Friday, August 22, 2008

Dari Sya’ban ke Ramadan






“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Al-Baqarah:183)


Sesiapa yang menaiki pentas tanpa persiapan,
maka nescaya akan turun darinya tanpa kehormatan.

Maka, menyambut Ramadan tanpa persiapan yang diperuntukkan dalam bulan Sya’ban benar-benar menempuh kesengsaraan!

Persiapan menyambut Ramadan :

Banyak membaca fadilat dan keutamaan Ramadan sebagai bulan pilihan Allah

Memperbanyak puasa di bulan Rejab dan Sya’ban sebagai persiapan yang nyata

Memanjatkan doa agar dipanjangkan umur menjelang Ramadan

Melazimi tilawah Al-Quran agar mampu melancarkan bacaan menjelang Ramadan

Membiasakan diri dengan solat sunat terutama solat malam

Memastikan puasa yang tertinggal telah diganti

Tanam kerinduan pada Ramadan

Membuat penilaian Ramadan yang lepas

Membuat persiapan fizikal

Ikhlaskan niat untuk berpuasa dan melakukan ibadah yang lain

Thursday, August 21, 2008

REVEALING SCIENCE REVIVING ISLAM







So exciting though so exhausted. The opening ceremony is enlightened by the presence of Raihan, Us Akil Hayy and dikir barat performance that specially invited from Main Campus IIUM Gombak. It ended at almost 1am. The most precious moment when meet face to face with Dr HM Tuah Iskandar. Before, I just read his book so 1st time meeting is so unexpectable. ‘tabik spring’ to him. Then, a forum related to the IQUEST theme was done. So inspiring especially by Dr Jamnul Azhar Mulkan. Handle exhibition is the best time to learn how to deal with community when they asking the question like what I have done before in Seminar Kerjaya.

MASA IBARAT PEDANG, JIKA KITA TIDAK MEMOTONGNYA MAKA IA AKAN MEMOTONG




Ketika Imam al Ghazali bertanya kepada pelajarnya apa yang paling jauh, pelbagai jawapan yang diberi oleh pelajarnya.

Bulan
Matahari

Lantas Hujjatul Islam itu menjawab : yang paling jauh daripada diri kamu ialah masa yang lalu kerana walau dengan apa cara sekalipun manusia tidak akan mampu mengembalikan masa silamnya.

Ungkapan ini bermaksud menekankan betapa pentingnya masa yang sedang dilalui sekarang. Sebagaimana satu ungkapan :

Hari ada tiga
Esok yang tidak pasti
Semalam yang telah menjadi kenangan
Dan
Hari ini yang sedang dilalui
Nikmatilah hari yang sedang dijalani sekarang

Kerana masa jalanannya tidak mungkin berpatah balik, kita mungkin akan lebih menghargai masa setelah membaca gambaran-gambaran berikut :

Jika anda ingin mengetahui berapa nilai waktu satu tahun, tanyalah kepada seorang mahasiswa yang tidak lulus dalam ujian kenaikan ke tahun dua universiti

Jika anda ingin mengetahui berapa nilai waktu satu bulan, tanyalah kepada seorang ibu yang melahirkan anak yang belum cukup bulan

Jika anda ingin mengetahui berapa nilai waktu satu minggu, tanyalah seorang editor majalah mingguan

Jika anda ingin mengetahui berapa nilai waktu satu hari, tanyalah seorang buruh yang mempunyai sepuluh orang anak yang perlu disuap mulutnya

Jika anda ingin mengetahui berapa nilai waktu satu jam, tanyalah kepada seorang pekerja kilang fabrik yang memiliki produktiviti yang tinggi

Jika anda ingin mengetahui berapa nilai waktu satu minit, tanyalah seseorang yang tertinggal kapal terbang

Jika anda ingin mengetahui berapa nilai waktu satu saat, tanyalah seseorang yang selamat daripada kematian di depan mata

Jika anda ingin mengetahui berapa nilai waktu setengah saat, tanyalah pemenang pingat perak dalam pertandingan lumba lari

Dengan demikian, kita akan lebih menghargai detik-detik yang sedang dilalui dan dinikmati sekarang berbanding mengenang masa lalu yang kita tidak mampu untuk mengubahnya atau membayangkan masa hadapan yang masih samar keadaannya.



