Sunday, September 2, 2012

KAKIKU MELANGKAH MENJAUH, ANEHNYA HATI MAKIN MENDEKAT..INIKAH CINTA?



Kakiku melangkah menjauh dari Kelantan menuju Kuantan, namun hatiku jauh tertinggal di situ. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat cintaku bersemadi teguh dalam jambangan penuh cinta keluarga.

CERIA BERSAMA ANAK-ANAK ABI..JURUGAMBAR: CIK IM
 
     
Malam sebelum berangkat, wajah-wajah kesayangan membuatkan mata enggan lelap. Sungguh, meski masih mereka di hadapanku (dalam kamera Cuma kerana masing-masing telah pergi atas tuntutan kerja), aku telah lama rindu. Rindu pada suara dan keletah mereka yang tak pernah henti membuatkan dua ulas bibir menguntum senyum yang meluruhkan rindu.

PENDEKAR CD & TUN TEJA MAYE ME’NERAI’ BAJU RAYA DIPAKAIKAN TANJAK OLEH CIK CE
DOUBLE A: ANAKANDA AMANINA & ADAM…BUAH HATI PUAN ASMA DAN ENCIK ABDUSSALAM
HASIL KERJA MAK MENAKAN…PERMAINAN ZAMAN MASIH MUDA REMAJA..HEHE
 
Dengan ingatan sederhana, dalam cangkir waktu, masih ada wajahmu menari dan tersenyum riang. Aku belum mahu belajar melupakan paras riang itu.

GERE WEH AMBO KELIH DAHI DEMO,MEH NAK JAMAH SIKIT
ALALA ADIK..HEHE
GELI LA TU, KENA GELETEK..SURUH SENYUM DEPAN KAMERA XSE TADI..HEHE

Mesra kasih itu kekal meneman perjalanan sejauh ini. 

ANAKANDA WALID& CIK MAH BERGABUNG DENGAN ABI & MAK NGAH
 ..rehat dulu...pagi makin tua dan esok makin hampir

No comments: