Friday, August 14, 2009

GATHERING FOR DENTL STUDENTS


13th August 2009-gathering for dental students

Alhamdulillah, ramai yang sudi menghadirkan diri untuk majlis perjumpaan anjuran biro Da’wah dan Tarbiah DENSS.

Majlis dimulakan dengan berbuka puasa dan seterusnya solat magrib berjemaah. Selepas itu diadakan bacaan Yasin dan sedikit tazkirah oleh pelajar tahun satu.

Tazkirah ini antara lain menyentuh kepentingan solat berjemaah yang 27X lebih banyak pahalanya berbanding solat berseorangan. Semoga kita merebut pahala yang sentiasa terbuka-peluang Allah untuk kita mengumpul sebanyak mungkin bekalan pahala sebelum kembali kepada-Nya.

Kemudian isu H1N1 disentuh. Peningkatan kematian akibat kes ini mengundang rasa risau semua orang. Ajaran Islam untuk kita solat wajib 5 kali sehari sebenarnya ada membantu untuk kita membendung penyakit ini. Wuduk dengan sempurna sebelum solat-Insya Allah akan membantu kita menjaga kebersihan setiap saat dan mudah-mudahan wabak ini mampu dicegah.

Isu tentang niat juga ada disentuh. Amalan itu bergantung kepada niat. Jadi betulkan niat kita semua belajar di sini sebagai salah satu tanggungjawab sebagai hamba Allah bukannya atas sebab-sebab lain seperti jaminan kerjaya atau kemewahan, disuruh oleh ibubapa atau sekadar suka-suka. Insya Allah akan dimudahkan kita belajar 5 tahun di sini.

Majlis diteruskan dengan solat Isya’ dan solat hajat sesudah solat Isya’. Insya Allah kita bermohon daripada Pemilik Semesta Alam untuk menjaga kita daripada segala bencana dan memudahkan urusan sebagai Khalifah-Nya di bumi fana ini.

Majlis ditamatkan dengan persembahan multimedia tentang Ramadan yang bakal tiba dan jua sambutan harijadi oleh pelajar-pelajar yang lahir bulan Februari dan Ogos. Moga dipanjangkan usia dalam keberkatan ibadah kepada-Nya.

Ingatlah jika kita memperuntuk masa untuk agama Allah, Allah akan meluangkan masa-Nya untuk kita. Moga kita termasuk dalam kalangan hamba-Nya yang sentiasa bersyukur. Amin.

Monday, August 10, 2009

HARI BARU

Maka, bermulalah kesibukan saat lab prostho dibuka kepada orang ramai
Tugasan pertama ialah menyiapkan special tray dan record base
Apakah bezanya dua makhluk ini?
Special tray dibuat daripada study cast (plaster of paris yang warnya putih) untuk ambil final impression untuk fullly edentulous patients
Sedangkan record base dibuat daripada stone yang warna warni serbuknya.

Sunday, August 9, 2009

CAMAR YANG PULANG-SAFF ONE


Di suatu ketika

Pernah kau hinggap ke sisiku

Sayapmu terluka

Kau pintaku merawatinya

Dengan segala keterbatasan

Aku mencari segala penawarnya

Kau bagai dilahirkan kembali ke dunia nyata

Kau terbang semula

Kemuncak ingin kau tawan

Itulah jua yang kuimpikan

Kau bawa aku pergi bersama

Menongkah arus

Terbang ke langit

Menggapai awan

Demi kejayaan

Ada harga perlu dibayar

Ku menjadi perisaimu

Bila panah menghujani kita

Hoo…

Apabila engkau merasa tercabar

Kau anggap aku menjadi sainganmu

Tidakkah kau menyedari persamaan kita

Hanya camar…

Kemuncak ingin kau tawan

Itulah jua yang ku impikan

Kau bawa demi bersama

Menongkah arus

Terbang ke langit

Menggapai awan

Biarkan aku

Terbang melayang bersendirian

Tinggalkan aku

Mencari arah jalanku pulang

Kemuncak ingin kau tawan

Itulah jua yang ku impikan

Kau bawa demi bersama

Menongkah arus

Terbang ke langit

Menggapai awan

Semua ini satu ketentuan


Saturday, August 8, 2009

Antara Michael Jackson & Syahidah Marwa al-Sharbini



Saya sedih, bukan karena kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi saya sedih, karena pada saat yang sama, berlangsung perkebumian seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah karena mempertahankan jilbabnya.

Marwa Al-Sharbini, seorang ibu satu anak yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tapi berita ini, sama sekali tidak saya temukan di tv-tv kita , negara yang majaroti penduduknya Muslim, bahkan mungkin, tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa Al-Sharbini.


Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa Al-Sharbini ke tempat istirihatnya yang terakhir, memang mungkin banyak orang yang menangisi kepergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ.

Tapi kepergian Marwa Al-Sharbini adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa Al- Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski pun untuk itu ia kehilangan nyawanya.


Marwa Al-Sharbini ditikam di ruang sidang kota Dresden, Jerman saat akan memberikan kesaksian atas ancaman terhadapnya . Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya karena ia mengenakan jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu.

Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa Al-Sharbini berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah terkena tembakan pehak berkuasa keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam kondisi kritis di rumah sakit Dresden.


Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin dari pemberitaan media massa asing dunia karena yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim.

Situasinya mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.


Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita cuma sebuk dengan pemberitaan pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu. Tak ada berita pemakaman Syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan “Pahlwan Jilbab”.

Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangisan kaum muslimin dunia untuknya. Tapi tak mengapa Marwa Al-Sharbini , karena engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya ALLAH SWT . Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu.

Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli ...

TENTANG CINTA




Ada orang bertanya

Hatimu sudahkah dimiliki

Dan aku menjawab

Hatiku milik Allah dan Rasul-Nya

Tapi aku berdusta

Masaku dihabiskan dengan kerja sia-sia

Syukur tak pernah ada

Hanya keluhan sentiasa

Aku hipokrit

Tuhan, aku benar hamba yang lemah

Khalifah di muka bumi ini benar-benar tersasar

Dunia masih mengisi ruang hatiku

Cintaku kepada makhluk masih melebihi cinta kepada KHALIK

CINTA : sanggup berkorban demi cinta, sanggup derita demi melihat dia bahagia hingga bahagianya ialah sebahagian kebahagiaan diri

SAYANG : bersama sentiasa dalam senang dan susah

p/s : Ini tafsiran sendiri

AKU : ???

Friday, July 24, 2009

CERITA CERITI

Salam 'alaik

Masih menghitung hari, laptop di mana kamu sih? Aku penasaran tanpa kamu. Kangen bangat

Cerita elementary posting minggu ke-3

Petang je, mesti kena ward posting

Isnin-Orthopaedik

Tugasan ialah buat clerking-history taking

Kebanyakan yang masuk sini berpuca daripada kemalangan

Dan kadang aku kelu gak-verbal constipation saat dihidangkan cerita yang menyentuh emosi. How to react?

Selasa-Internal Medicine

Macam-macam pesakit ada

Ada senior yang baik hati (5th year medic) tolong guide buat Physical examination : CVS, abdomen dan respiratory

Rabu-Paedeatrics

Tak tahu nak buat apa. 230pm aku dan K.Umme merayap kat Teruntum

4pm-duit K.Umme terbang digantikan dengan Sony Ericson biru yang sungguh memikat

Aku? Nak beli, tapi duit tak ada..huhu

Khamis-Surgical

Cuba istiqamah puasa Isnin dan Khamis walaupun tak bangun sahur

Jumpa pesakit dental-kes heart problem in dental treatment

Kat sini pharmaco benar-benar diperlukan

Jumaat-Obstetric & Gynecology

Posting yang paling best sebab ada lecturer yang tolong bagi panduan

Kami dibahagikan kepada 5 kumpulan-satu kumpulan clerk seorang pesakit

Prenatal patient-carrier of Thalassemia

Balik je bilik, aku terus buka Robin-baca pasal Thalassemia

Benar-benar mencabar jadi doctor ni

Saturday, July 18, 2009

MANGSA KEADAAN

Aku tak kira, aku nak membebel juga walaupun ada orang kata kalau aku membebel aku jadi macam mulut murai..huhu