Ini kisah empat orang yang bernama :
Setiap Orang
Seseorang
Siapa Pun
Tidak Seorang Pun

Ada beberapa tugas penting yang harus dicapai dan meminta Setiap Orang untuk mencapainya.

Setiap Orang yakin bahawa Siapa Pun dapat melaksakannya.

Siapa Pun dapat mencapainya, namun tidak Seorang Pun melakukannya

Seseorang marah dengan hal itu, kerana ini adalah tugas bagi Setiap Orang

Setiap Orang kira bahawa Siapa Pun dapat melakukannya, tatapi Tidak Seorang Pun mengetahui bahawa Setiap Orang pun tidak melakukannya

Pada akhirnya, Setiap Orang mencaci Seseorang ketika Tidak Seorang Pun melakukan apa yang mampu dilakukan oleh sesiapa pun.

Thursday, August 7, 2008

JEDA SEJENAK


Aku tahu rezekiku tak mungkin akan diambil oleh orang lain
Kerana itu hatiku tenang


Aku tahu amalku tak mungkin akan dilakukan oleh orang lain
Maka, aku sibukkan diriku untuk beramal


Aku tahu Allah sering melihatku
Kerana itu aku malu bila Allah melihatku melakukan maksiat


Aku tahu kematian menantiku

Maka, kupersiapkan bekal untuk berjumpa dengan Rabb-ku

(Hassan al-Bashri)


Ali Karamallahu Wajhah r.a berkata :


“Kebaikan itu terhimpun pada 4 perkara."


Percakapan
Diam
Pandangan
Gerak

Tiap-tiap percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia


Tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka


Tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai


Tiap-tiap gerak yang tidak disertai dengan perhambaan kepada Allah adalah kosong

Semoga Allah merahmati hamba-Nya yang menjadikan :


Percakapannya sebagai zikir
Diamnya sebagai tafakur
Pandangannya sebagai iktibar
Geraknya sebagai perhambaan

Dan daripada lisan dan tangannya manusia mendapat kesejahteraan

I QUEST 2OO8


I QUEST stands for IIUM Kuantan Festival. The first I Quest is last year and I'm in charge for FC Team booth. This year I don't want to be a commitee anymore because I don't have much time to go for the talk or to see the exhibition. But, a friend of me offered me to hep her to in charge of exhibition that I can't refuse to. So, just take it.


There's a lot of programme waiting for us to enjoy it.Opening ceremony is accompanied by dikir barat, Raihan and Akil Hayy performance. There also a session with well-known motivator that I'm waiting for a long time to see him face to face - Dr HM Tuah Iskandar. His placed is supposed to be filled by Dr SMS at first, but due to some problem Dr SMS not able to do it.


There also exhibition (I'm committee for dental exhibition), Medical Museum (a great chance to see the cadavers), kayaking and many more programme awaiting us from 15 August till 17 August.


GRAB THE CHANCE, NEVER LOSE IT!!

SIAPA BOLEH BANTU SAYA??


Kenyataannya : penantian adalah suatu penyeksaan yang sulit untuk diungkapkan

Persoalan : Bolehkan ‘Janji Melayu’ ditukar menjadi ‘janji Islam’???
Bolehkah program yang dalam jadualnya mula jam 8am, mulakan tepat jam itu
Saya : paling benci menanti sebab prinsip saya, kalau kata jam 8am, jam 750am mesti berada di tempat

Prinsip saya: Kalau nak mula jam 815am, jangan beritahu saya bak jumpa jam 8am sebab saya memang pantang menunggu orang, lebih-lebih lagi menunggu dalam ketaktentuan

Saya benci !! benar-benar benci!!

