Sunday, October 28, 2012

A WEEK MORE TO UNDERGO END BLOCK 1 EXAM


Time flies too fast that I cant catch up. The end block coming again. Thanks to ‘study group’ that push me to study rather than studo. 
ngeh ngeh. 

Pulang ke rumah dan kembali ke kampus kuantan dengan mood raya. Oh, rumah ialah syurga saat jiwa dilanda gundah. Cuti lebih awal kerana bertembung dengan cuti keputeraan Sultan Pahang, namun rezeki tiket tidak menyebelahi. (sebulan setengah lebih awal tu cari tiket pun masih tiada rezki) Lantas bertapa sehari di sini sebelum pulang ke Tanah Serendah Sekebun Bunga. 

Macam biasa perhentian bas ialah stesen tanah merah jam 520am. Terus ke masjid untuk subuh berjemaah (subuh makin awal kan). Dalam hati menimbang-nimbang sama ada untuk berpuasa sunat hari ‘arafah 9 Zulhijjah atau tidak, namun memutuskan untuk tidak menjamah sebarang makanan-niat puasa sunat kan sebelum tengah hari, masih sempat berfikir lagi=p.

Ketiduran dalam bas yang amat, nasib baik tempat duduk di sebelah perempuan yang sama-sama turun kat tm (takut terlajak..huhu) almaklum tidur mati, bak kata abang aku: bom meletup sebelah pun bukan terjaga..haha. bas berhenti pun aku maintain tidur je, ntah la bagaimana posisi aku, harapnya tak memalukan haha. Lama juga bas tu berhenti makan, dekat bas nak gerak dan lampu dah dipadamkan baru aku terjaga, namun tidur terus disambung..hehe.

Sedar tak sedar pun dah masuk pasir putih nak dekat machang. Kali ni tahan la sikit mata sebab takut terlajak. Balik sorang-sorang dalam bas begini la ye.

Berteman seorang teman ke masjid yang dekat tempat bas berhenti tu. Alhamdulillah, makmurnya masjid ini dengan jemaah solat subuh walaupun hanya makcik-makcik yang memenuhi saf. Ada la juga anak muda yang tiba dari jauh dengan beg besar balik kampung tu.

Tunggu drebar, pukul 730am gak la sampai rumah. Terima kasih ye drebar, susah-susah je;p. If tak, aku balun je naik bas skmk jam 630am, lagipun beg takde la berat sangat, tapi kebetulan dapat tumpang orang, orait la tu..rezki jangan ditolak..hehe

Sampai rumah, ada adik aku je, yang lain tak balik lagi. Hajatnya nak ke pasar, namun aku terlentang tidur..he. Bangun lepas tu ke pasar jap untuk beli kek raya dan teruskan niat berpuasa. Bukan mudah nak dapat peluang puasa 9zulhijjah ni, al maklum perempuan, banyak halangannya. 

Petang tu aku belek kain lama, terjumpa baju pasang aku yang belum berjahit, 2 pasang pulak tu. Dah la baju yang orang bagi hari tu belum siap potong lagi. Jadinya 3 pasang belum berjahit. Aku pun merajinkan diri potong dua pasang. Baju kurung ni takde la susah sangat kan, Cuma kena jaga inci dan cm nya takot tersenget je la. Siap la dua pasang aku potong. Baru potong tu. 

Kemudian aku beraya dengan t shirt sebab baju tak berjahit.. hehe. Anak tukang jahit begini la. Nanti la bila-bila aku balik jahit (konon la).
Pagi raya tu,bonda masak nasi dagang. Petang tu anak-anak saudara aku tiba. Bestnya! Meriah sangat! Ada kawan untuk main badminton sebenarnya. He3. Dah lama tak jumpa anak-anak saudara, rindu sangat-sangat nak peluk dan golek budak comel tu.

Erti raya? Bila berkumpul ahli keluarga, borak-borak, gelak-gelak sambil menunggu chef di dapur. Owh, kak aku yang chef tu balik, jadi dapur jangan kacau, hak dia..hehe. nanti dah siap masak, baru dia panggil. Adik aku kata tempah dia untuk masak hidangan pengantin..he3 BTW, aku tak pergi giant, tak dapat bawa balik teh songket yang best tu (paling aku suka laici &ros) , orang rumah aku memang suka minum teh sedap tu. Nanti cuti ni, aku bawa balik banyak-banyak kay. 

