Time flies too
fast that I cant catch up. The end block coming again. Thanks to ‘study group’
that push me to study rather than studo.
ngeh ngeh.
Pulang ke rumah
dan kembali ke kampus kuantan dengan mood raya. Oh, rumah ialah syurga saat
jiwa dilanda gundah. Cuti lebih awal kerana bertembung dengan cuti keputeraan
Sultan Pahang, namun rezeki tiket tidak menyebelahi. (sebulan setengah lebih
awal tu cari tiket pun masih tiada rezki) Lantas bertapa sehari di sini sebelum
pulang ke Tanah Serendah Sekebun Bunga.
Macam biasa
perhentian bas ialah stesen tanah merah jam 520am. Terus ke masjid untuk subuh
berjemaah (subuh makin awal kan). Dalam hati menimbang-nimbang sama ada untuk
berpuasa sunat hari ‘arafah 9 Zulhijjah atau tidak, namun memutuskan untuk
tidak menjamah sebarang makanan-niat puasa sunat kan sebelum tengah hari, masih
sempat berfikir lagi=p.
Ketiduran dalam
bas yang amat, nasib baik tempat duduk di sebelah perempuan yang sama-sama turun
kat tm (takut terlajak..huhu) almaklum tidur mati, bak kata abang aku: bom
meletup sebelah pun bukan terjaga..haha. bas berhenti pun aku maintain tidur
je, ntah la bagaimana posisi aku, harapnya tak memalukan haha. Lama juga bas tu
berhenti makan, dekat bas nak gerak dan lampu dah dipadamkan baru aku terjaga,
namun tidur terus disambung..hehe.
Sedar tak sedar
pun dah masuk pasir putih nak dekat machang. Kali ni tahan la sikit mata sebab
takut terlajak. Balik sorang-sorang dalam bas begini la ye.
Berteman seorang
teman ke masjid yang dekat tempat bas berhenti tu. Alhamdulillah, makmurnya
masjid ini dengan jemaah solat subuh walaupun hanya makcik-makcik yang memenuhi
saf. Ada la juga anak muda yang tiba dari jauh dengan beg besar balik kampung tu.
Tunggu drebar,
pukul 730am gak la sampai rumah. Terima kasih ye drebar, susah-susah je;p. If
tak, aku balun je naik bas skmk jam 630am, lagipun beg takde la berat sangat,
tapi kebetulan dapat tumpang orang, orait la tu..rezki jangan ditolak..hehe
Sampai rumah,
ada adik aku je, yang lain tak balik lagi. Hajatnya nak ke pasar, namun aku
terlentang tidur..he. Bangun lepas tu ke pasar jap untuk beli kek raya dan
teruskan niat berpuasa. Bukan mudah nak dapat peluang puasa 9zulhijjah ni, al
maklum perempuan, banyak halangannya.
Petang tu aku belek kain lama, terjumpa
baju pasang aku yang belum berjahit, 2 pasang pulak tu. Dah la baju yang orang
bagi hari tu belum siap potong lagi. Jadinya 3 pasang belum berjahit. Aku pun
merajinkan diri potong dua pasang. Baju kurung ni takde la susah sangat kan, Cuma
kena jaga inci dan cm nya takot tersenget je la. Siap la dua pasang aku potong.
Baru potong tu.
Kemudian aku
beraya dengan t shirt sebab baju tak berjahit.. hehe. Anak tukang jahit begini
la. Nanti la bila-bila aku balik jahit (konon la).
Pagi raya
tu,bonda masak nasi dagang. Petang tu anak-anak saudara aku tiba. Bestnya! Meriah
sangat! Ada kawan untuk main badminton sebenarnya. He3. Dah lama tak jumpa
anak-anak saudara, rindu sangat-sangat nak peluk dan golek budak comel tu.
Erti raya? Bila berkumpul
ahli keluarga, borak-borak, gelak-gelak sambil menunggu chef di dapur. Owh, kak
aku yang chef tu balik, jadi dapur jangan kacau, hak dia..hehe. nanti dah siap masak,
baru dia panggil. Adik aku kata tempah dia untuk masak hidangan pengantin..he3
BTW, aku tak pergi giant, tak dapat bawa balik teh songket yang best tu (paling aku suka laici &ros) , orang
rumah aku memang suka minum teh sedap tu. Nanti cuti ni, aku bawa balik
banyak-banyak kay.
Cuti ni, aku
bawa balik sebiji buku je, ambil syarat kan. Time aku nak study sebelum tidur,
anak-anak saudara aku pakat kerumun. Semuanya nak tengok gambar gigi. Jadilah aku
cikgu tuisyen yeng menerangkan segala macam pasal gigi (kalau diorang nak kerja macam aku, aku akan tentang habis-habisan..haha).
Jadinya, aku
memang tak mampu nak baca buku (alasan tak konkrit langsung..haha). erm..selera
makan aku menurun sehari dua sebelum balik ni setelah meningkat memdadak
setelah mendapat berita jpa masih gagal memuat turun duit..huhu. jadi, aku tak
makan sangat walaupun makanan kat rumah best sangat-sangat.
Pagi sebelum datang
kuantan, ajaibnya aku tengok sepasang baju aku tiba-tiba siap. He3. Jadi,
dapatlah sepasang baju baru. Aku bukan malas menjahit, tapi aku tak sihat
sepanjang kat rumah, tergolek-golek je atas lantai, sakit perut dowh. Telan ponstan sebiji pun, takde kesan langsung. Sudahnya, aku tergolek-golek je. Nasib baik
ramai tenaga yang boleh diharap buat kerja (macam la tanpa aku kerja tak
jalan..haha)
Bertolak ke
kuantan hampir jam 10am dengan kereta baru orang tu. Makan roti je sepanjang
jalan (jem yang amat..huhu) Sempat la merasa pegang stereng kereta dalam jem
dengan instruktur yang garang (mau luruh jantung aku tiap kali kena
tegur)..huhu. dan aku tahu, dia pun berdebar mahu tukar seat drebar tu. Muka pun
pucat semacam je. Hehe. Dah lama tak
polish skill, dah berapa tahun lesen kereta aku hanya hiasan. He3.
Nasib baik ada
teman borak yang baik, thanks Mira tolong temankan dan melalui jalan jauh (sah
serik dah pahni) dan selamat tiba di kuantan jam 930pm. 12 jam tu. Nak makan
nasi arab, asalnya, tapi jungle tutup hujung minggu. Last-last singgah warung
tepi kak ju je. Sorry, korang, datang lain kali kita belanja nasi arab, tu pun
kalau tak serik la. Dah macam-macam posisi aku tengok dalam kereta. Drebar paling
kesian. Sorry..pahni kita balik naik bas la ye..he3
Dengan cerita
sampai key el hampir subuh ye. Dugaan musim raya. Tak sangka la plak jadi jauh
macam ni. Sorry korang..
Ok la dah habis
cerita raya. Bersedia untuk menduduki ujian pula. Go..steady..go!
No comments:
Post a Comment