Sunday, July 27, 2008

MUHASABAH DIRI


Date: 23 Julai 2008/20 Rejab 1428
Time: 9pm-11pm
Place: Communial Facility Brothers (CF Bro)

Saya mencuri –curi masa untuk menghadiri ceramah perbandingan agama oleh Bro Shah Kirit Govindji yang bertajuk ‘Contemporary Da’wah Therapy’ yang dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris untuk memudahkan pelajar asing memahami inti ceramah. Tazkirah pertama untuk Blok 1, 2008/2009.

Istilah yang digunakan:

Da’wah: untuk bukan Islam
Islah: untuk sesama Islam

Soalan 1: pernahkan dalam 12 bulan yang lepas anda bercakap tentang Islam kepada bukan Islam?
Soalan 2:pernahkah sepanjang umur anda sekarang, anda membawa mesej Al-Quran tentang Islam kepada bukan Islam?
Soalan 3: sanggupkah anda jadi begini di hari pengadilan kelak?

Anda: setelah dinilai, layak masuk ke syurga
Bukan Islam:Ya Allah, aku tak rela membiarkan dia masuk ke syurga kerana dia tak pernah pun menyampaikan kepadaku walau sepatah tentang Islam sedangkan kami sering belajar bersama/tinggal di satu kawasan perumahan yang sama
Anda: tertahan dari masuk syurga disebabkan itu

Relakah anda???!!!

‘EVERY HONOUR COMES WITH RESPONSIBILITY’

‘Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.’ (3:110)

‘PROUD TO BE MUSLIM’

Konsep matematik yang mudah : 4-1=3
Konsep Islam yang perlu difahami: 4-1=0

‘Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian.Kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. (103:1-3)

Tiada konsep separuh dalam Islam-choose whatever you favour and leave the other.

Contoh 1: Pakai tudung separuh
eg: you know who
Contoh 2: ikut sunnah kalau bab poligami, tapi tak pernah ikut sunnah dalam bab simpan janggut
eg: well you know who

Contoh yang ingin dibawa di sini ialah terjemahan surah al-’Asr yang dinasyidkan oleh kumpulan nasyid evergreen Raihan

Fakta 1: Semua manusia ialah orang yang rugi
Fakta 2 : Kecuali

Isi 1: orang-orang yang beriman
Isi 2: orang-orang yang mengerjakan kebajikan
Isi 3: manusia yang saling menasihati tentang kebenaran
Isi 4: manusia yang saling menasihati untuk kesabaran

Jadi, tidak sempurna Islam seseorang itu jika tidak mempunyai keempat-empat elemen di atas.

Soalan-soalan yang biasa ditanya:

Soalan 1: Hidayah bukan milik kita, justeru kenapa perlu bersusah payah untuk berda’wah?

Keyword: Target the EFFORT not the RESULT!

Jawapan : renungkan cerita ini:
Seorang peniaga yang keluar berniaga-adakah dia yakin mampu memperoleh untung pada hari tersebut?
Seorang pemburu yang keluar berburu-yakinkah dia akan memperoleh hasil buruan pada hari tersebut?

SECARA RELITINYA-mereka memang tidak yakin, namun dengan duduk saja di rumah menunggu untuk datang melayang atau haiwan buruan datang menggolek, tentulah mustahil bukan?
DEMIKIAN-hidayah bukan dalam kawalah kita kerana ia milik mutlak Allah swt, namun usaha ialah apa yang mampu kita lakukan untuk membolehkan jalan-jalan mendapat hidayah menjadi lebih mudah.