Cuti ni, aku bawa balik sebiji buku je, ambil syarat kan. Time aku nak study sebelum tidur, anak-anak saudara aku pakat kerumun. Semuanya nak tengok gambar gigi. Jadilah aku cikgu tuisyen yeng menerangkan segala macam pasal gigi (kalau diorang nak kerja macam aku, aku akan tentang habis-habisan..haha).

Jadinya, aku memang tak mampu nak baca buku (alasan tak konkrit langsung..haha). erm..selera makan aku menurun sehari dua sebelum balik ni setelah meningkat memdadak setelah mendapat berita jpa masih gagal memuat turun duit..huhu. jadi, aku tak makan sangat walaupun makanan kat rumah best sangat-sangat. 

Pagi sebelum datang kuantan, ajaibnya aku tengok sepasang baju aku tiba-tiba siap. He3. Jadi, dapatlah sepasang baju baru. Aku bukan malas menjahit, tapi aku tak sihat sepanjang kat rumah, tergolek-golek je atas lantai, sakit perut dowh. Telan ponstan sebiji pun, takde kesan langsung. Sudahnya, aku tergolek-golek je. Nasib baik ramai tenaga yang boleh diharap buat kerja (macam la tanpa aku kerja tak jalan..haha)

Bertolak ke kuantan hampir jam 10am dengan kereta baru orang tu. Makan roti je sepanjang jalan (jem yang amat..huhu) Sempat la merasa pegang stereng kereta dalam jem dengan instruktur yang garang (mau luruh jantung aku tiap kali kena tegur)..huhu. dan aku tahu, dia pun berdebar mahu tukar seat drebar tu. Muka pun pucat semacam je. Hehe. Dah lama  tak polish skill, dah berapa tahun lesen kereta aku hanya hiasan. He3. 

Nasib baik ada teman borak yang baik, thanks Mira tolong temankan dan melalui jalan jauh (sah serik dah pahni) dan selamat tiba di kuantan jam 930pm. 12 jam tu. Nak makan nasi arab, asalnya, tapi jungle tutup hujung minggu. Last-last singgah warung tepi kak ju je. Sorry, korang, datang lain kali kita belanja nasi arab, tu pun kalau tak serik la. Dah macam-macam posisi aku tengok dalam kereta. Drebar paling kesian. Sorry..pahni kita balik naik bas la ye..he3

Dengan cerita sampai key el hampir subuh ye. Dugaan musim raya. Tak sangka la plak jadi jauh macam ni. Sorry korang..

Ok la dah habis cerita raya. Bersedia untuk menduduki ujian pula. Go..steady..go!

Wednesday, October 17, 2012

A MATCH BY GOD : CINTA TANPA SYARAT


You asked no questions
   Right from the start.
       You gave me all straight from the heart.
   Didn’t say one word. 
Or judge me while you gave me all with a smile.


TIDAK MAHU BERTANYA KEPADA TUHAN


Sekadar untuk dikongsi.
Sumber: 
http://www.fcukz.co.cc/2010/06/tidak-mahu-bertanya-kepada-tuhan.html#ixzz1S8y223Vv


Arthur Ashe, Seorang Pemain Tenis Legenda dan pemenang Wimbledon sedang mengalami masa-masa kritikal karena jangkitan AIDS yang dia dapatkan dari pemindahan darah sewaktu melakukan pembedahan di hatinya.Dia mendapatkan simpati dari seluruh peminatnya di seluruh dunia, dan salah satu surat yang dia terima berbunyi : “Mengapa Tuhan memberikan kamu penyakit seburuk ini ?”.

Kemudian Arthur Ashe membalas suratnya :

“Di dunia ini — ada 50 juta kanak-kanak yang mulai belajar tenis, 5 juta yang belajar tenis secara rutin,

500.000 orang belajar secara profesional, 50.000 orang yang ikut pertandingan tenis,

5.000 di antaranya berhasil ke Grand Slam, 50 orang yang berhasil ke  Wimbledon,

4 orang yang ke semi final, 2 orang yang berhasil ke babak Final,

Ketika Saya merayakan kemenangan dan memegang Piala Wimbledon, SAYA TIDAK PERNAH BERTANYA KEPADA TUHAN, “MENGAPA SAYA” ?.

