mohd Sofwan Amrullah) -La Tahzan

Pahrol Mohamad Juoi-Cinta Kerana Allah

Roslan Jomel-Selamat Datang ke Malaywood

Dr Danial Zainal Abidin-Persoalan Islam yang kontemporari

Dr Harmy, Ustaz Shamsul, Dr Rosediani, Wan nor Ainun-Fikah Perubatan

Ann Wan Seng-Kamu, Apa yang kamu makan

Noor Suraya-Langsir Biji Remia

Ustaz Kazim Elias-Tuhan Sedang Menguji Kita
 
Za’ba-Pengembaraan ke Kedah, Perlis dan Kelantan

Dr Susan Aldridge-Little book of big ideas of Medicine

Dr Zakir Naik-The Quran and modern Science

Zakaria Ali-Vila Maya

Dr Sherif Abdel Azeem-Women in islam

Ini Buku yang Terbaru diborong di IKOD. Sanggup redah hujan, lepas asar pergi beli. haha...Teringat-ingat dan ternampak-nampak buku ini semalam, hari ini paksa diri membelinya.

Burhan Sodiq-Kerana Allah Aku Menikahimu

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat-Asmaul Husna: Dengan NamaMu aku Hidup

Hafizul Faiz-Travelog Budak mentah

Fadli al-Akiti-Ku KL, Ko KB

Sindiket Soljah- Nama ai Lollipop


Monday, December 3, 2012

JALAN JALAN KE NEGERI JIRAN


Saya menganyam mimpi atas lantai basah berdebu. Saya mengutip sisa kenangan yang terkandas di pelabuhan silam. Saya singgah di hentian muhasabah untuk membuat hitungan ‘amal.
I’ve been there. 

Mencintai bukan suatu dosa

CINTA DAN PERKAHWINAN

Ini bicara santai saat suku pertama menjadi pelajar akhir telah berlalu. Masih punya 75% duri-duri di sepanjang laluan sebelum menamatkan alam belajar yang penuh menyeronokkan. 

Alhamdulillah ujian akhir blok1 telah berakhir dengan aman. Ada bauran rasa-antara suka, duka, syukur dan sabar. Segalanya telah tertulis..usaha..doa dan tawakal ialah siri perjalanan sepanjang waktu.
Masih punya waktu untuk pembaikan.

Sebelum bergelar suami

IT’S NEVER TOO LATE TO LEARN

Hujung minggu usai ujian ialah saat yang paling aman. Aku bercadang untuk bertapa di mahallah sahaja sambil mengarang sepotong dua cerita tentang kehidupan. Namun, sepotong mesej seorang teman amat menarik perhatian.jemputan ke majlis perkahwinan teman penulis di Gong Badak. 

Menimbang-nimbang, aku membuat keputusan untuk bermusafir ke Terengganu.
Bertolak sebelum maghrib dan tiba di Homestay Teluk Ketapang hampir tengah malam. Seberang takir mengingatkan aku- LAUTAN TAK BIRU DI SEBERANG TAKIR. Jua cerita Ayat & Johanna. Makan lewat malam dan borak-borak ringan sebelum melelapkan mata barang sepicing dua. 

Esoknya bersarapan dengan roti canai dan terus ke masjid Unisza untuk upacara akad nikah. Mudahnya satu akad menghalalkan segalanya. Tak sampai seminit-akad sah menghalalkan segala. Indahnya hidup bersyariat. Kahwin itu suatu yang mudah, jadi kenapa mahu memilih untuk tidak berkahwin andai jodoh sudah tiba?

Kemudian terus ke Dewan untuk majlis kenduri. Terserempak dengan teman lama uia pj dahulu.

Usai makan, kami ke Pasar Payang. Nasib baik tak mudah rambang mata melihat pakaian. Hanya rambang mata melihat helaian kertas yang dibukukan. Fikir-fikir, lain kali masih ada, andai ekonomi mengizinkan, kembali lagi ke sini masa mendatang. Jadi, hanya membeli buah tangan untuk bonda tercinta sahaja.

Kemudian, menikmati angin pantai sambil makan sotong celup tepung dan keropok lekor bersulam air kepala. Wah, nikmat!

Berangkat kembali ke kuantan hamper jam 5pm dan singgah sebentar di Mesra Mall untuk jama’ solat beserta menjenguk buku di popular. ‘terpaksa’ keluar dengan sebiji novel Imaen di tangan-urusan cinta yang belum selesai.
Urusan cintaku? Masih jua belum bermula, masakan mahu selesai.haha...
TENTANG CINTA dan PERKAHWINAN

Cinta ialah urusan sederhan yang mampu menjadi picu tenaga untuk terus maju merealisasikan pesan baginda Rasul saw yang mafhumnya: 

JADILAH HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM

Cinta seorang ibu dan seorang bapa menjadikan segalanya mampu dikorbankan demi anak tercinta. Boleh pandang sekeliling, berapa ramai yang awalnya workaholic menjadi tidak sabar menunggu detik jam 5pm untuk pulang setelah kelahiran cahaya mata?

Namun, cinta ini tak mampu menandingi cinta Allah yang Maha Agung. Diberinya mentari yang setia muncul meski ayam tak berkokok. Diberinya oksigen percuma untuk jantung berdegup tanpa batasan. Diberinya pahala yang banyak untuk usaha yang sedikit. Diberinya akal untuk pertimbangan sihat membuat keputusan.

Dijawabkan segala rintihan dan permintaan meski waktu banyak diperuntuk untuk tidak mematuhinya. Dipermudah segala urusan dan dikurniakan nikmat setiap waktu tanpa disedari. Betapa malunya menjadi hamba yang menghitung sukar dalam lelah, bukannya menghitung hikmah dan nikmat dalam susah dan senang aturan. 

Sesudah bergelar isteri

SISI LAIN TENTANG PERKAHWINAN

Perkahwinan : menyatukan dua jiwa yang punya 1001 perbezaan dengan hanya satu persamaan.

Perkahwinan: ialah permulaan cinta halal antara lelaki dan wanita.
Jangan menoktahkan cinta dengan perkahwinan. Tapi, mulakan perkahwinan itu dengan penuh rasa cinta. Jangan jadikan perkahwinan sebagai pusara cinta.
Pesan untuk diri sendiri: usah terpengaruh dengan status fb yang memuja muji pasangan dengan penuh kehebatan seolah-olah : I want to tell the world, I’m happy now.

Hakikatnya perkahwinan itu belum boleh dibuktikan selagi belum teruji. Saat teruji, barulah belang sebenar akan terserlah. Hakikatnya di situlah. Baik dan buruknya terimalah. Inilah jalan hidup yang Tuhan pilih dan kita pun memilihnya. 

Banyak mimpi belum terserlah. Banyak ayat belum ternoktah. Isilah mimpi dengan redha dan yakin. Masih punya rezki milikmu yang takkan mampu orang lain menyambar.

Owh..saya masih mencari di mana Zaman menghilang..masihkan menjadi ‘pembaca senyap’ atau sudah ke mana kamu?

Dia sudah selamat menjadi milik orang dan saya bahagia melihat senyumnya melebar. Teman, doaku kebahagiaan itu milikmu sentiasa dan dia lebih dari mampu untuk mengisi ruang yang aku kosongkan dalam salah satu ruang kecil dalam hidupmu.