Soalan 2 : Adilkah jika seorang Islam yang berbuat kejahatan, pada hari pengadilan kelak tetap dimasukkan ke dalam syurga setelah dibasuh segala dosa sedangkan yang bukan Islam walaupun berbuat kebaikan tahap mega tetap tidak mampu ke Syurga
eg: Mahatma Gandhi dan Mother Theresa

Analogi 1: Anda ialah seorang pemilik kedai yang mempunyai 2 orang pekerja.
Hari pertama anda menerangkan peraturan kerja seperti:
Buka kedai jam 9am dan tutup pukul 6pm
Bersihkan kedai selepas buka dan sebelum tutup
Sambut pelanggan dengan senyum dan sapaan yang elok
Peraturan paling penting ialah bank in duit setiap hari ke akaun syarikat

Pekerja A-datang 850am dan pulang 610pm, sangat pembersih, berdisiplin
Pekerja B-datang 915am dan pulang 5pm, pemalas, selekeh

Namun, tiba saat untuk bank in duit, pekerja A bank in ke akaun syarikat lain manakala pekerja B bank in ke akaun syarikat.
Apakah tindakan anda???

Pastinya walaupun pekerja A sangat berdisiplin namun, disebabkan dia tidak mematuhi peraturan paling penting, dia diberhentikan dengan tidak dibayar gaji dan diserahkan kepada polis untuk dibicarakan. Dan pekerja B mungkin diberhentikan dengan bayaran gaji separuh (mungkin), namun anda tentu tidak memanggil polis untuk menangkap pekerja B bukan?

Begitulah kita, peraturan paling asas ialah ISLAM.

Broke that-you lose
Obey that-you safe

Analogi 2: Sebuah syarikat minyak Q ada mengadakan suatu cabutan bertuah yang menawarkan Suzuki STEP125 sebagai hadiah
Syaratnya: menjadi ahli syarikat Q

A: tiap-tiap hari mengisi minyak di syarikat Q dengan nilai RM50 setiap hari
B: mengisi minyak dengan nilai hanya RM20 setiap hari

A bukan ahli syarikat Q sedangkan B ialah ahli syarikat Q. Maka, B lebih layak untuk menyertai pertandingan itu berbanding A. Logik bukan?


Soalan 3: kenapa jika Allah Maha Adil, begitu banyak hukuman ditetapkan bagi setiap kesalahan seolah-olah Islam ialah agama yang suka menghukum?

Jawapan: Bandingkan analogi ini:
Adilkah jika seorang yang malas belajar, sering ponteng kelas, tidak menghadiri praktikal diberikan markah A untuk ujian sedangkan anda sebagai pelajar yang komited dan cemerlang terpaksa bersengkang mata dan mengorbankan seluruh masa bermain anda semata-mata untuk mendapat Gred A dalam ujian?
Jika anda seorang yang mengkaji, anda akan dapati bahawa Allah itu Maha Pengampun banyak kali disebut dalam al-Quran selepas hukuman di atas kesalahan?

TO ERR IS HUMAN, TO FORGIVE IS ALLAH



Ramai yang menjadi MUSLIM kerana mengkaji Al-Quran dan ramai yang keluar ISLAM bukan kerana mengkaji Bible, tetapi kerana pengaruh layanan penganut Kristian.




Thursday, July 24, 2008

HIDUP MEMANG TAKDIR YANG DITADBIR


Suatu pagi yang jalannya tidaklah terlalu sibuk. Kelihatan dua remaja yang jantinanya perempuan sedang menaiki sebuah skuter yang dipandu dengan kelajuan yang sederhana.


Tiba-tiba…
Sedar-sedar kedua-duanya sudah terjelepok di atas jalan raya dengan posisi skuter comel itu yang terbalik.


Kesannya: sedikit calar di kedua tangan dan kaki.
Nasib baik: kenderaan belakang tidak menerjah ke atas skuter dan kedua-dua makhluk yang terbaring di tengah-tengah jalan raya.