Dan hari ini walaupun sakit, SAYA TIDAK SEHARUSNYA BERTANYA KEPADA TUHAN, “MENGAPA SAYA” ?.


Tuesday, September 11, 2012

AKU DAN SESUATU UNTUK DIKONGSI RENUNG



Hidup akhir-akhir ini banyak mengajar erti TAWAKAL setelah berusaha keras bahawa REZEKI setiap orang telah DIJAMIN oleh Pencipta...hanya ianya RAHSIA untuk menilai AMALAN siapakah yang TERBAIK antara kita...takutlah hanya kepada ALLAH, namun penuh PENGHARAPAN bahawa RAHMAT-nya mengatasi segala

Mata hanya mampu melihat. Betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Perempuan bercakap dengan mulut, bukan untuk mengeluh, sekadar meluahkan rasa agar yang membeban segera jadi tipis.

Minggu kedua menjadi pelajar tahun akhir. Saban waktu ruang minda diisi dengan ‘completekan requirement’ sebagai bekalan 30% continuous assesement. 70% dari final professional exam untuk melayakkan title DR di depan nama. Titile ialah tanggungjawab dan amanah betapa sudah mampu berdikari dan bertindak sendiri.

Cabaran dalam klinik. Sebelum ni 4-handed dentistry, maksudnya kerja berpasangan dan ada pembantu. Boleh pergi lab untuk pour cast masa prostho dan assistant tolong kemaskan dental chair. Bila dah kerja sorang-sorang ni 2-handed dentistry, alahai berkejar ke sana ke mari, ambil barang sendiri dan mix sendiri betapa banyak menyita waktu dan tenaga. Nak ambil signature pun satu hal. Nak beratur sign Dr pun kena masuk dalam timing juga.

Lagi? Ini cabaran dan persediaan la untuk beralih dari kerja berpasangan kepada seorang diri. Untuk patient paed, bersedia la untuk bersilat..hehe.   Tangan sebelah saliva ejector, sebelah lagi nak buat restoration. Tahniah untuk diri sendiri sebab Berjaya..okai.

Cerita pasal semalam boleh? 1st time nak guna dental chair baru after start final year ni. Patient paed. Nasib baik dapat yang co operative  AlhamdulillahJ. Handpiece buat masalah. Mula-mula bur tak nak rotate, both low & high speed. Lepas tu tukar handpiece baru-keluar kat screen tu micromotor rosak. Berdebar juga sebab micromotor ada satu je. Coupling je ada dua. Micromotor ni untuk low speed, coupling untuk high speed.

Bila bur dah rotate, air pulak tak nak keluar. Alahai, diagnosisnya setelah dibaiki (technician takde hari tu, terpaksa pinjam chair lain . my chair G4, sebelum ni S2-) ialah low speed problem. Hmm..nasib dapat sepasang, ada satu lagi yang elok. 

Sesiapa yang tak bersyukur dengan yang sedikit, takkan cukup dengan yang banyak. Alhamdulillah!

Kemudian, pinjam dental chair lain dan start hampir jam sebelas setelah hamper sejam tertangguh. Time is life..hehe..sejam paling koman dan boleh siap satu tampalan. Takpe lah, ujian. Ada hikmah semua tu. Sabar kan dapat pahala, Safiy kan…

So, siaplah sebelum pukul 1pm satu tampalan, satu fissure sealent dan satu cabutan. Alhamdulillah. Rezeki tu. Kena completekan at least 5 patients. Paed ni susah sikit sebab patient susah nak datang sama ada mereka tak nak tinggal kelas atau parents susah nak hantar esp parents yang kerja gaji hari. Kerja baru duit masuk, kena consider juga tu, tak semua kaya kan.

Ada pula kes yang bagus, parents pun ok, tapi patient tak co operate. Ada patient co operate, tapi parents susah nak hantar dan macam-macam cerita lagi la. Requirement banyak lagi..clinic paed untuk year5 sampai block 2 je -42 hours-sama macam prostho. 