Laptop aku kena hantar kedai. Jauh kot, kat Low Yatt-KL. Motherboard dan skrin dia rosak. Ni dah dekat sebulan hidup aku terseksa tanpa laptop. Malam je, aku mesti tidur awal. Ni aku pinjam laptop Mazni, asalnya nak upload gambar kat website DENSS, tapi maslahnya gambar kena resize pula. Aduh, aku mana tau software apa yang tuan punya laptop ni ada. So, maaflah website yang macam terbiar sikit tu. Aku dah cuba berkali-kali sampai fed up. Huhu..

Apa lagi yea? Sekarang ni dah habis dua minggu elementary posting. Jadi bakinya dua minggu lagi untuk aku berulang alik kelas ke Jalan Hospital Campus (JHC). Lepas tu kami ( dental students) akan dibahagikan kepada dua kumpulan . Satu kumpulan posting medical (internal medicine dan general surgery) satu kumpulan posting dental. Kumpulan aku -D4 posting dental.

Masih pening-pening lalat sebenarnya. Dua minggu belajar PE (physical examination). Ada general. cardiovascular, respiratory, abdomen and genitalia. Aku habiskan duit RM260 beli steteskop (lepas ni aku nak balik jadi doktor peribadi kat rumah, semua orang akan jadi mangsa aku untuk auscultate jantung dan pernafasan).

Aku masih tak tau macam mana budak dental nak exam. Kalau sama dengan medic, memang menempah nahas namanya. Adoi la!

Kesimpulannya aku emmang pening..huhu

TAG DARI NUHA

Ni tag dari Nuha (roomate saya kat Ma'had (bilik 6B)



1. Bekas kekasih saya adalah :- orang berjalan (walkman)

2. Saya sedang mendengar :-degup jantung sendiri (tu belum amplify denagn steteskop lagi..hehe)

3. Mungkin saya patut :- belajar lebih sistematik

4. Saya suka :-hitung bintang

5. Sahabat-sahabat baik saya :- semua sahabat saya baik:)



6. Saya tak faham :- kenapa saya ambik course ni

7. Saya kehilangan :- masa lalu

8. Ramai yang berkata :- saya beruntung

9. Makna nama saya :- sahabat yang baik (safiyah)

10. Cinta itu adalah :- punca ramai jadi buta menilai (kecuali cinta Yang Esa dan Rasulnya)



11. Di suatu tempat, seseorang sedang :- mengingati saya (betul ke?)

12. Saya akan cuba :- setia (haha)

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :- awak dan saya memang ditakdirkan bersama walau saya dan awak tak saling menyukai ..he8

14. Telefon bimbit saya :-akan ditukar selepas saya dapat gaji pertama (lambat lagi tu, sekarang baru tahun3)

15. Bila saya terjaga dari tidur :- saya akan lipat kain selimut sambil baca doa bangun tidur



16. Saya paling meluat apabila :- pasangan romantis tapi belum kahwin, kahwin la oii, tak baik bercinta lama-lama

17. Pesta/Parti adalah :- hiburan

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :- kucing dalam gambar

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :- saat saya dilayan manja oleh abang-abang dan kakak-kakak di rumah (rindu sangat saat itu)

.20. Hari ini :- saya makan roti canai telur kat warung jam 8am



21. Malam ini saya akan :- tidur awal

22. Esok pula saya akan :- bangun awal

23. Saya betul-betul inginkan :-cuti banyak hari raya ni..hehe

.24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :- tak tengok cermin pun pagi ni (saya perempuan yang anti cermin hehe)

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :- jamu mata atau buang masa



26. Makanan Barat atau Jepun :-sushi

27. Bilik yang terang atau gelap :- gelap, saya suka warna malam yang suram

28. Makanan segera adalah :- makanan yang tak segera dihadam-bahaya tu

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?- tolong, boleh?