Seorang aku: alamak, motorku!
Seorang dia: salah van depan tu kan? Kita tak laju pun. Dahlah pak cik tu tak minta maaf pun. Keluar je van, tengok van dia rosak tak, bukan nak tanya kita ok @ tak. (sedikit merungut) kita dah slow, dia yang brek mengejut. Nasib baik tak cium punggung van dia.

Seorang aku: aku fikir cam tu gak. Dahlah, yang penting kita ok. Boleh jalan lagi kan? (dah takde perasaan nak cakap apa-apa, sambil mata mengamati bahagian kanan skuter STEP125 yang tercalar.
Seorang dia: jatuh-jatuh je, aku terus tengok belakang. Risau kereta belakang tak brek, terus langgar kita. Nasib baik kereta belakang brek dan tak terlajak.
Seorang aku menyampuk: kalau tidak, Inna Lillah….


Ngeri pulak pabila memikirkan tentang kemungkinan kalau itulah yang terjadi.


Perkara pertama yang dilihat oleh seorang aku saat menyedari dirinya sedang berada di tengah jalan raya ialah jam tangan seorang dia yang terlempar di garisan putih dengan cermin yang pecah menandakan sesuatu yang luar biasa telah berlaku.

Perkara ke-2: kenapa motor terbaring di tengah jalan?
Soalan ke-3: kenapa ada seorang jejaka yang baik hati tolong angkat motor yang rebah ni?

Soalan lagi: sebenarnya apa yang terjadi?
Fakta 1: tangan engkau dah berdarah la..kaki pun
Fakta 2: motor dah calar da..

Fakta 3: seorang aku dan seorang dia telah mengalami pengalaman pertama jatuh motor yang sangat ringan tahapnya. Jatuh tanpa melibatkan kenderaan lain dan tidak pula ditabrak oleh kenderaan belakang. Alhamdulillah. Lepas ni kita cari Dettol kat Watson yea…


Monolog seorang aku: nak lapor kat tuan punya atau tidak? Dilema ni.
Seorang aku: sampai saat artikel ni ditulis, tuan punya motor tu tak tau lagi. Kalau dia tau, camna reaksi dia agaknya. Takpa, aku nak cuba mesej dia.

Sambil-sambil menunggu mesej dibalas, seorang aku membelek luka di tangan kiri dan kaki kanannya yang agak sakit sedikit pabila terkena air saat mengambil wudu’.
Seorang aku: malang tak berbau…
Mesej pun dibalas: bawa motor lagu mana?
Aku taip: macam pemandu berhemah, tapi malang tak pernah berbau.


Tuan punya motor diam. Dah tak tau nak jawab apa. Seorang aku pun bangun menunaikan solat Isya’ yang baru saja masuk dan mula melupakan apa yang terjadi siang tadi walaupun luka yang di kaki sedikit mengganggu waktu duduk tahiyat awal. Kehidupan terus berjalan…

Saturday, July 12, 2008

LIRIK SAAT INI


Yang aneh tentang saya. Kalau saya dah jatuh cinta tentang lirik sesuatu lagu, maka lagu itulah yang akan berkumandang 24 jam sehari selama beberapa minggu. dan saat ini, lirik lagu inilah yang bakal dihafal oleh rakan-rakan sebilik saya.



CARILAH CINTA
Oleh : RAIHAN

Carilah cinta yang sejati
Yang ada hanyalah pada-Nya
Carilah cinta yang hakiki
Yang hanya pada-Nya Yang Esa

Carilah cinta yang abadi
Yang ada hanyalah pada-Nya
Carilah kasih yang kekal selamanya
Yang ada hanyalah pada Tuhanmu

Di dalam mencari cinta yang sejati
Banyaknya ranjau kan ditempuhi
Di dalam mendapat cinta yang hakiki
Banyaknya onak yang diredahi

Carilah cinta yang sejati
Yang ada hanyalah pada-Nya
Carilah cinta yang hakiki
Yang hanya pada-Nya Yang Esa

Namun, janjinya kepada hamba-Nya
Tidak pernah dimungkiri
Dan tidak pernah melupakanmu

Di dalam mencari cinta yang sejati
Banyaknya ranjau kan ditempuhi
Di dalam mendapat cinta yang hakiki
Banyaknya onak yang diredahi

Namun, janjinya kepada hamba-Nya
Tidak pernah dimungkiri
Dan tidak pernah melupakanmu

Yakinlah kepada Tuhanmu
Kerana Dialah cinta hakiki (3X)
Kerana Dialah cinta yang hakiki

HARAPAN-BOOSTER UNTUK SEMANGAT


Hari Jumaat, Penghulu Hari yang amat dinantikan. Jika di rumah, saya gembira sekali mendengar ceramah sebelum azan dilaungkan dan amat bahagia sekali melihat mereka yang berlumba-lumba ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah. Jika di sini, di negeri yang tidak menjadikan Jumaat sebagai hari cuti, nikmat itu memang tak dapat dirasai.


Justeru, saya akan ke library untuk menatap ruangan tausiyah oleh KH Abdullah Gymnastiar. Artikelnya umpama suis yang akan mengecaskan bateri kehidupan saya setiap minggu. Ini ialah antara tazkirahnya yang amat mengesankan.




HARAPAN DAN SEMANGAT RESIPI KEJAYAAN
Oleh : KH Abdullah Gymnastiar

Rahsia kejayaan seorang pemimpin, pengusaha, doctor, jurutera, pensyarah atau siapa saja ditentukan oleh kemampuannya meletak harapan tinggi, sekali gus mempertahankan semangat dan menyebarkannya kepada orang lain.


Seseorang yang bersemangat dan berjiwa besar akan memiliki kemampuan memperoleh lebih banyak peluang berbanding orang yang tak bersemangat. Dengan semangat yang berkobar-kobar, seseorang itu mampu bekerja dengan lebih kuat dan berpeluang mendapatkan sesuatu yang lebih baik.


Bayangkan, seseorang itu rela pergi ke kelas agama dalam hujan lebat. Mengapa? Kerana dia bersemangat untuk mencari ilmu.
Seorang ayah rela membanting tulang untuk mencari nafkah. Mengapa? Kerana dia bersemangat untuk menyara anak dan isterinya. Selapas bangun tidur, si ayah sanggup ke bendang, kebun, berniaga di pasar atau ke pejabat untuk bekerja. Dia akan memikirkan tanpa bekerja, dapur tidak berasap, keperluan anak ke sekolah terganggu dan keharmonian keluarga bakal terjejas kerana ketiadaan wang.


Justeru, sebagai ketua keluarga, dia akan bersemangat untuk mencari rezeki. SEMANGAT AKAN MUNCUL BILA ADA HARAPAN. Setiap ada harapan, maka di sanalah ada semangat. Kedua-duanya, harapan dan semangat berjalan seiring untuk memastikan urusan diri dan keluarga berjalan lancar.


Seseorang yang terjebak dalam gua yang gelap gelita dan hampir putus harapan, tentunya akan kembali bersemangat apabila melihat sinaran cahaya dan tiupan angin. Dia menyangka di sekitarnya tentu ada lubang dan akan terus berusaha mencari sumber cahaya dan lubang angin itu.
Begitu juga dalam soal cinta. Kita akan bersemangat untuk mencintai seseorang jika ada harapan untuk memilikinya untuk dijadikan calon suami atau isteri. Namun, jika harapan itu hilang akibat berputus asa dan tidak tabah, maka hilanglah cinta seseorang.


Dari mana datangnya harapan? Harapan TIDAK timbul dengan sendirinya. Harapan timbul daripada maklumat yang kita peroleh. Maknanya, orang yang selalu bersemangat ialah orang yang gemar mengumpulkan maklumat sama ada daripada guru, pasangan, teman mahupun daripada media seperti akhbar, internet, radio dan televisyen.