Year 5 ni, aku rasa mampu untuk lebihkan puasa sunat. Alang-alang tak sempat makan tengah hari lebih baik puasa je kan..hehe. sekarang ni tengah mengejar dateline Syawal yang nak habis. Paling koman kena habis puasa 6 hari di bulan syawal. Just Nice kan. Even petang tu dah lembik semacam, tak mengapa. Allah dah bagi banyak nikmat, berkorban la sikit demi Dia kan.

Sekiranya kamu bersyukur, akan ditambah nikmat. Kalau kufur, azab-Nya teramat pedih.

Petang ortho. Letih juga berdiri 3jam kan. Tabah juga aku ni..hehe. patient pakai 2x4 appliance. Meaning dua bracket dekat molars dan 4 untuk incisors. Baru perasan, kombinasi purple dan pink sangat lawa..jeng..jeng

Banyak belajar pasal instruments untuk fixed appliance. Bukan calang-calang orang boleh pakai FA ni. Oral hygiene kena very good dan banyak bersabar. Requirement jua yang memenuhi ruang kosong..hehe..agak menakutkan bila saban waktu dimomokkan dengan requirement. But, ni lah reality dunia dentistry. 

Orang tengok keja ni glamour dan gajipun best. Tapi mereka tak tahu berapa ratus kali student ni fikir nak quit sebab cabaran yang teramat menguji sebelum Berjaya diijazahkan Bachelor of Dental Surgery insya Allah. Ok. Berhenti dulu, malam makin larut. Makin sepi dan semua orang dialun mimpi indah. Mataku masih segar angkara Radix kopi semasa iftar.

Wassalam

Mata masih degil. Mari menyambung bual. Alhamdulillah, bawa patient untuk EnD bridge. Berjaya dapat untuk distally conventional cantilever bridge on 11 replacing missing 12. Tapi, kena siapkan filling sebelum proceed. Masih mencuba untuk mencari 3 unit conventional bridge sebenarnya. 

Kerja 2-handed bermaksud 12 orang operator berbanding 6 orang sebelumnya. Jadi, beratur untuk diperiksa dengan supervisor pun panjang sikit. Harap sabar ye Safiy..he3. sementara tunggu queue, bawa new patient ke DHE room. Flouroscent dye ..hmm..kurang praktikal berbanding disclosing tablet. Susah nak chart dalam bilik gelap tu tengok dalam plaque house tu dalam keadaan patient duduk, bukan supine. Rasanya lagi sesuai macam dulu, buat dalam klinik. Yang ni sesuai untuk demo kat patient plaque dalam mulut je.

Dapat kes sesuai untuk exam cons promo 4th year, so reserve je untuk junior. So, next visit dah boleh ambil impression dua. Satu untuk diagnostic cast untuk wax up, 2nd untuk crown prep. Macam biasa, tutup kedai 1pm. Turun solat dan naik balik untuk patient General Dental Practitioner 2pm. Hmm..kisah sedih pun bermula.

So, dah 2 patient GDP terpaksa terminate case. Sorang tu sebab dia study kat luar Negara, balik cuti je 2 bulan. Sorang lagi tak dapat commit. Kena siapkan 5 case at least completed dalam klinik GDP ni. Harap bertabah ye. Teruskan usaha. Usaha eskeletor kejayaan walaupun dalam dunia ni sebenarnya tiada jalan singkat untuk Berjaya.

Before I quit…
You hate your life, You want to quit...
While some people dream of having your life.
Always thank Allah for His countless blessings.
Alhamdulillah

  ISNIN KE AHAD=7 HARI..AHAD KE ISNIN=1 HARI..AJAIB KAN..HE3

Hujung minggu menyempatkan diri ke kenduri kawan sekelas. Simple yet very nice indeed. Persekitaran penuh islamik untuk membina rumah tangga yang sakinah, mawaddah dan rahmah di dalamnya.

Barakallah. 

Andai AIR MATA mampu menyelesaikan masalah, banjirlah wilayah ini...namun saat ALLAH memilih, dia tak pernah meninggalkan diri ini KESEORANGAN...DIA titipkan janji : peruntukkan MASA demi Dia, nescaya ada masaNYa untuk hamba yang teruji...