30. Siapa yang anda mahu tag?-tak mahu tag siapa-siapa



Nuha, hutang dah bayar ek..hehe

Monday, July 13, 2009

BUAT C.MAH..JGN SEDIH TAK DAPAT KITA BERAYA BERSAMA





Salam alaik
Ni gambar buat tatapan Murshidi, Ummi dan Abinya kat Iskandariah..hehe
Komen 1-ni gambar ma dan bakal menantunya.
p/s: bakal menantunya pandai menjahit, jadi aku kenalah rajin belajar menjahit, nanti ma beralih kasih..haha..gurau je:)
Komen 2: Raihana Rahim dan Hafiz Rahim berposing dnegan topi Cik Ce yang sekarang ni ada di rumah-kerja buat wiring-..hehe
Komen 3-Ni tepak sirih yang aku, ma dan sepupu (anak Pak San) buat, cantik tak?

Saturday, July 11, 2009

BICARA BUAT RATU NUBARI

Pedang waktu memenggalku
saat mencari pelangi
yang hanya berbaki satu warna.

Detik bersamamu ialah
saat emas antara kaca yang menyilau pandangan
ialah ruang menyalin peribadi
saat aku ialah salinan wajah

Kau ibu jua guru merintis jalan damai
saat syurga berteleku di bawah telapak kakimu.

Kebaikanmu menunda usia ke pelabuhan tua
diintai takdir mencengkam,
kau tabah membangun diri antara keringat dan mimpi.

Dunia sepi dengan rindu makin mekar
dan aku terus bernafas dalam rohmu
dalam cinta yang maha.

Merentas sempadan masa
antara tiada sesudah ada
membeli waktu dengan ingatan mencengkam
kaulah ratu yang tiada tandingan.

6 Jun 2008
Berita Harian

Friday, July 10, 2009

MENCARI DIRI

Ada hujan renyai yang mengiringi saat aku melangkah kaki keluar dari rumah. Petang di desa ditemani hujan sentiasa tanpa pernah mungkir. Kadang ada guruh yang menghantar dentum di hati saat hujan berpanjangan ke malam pekat. Kadang ada kilat yang menjemput pohon tumbang dan aku makin menggigil dalam dakapan suasana.

Kami berjanji untuk ke dusun saat langit nampak makin mendung. Ini kali pertama aku menjejak kaki sesudah sepi daripadanya beberapa tahun. Musim buah sedang menjadi. Kata emak, pulanglah sekali lagi saat durian makin mesra menggugurkan buahnya dan saat teman-temannya dokong, duku dan langsat datang memeriahkan suasana.

Aku angguk patuh-akan pulang walau hanya cuti hujung minggu dan 12jam dihabiskan dalam kereta untuk perjalanan pergi dan balik. Semenjak ayah tiada aku berazam lebih kerap pulang ke rumah memikirkan emak yang keseorangan sepi menghitung hari tanpa anak-anak di sisi.
Memikirkan emak juga aku tidak melakukan kebiasaan yang sering dilakukan saat cuti-bemalam di rumah seorang teman karibku-seperti isi dengan kuku hubungan kami layaknya.

Teman yang seorang ini walau jauh manapun aku pergi tak pernah luput wajahnya daripada ingatan-aku ingin bersetia dalam bersahabat-terutama dengannya. Aneh bukan? Dia bukan teman yang aku jangka kekal denganku dan persahabatan kami begitu istimewa.

Rumahnya ialah rumah keduaku-dahulu saat aku mengalami konflik hidup yang amat menggugat emosi rumahnya ialah tempat ideal untuk aku menenangkan diri. Ibu bapanya ialah ibu bapaku dan adik beradiknya ialah saudaraku. Perempuan kalau berjumpa teman seakan berjumpa kekasih. Bertemu dengannya ialah ibarat berjumpa kekasih yang saban waktu dinantikan kehadirannya.

Teman, walau di manapun bumi kau pijak dan langit manapun aku junjung kasih kita ialah rangkaian bintang yang tak pernah mengeluh menjadi penyeri langit saban waktu.
Saat mahu melangkah pulang, masih terngiang-ngiang bicara emaknya singgah ke gegendang telingaku: ingatkan (nama panggilan bagiku) nak tidur sini. Aku hanya diam. Terharu. Ada sedih dalam nada suara itu. Nama panggilan bagiku hanya emaknya seorang yang memanggil aku begitu yang menjadikan dia begitu istimewa di mataku.

Dan ada kucupan curi yang menyinggah di wajahku saat aku bersalam dengannya, aduhai..terasa air mata seakan mahu merembas kala itu juga. Tuhan terima kasih atas mahabbah dan ukhuwah yang menyatukan hati-hati kami. Teringat jua bicaranya;kalau diizinkan Tuhan dia mahu akhiran hidupnya sama dengan suami. Bayangkan hidup berdua tanpa anak-anak (aku jadi tidak mahu tinggalkan tempat membesar saat mengingat bicara ini) dan jika suami meningggal maka kan sepi lah hidupnya. Tuhan, inikah penghujung hidup?

Ceritaku melencong sejenak. Saat kami tiba di dusun hujan makin melebat. Ada mega berarak mendung menyuburkan tanah dan ada angin menghantar durian gugur. Kami (aku, adik, abang dan emak) menunggu sejenak hingga hujan reda sebelum kami ke dusun. Saat hujan semakin beransur pergi kami mula melangkah kaki ke dusun.

Petang-petang begini air empangan dilepaskan sejenak. Ditambah dengan hujan pula tentunya arus sungai makin melaju. Jambatan masih dalam pembinaan setelah jambatan kayu yang sebelum ini digunakan mulai mereput dan tewas dengan kayu balak hanyut yang saban waktu menghentam. Rakit kayu silih berganti-ada yang rosak dan ada yang dirosakkan. Kali ini rakit diperbuat daripada 6 batang paip yang diikat dengan tali. Istilah kami feri ialah rakit yang diikat merentangi sungai, bukannya rakit biasa yang bebas di bawa arus.

Arus sangat laju dengan hujan yang masih bersisa. Aku memilih duduk di hujung rakit. Dan emak mengemudi rakit merentangi sungai.Macam-macam pesan emak tentang etika duduk atas rakit. Aku dan adik bergurau : macamlah kita tak pernah naik rakit sebelum ini..haha
Kemudian kami mesti berjalan hampir 15 minit melintasi dusun buah-buahan orang lain sebelum sampai di dusun kami yang penuh dengan pokok durian, dokong, duku, langsat dan juga rambutan. Satu-satunya pokok manggis yang ada sudah dipanah petir.

Dusun itu agak berserabut dengan semak samun yang belum sepenuhnya ditebas. Musim ini ialah permulaan, jadi tidak banyak durian yang kami dapat. Sambil-sambil itu ligat saja tanganku mengutip pucuk paku untuk dicelur-pucuk paku celur dan budu ialah gabungan yang bakal membuat aku menambah nasi hingga tiga kali. Wah!

Sempat juga bermesra dengan pacat. Hujan ialah booster terbaik mengajak pacat-pacat berlumba-lumba hinggap di badanku dan sempat pula melihat teknik penyamaran pacat untuk mencuri darah-darah kami. Pacat kecil aku memang tidak bermasalah, namun saat ibu dan bapa pacat menyerang aku memang cepat melompat, belum sanggup menjadi penderma darah kepada pacat.

Kami pulang sesudah waktu asar baru saja masuk.. kali ini giliran aku mengemudi rakit. Namun, setakat separuh jalan saja aku sudah mengangkat bendera putih. Tenagaku belum cukup kuat untuk melawan arus sambil memastikan keduudukan rakit tegak untuk mengelakkannya daripada terbalik.

Ini kisah aku anak kampung yang lahir di kampung dan membesar di kampung. Saat melanjutkan pelajaran di bandar aku sentiasa rindukan kesegaran udara kampung yang membelai jiwaku saban waktu. Benar-benar aku rindu.