Jika kita ingin menjadi orang yang sentiasa bersemangat, maka janganlah berhenti daripada mengumpul maklumat. Berhenti mencari maklumat, sama juga dengan menguburkan harapan, sekali gus menguburkan semangat.


Maklumat yang kita kumpul tentunya harus dapat dipertanggungjawabkan dunia akhirat dan dipercayai benar, tepat dan lengkap. Jika kita memiliki tradisi ini kita akan berpeluang luas untuk menghasilkan keputusan tepat dalam hidup.


Inilah modal awal sebuah kejayaan. Kekayaan maklumat akan membuatkan kita kaya harapan dan kaya semangat. Tindakan kita pun akan lebih tepat. Kita tak akan mudah terjerumus jika niat kita betul dan tidak terpengaruh dengan maklumat betul atau yang masih was-was.


Jika kita menelaah al-Quran perkataan Iqra’ tidak hanya bermaksud membaca, tapi juga menghimpun maklumat. Kerana itu, tradisi mengumpulkan maklumat ialah perintah Allah SWT yang pertama.


Sayangnya, tradisi mengumpul maklumat ini belum menjadi amalan kita. Walaupun ada maklumat yang diperoleh, mekanisme kita sering salah sehingga yang timbul adalan semangat emosi bukan semangat penyelesaian.


Saudaraku, setinggi apapun cita-cita kita, persoalannya sejauh manakah kita mahukan maklumat yang tepat, benar dan lengkap? Maklumat boleh kita peroleh daripada buku, media cetak, televisyen, internet atau guru.


Oleh itu, pastikan tika berjumpa dengan seseorang, perjumpaan itu menambahkan maklumat positif bagi kita dan bukan mencelarukan fikiran. Apa pun kejadian harus menghasilkan maklumat bagi meningkatkan kualiti diri kita.


Jadikan diri kita sebagai penerima maklumat yang benar, tepat dan lengkap. Kita harus tapis segala maklumat yang diterima. Jika kita menerima maklumat bulat-bulat, kemungkinan maklumat palsu yang kita pegang dan dijadikan sandaran.

Friday, July 4, 2008

BAHASA KALBU BERBISIK


Takdir sering tak terduga, merempuh segala penjuru bahagia atau seenaknya membunuh badai sengsara. Getaran yang seringkali meyalahi gelombang alam tidak segan silu mencuba untuk menguji pertahanan emosiku. Natijahnya permulaan tidak selalunya indah walau terlihat mudah.

Permulaan tahun dua, kami dimomokkan dengan jujukan peperiksaan yang sedang menunggu dan bebanan tahap ilmu yang semakin meninggi mencuba untuk mencabar ingatan, pemahaman dan kekuatan emosi. Aku tidak mahu mudah menaikkan bendera putih sedang langkah pertama perjuangan belum berbunyi wiselnya.

Tapi, kelihatannya langkah pertamaku sedikit goyah dengan debaran yang semakin kencang. Justeru, dalam diam aku memujuk diri, untuk memetik bintang di langit atau menggapai purnama yang menyuluh sinar, aku tak mungkin mampu melakukannya dalam sekelip mata atau setiap masa.

Aku perlukan momentum yang kuat untuk melayarkan perahu keazaman dalam gelora akademik yang membadai dengan gelombang yang tak pernah mengenal erti belas. Aku perlukan semangat tak mengenal erti lelah dan tak pernah mesra dengan kata putus asa. Aku perlukan kekentalan yang tak akan berhenti selagi kalimah kejayaan masih segan bertamu dalam diri yang lemah dan kerdil ini.

Tagline untuk tahun ini-kekadang kita perlu berpisah sementara dengan kebahagiaan, supaya apabila mampu mendepaninya, kita akan lebih mengerti bahagia itu maknanya apa…

Pesan buat diri: Jangan pernah bahagia dengan air mata insan-insan tersayang yang pernah tumpah kerana seorang yang bernama aku