Tuesday, September 11, 2012

AKU DAN SESUATU UNTUK DIKONGSI RENUNG



Hidup akhir-akhir ini banyak mengajar erti TAWAKAL setelah berusaha keras bahawa REZEKI setiap orang telah DIJAMIN oleh Pencipta...hanya ianya RAHSIA untuk menilai AMALAN siapakah yang TERBAIK antara kita...takutlah hanya kepada ALLAH, namun penuh PENGHARAPAN bahawa RAHMAT-nya mengatasi segala

Mata hanya mampu melihat. Betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Perempuan bercakap dengan mulut, bukan untuk mengeluh, sekadar meluahkan rasa agar yang membeban segera jadi tipis.

Minggu kedua menjadi pelajar tahun akhir. Saban waktu ruang minda diisi dengan ‘completekan requirement’ sebagai bekalan 30% continuous assesement. 70% dari final professional exam untuk melayakkan title DR di depan nama. Titile ialah tanggungjawab dan amanah betapa sudah mampu berdikari dan bertindak sendiri.

Cabaran dalam klinik. Sebelum ni 4-handed dentistry, maksudnya kerja berpasangan dan ada pembantu. Boleh pergi lab untuk pour cast masa prostho dan assistant tolong kemaskan dental chair. Bila dah kerja sorang-sorang ni 2-handed dentistry, alahai berkejar ke sana ke mari, ambil barang sendiri dan mix sendiri betapa banyak menyita waktu dan tenaga. Nak ambil signature pun satu hal. Nak beratur sign Dr pun kena masuk dalam timing juga.

Lagi? Ini cabaran dan persediaan la untuk beralih dari kerja berpasangan kepada seorang diri. Untuk patient paed, bersedia la untuk bersilat..hehe.   Tangan sebelah saliva ejector, sebelah lagi nak buat restoration. Tahniah untuk diri sendiri sebab Berjaya..okai.

Cerita pasal semalam boleh? 1st time nak guna dental chair baru after start final year ni. Patient paed. Nasib baik dapat yang co operative  AlhamdulillahJ. Handpiece buat masalah. Mula-mula bur tak nak rotate, both low & high speed. Lepas tu tukar handpiece baru-keluar kat screen tu micromotor rosak. Berdebar juga sebab micromotor ada satu je. Coupling je ada dua. Micromotor ni untuk low speed, coupling untuk high speed.

Bila bur dah rotate, air pulak tak nak keluar. Alahai, diagnosisnya setelah dibaiki (technician takde hari tu, terpaksa pinjam chair lain . my chair G4, sebelum ni S2-) ialah low speed problem. Hmm..nasib dapat sepasang, ada satu lagi yang elok. 

Sesiapa yang tak bersyukur dengan yang sedikit, takkan cukup dengan yang banyak. Alhamdulillah!

Kemudian, pinjam dental chair lain dan start hampir jam sebelas setelah hamper sejam tertangguh. Time is life..hehe..sejam paling koman dan boleh siap satu tampalan. Takpe lah, ujian. Ada hikmah semua tu. Sabar kan dapat pahala, Safiy kan…

So, siaplah sebelum pukul 1pm satu tampalan, satu fissure sealent dan satu cabutan. Alhamdulillah. Rezeki tu. Kena completekan at least 5 patients. Paed ni susah sikit sebab patient susah nak datang sama ada mereka tak nak tinggal kelas atau parents susah nak hantar esp parents yang kerja gaji hari. Kerja baru duit masuk, kena consider juga tu, tak semua kaya kan.

Ada pula kes yang bagus, parents pun ok, tapi patient tak co operate. Ada patient co operate, tapi parents susah nak hantar dan macam-macam cerita lagi la. Requirement banyak lagi..clinic paed untuk year5 sampai block 2 je -42 hours-sama macam prostho. 

Year 5 ni, aku rasa mampu untuk lebihkan puasa sunat. Alang-alang tak sempat makan tengah hari lebih baik puasa je kan..hehe. sekarang ni tengah mengejar dateline Syawal yang nak habis. Paling koman kena habis puasa 6 hari di bulan syawal. Just Nice kan. Even petang tu dah lembik semacam, tak mengapa. Allah dah bagi banyak nikmat, berkorban la sikit demi Dia kan.

Sekiranya kamu bersyukur, akan ditambah nikmat. Kalau kufur, azab-Nya teramat pedih.

Petang ortho. Letih juga berdiri 3jam kan. Tabah juga aku ni..hehe. patient pakai 2x4 appliance. Meaning dua bracket dekat molars dan 4 untuk incisors. Baru perasan, kombinasi purple dan pink sangat lawa..jeng..jeng

Banyak belajar pasal instruments untuk fixed appliance. Bukan calang-calang orang boleh pakai FA ni. Oral hygiene kena very good dan banyak bersabar. Requirement jua yang memenuhi ruang kosong..hehe..agak menakutkan bila saban waktu dimomokkan dengan requirement. But, ni lah reality dunia dentistry. 

Orang tengok keja ni glamour dan gajipun best. Tapi mereka tak tahu berapa ratus kali student ni fikir nak quit sebab cabaran yang teramat menguji sebelum Berjaya diijazahkan Bachelor of Dental Surgery insya Allah. Ok. Berhenti dulu, malam makin larut. Makin sepi dan semua orang dialun mimpi indah. Mataku masih segar angkara Radix kopi semasa iftar.

Wassalam

Mata masih degil. Mari menyambung bual. Alhamdulillah, bawa patient untuk EnD bridge. Berjaya dapat untuk distally conventional cantilever bridge on 11 replacing missing 12. Tapi, kena siapkan filling sebelum proceed. Masih mencuba untuk mencari 3 unit conventional bridge sebenarnya. 

Kerja 2-handed bermaksud 12 orang operator berbanding 6 orang sebelumnya. Jadi, beratur untuk diperiksa dengan supervisor pun panjang sikit. Harap sabar ye Safiy..he3. sementara tunggu queue, bawa new patient ke DHE room. Flouroscent dye ..hmm..kurang praktikal berbanding disclosing tablet. Susah nak chart dalam bilik gelap tu tengok dalam plaque house tu dalam keadaan patient duduk, bukan supine. Rasanya lagi sesuai macam dulu, buat dalam klinik. Yang ni sesuai untuk demo kat patient plaque dalam mulut je.

Dapat kes sesuai untuk exam cons promo 4th year, so reserve je untuk junior. So, next visit dah boleh ambil impression dua. Satu untuk diagnostic cast untuk wax up, 2nd untuk crown prep. Macam biasa, tutup kedai 1pm. Turun solat dan naik balik untuk patient General Dental Practitioner 2pm. Hmm..kisah sedih pun bermula.

So, dah 2 patient GDP terpaksa terminate case. Sorang tu sebab dia study kat luar Negara, balik cuti je 2 bulan. Sorang lagi tak dapat commit. Kena siapkan 5 case at least completed dalam klinik GDP ni. Harap bertabah ye. Teruskan usaha. Usaha eskeletor kejayaan walaupun dalam dunia ni sebenarnya tiada jalan singkat untuk Berjaya.

Before I quit…
You hate your life, You want to quit...
While some people dream of having your life.
Always thank Allah for His countless blessings.
Alhamdulillah

  ISNIN KE AHAD=7 HARI..AHAD KE ISNIN=1 HARI..AJAIB KAN..HE3

Hujung minggu menyempatkan diri ke kenduri kawan sekelas. Simple yet very nice indeed. Persekitaran penuh islamik untuk membina rumah tangga yang sakinah, mawaddah dan rahmah di dalamnya.

Barakallah. 

Andai AIR MATA mampu menyelesaikan masalah, banjirlah wilayah ini...namun saat ALLAH memilih, dia tak pernah meninggalkan diri ini KESEORANGAN...DIA titipkan janji : peruntukkan MASA demi Dia, nescaya ada masaNYa untuk hamba yang teruji...



No comments: