Saturday, July 18, 2009

TAG DARI NUHA

Ni tag dari Nuha (roomate saya kat Ma'had (bilik 6B)



1. Bekas kekasih saya adalah :- orang berjalan (walkman)

2. Saya sedang mendengar :-degup jantung sendiri (tu belum amplify denagn steteskop lagi..hehe)

3. Mungkin saya patut :- belajar lebih sistematik

4. Saya suka :-hitung bintang

5. Sahabat-sahabat baik saya :- semua sahabat saya baik:)



6. Saya tak faham :- kenapa saya ambik course ni

7. Saya kehilangan :- masa lalu

8. Ramai yang berkata :- saya beruntung

9. Makna nama saya :- sahabat yang baik (safiyah)

10. Cinta itu adalah :- punca ramai jadi buta menilai (kecuali cinta Yang Esa dan Rasulnya)



11. Di suatu tempat, seseorang sedang :- mengingati saya (betul ke?)

12. Saya akan cuba :- setia (haha)

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :- awak dan saya memang ditakdirkan bersama walau saya dan awak tak saling menyukai ..he8

14. Telefon bimbit saya :-akan ditukar selepas saya dapat gaji pertama (lambat lagi tu, sekarang baru tahun3)

15. Bila saya terjaga dari tidur :- saya akan lipat kain selimut sambil baca doa bangun tidur



16. Saya paling meluat apabila :- pasangan romantis tapi belum kahwin, kahwin la oii, tak baik bercinta lama-lama

17. Pesta/Parti adalah :- hiburan

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :- kucing dalam gambar

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :- saat saya dilayan manja oleh abang-abang dan kakak-kakak di rumah (rindu sangat saat itu)

.20. Hari ini :- saya makan roti canai telur kat warung jam 8am



21. Malam ini saya akan :- tidur awal

22. Esok pula saya akan :- bangun awal

23. Saya betul-betul inginkan :-cuti banyak hari raya ni..hehe

.24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :- tak tengok cermin pun pagi ni (saya perempuan yang anti cermin hehe)

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :- jamu mata atau buang masa



26. Makanan Barat atau Jepun :-sushi

27. Bilik yang terang atau gelap :- gelap, saya suka warna malam yang suram

28. Makanan segera adalah :- makanan yang tak segera dihadam-bahaya tu

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?- tolong, boleh?

30. Siapa yang anda mahu tag?-tak mahu tag siapa-siapa



Nuha, hutang dah bayar ek..hehe

1 comment:

nuha said...

haa, trimas2 kerana sudi menjawab tag ni.. :)

8. Ramai yang berkata :- saya beruntung --> betul!

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :- saat saya dilayan manja oleh abang-abang dan kakak-kakak di rumah --> jeles saya dengan orang yang ada abang dan kakak ni. huu~

20. Hari ini :- saya makan roti canai telur kat warung jam 8am --> sama! tadi saya makan roti canai jugak. Lama tak makan, jadi kepingin. hehe