Takdir sering tak terduga, merempuh segala penjuru bahagia atau seenaknya membunuh badai sengsara. Getaran yang seringkali meyalahi gelombang alam tidak segan silu mencuba untuk menguji pertahanan emosiku. Natijahnya permulaan tidak selalunya indah walau terlihat mudah.
Permulaan tahun dua, kami dimomokkan dengan jujukan peperiksaan yang sedang menunggu dan bebanan tahap ilmu yang semakin meninggi mencuba untuk mencabar ingatan, pemahaman dan kekuatan emosi. Aku tidak mahu mudah menaikkan bendera putih sedang langkah pertama perjuangan belum berbunyi wiselnya.
Tapi, kelihatannya langkah pertamaku sedikit goyah dengan debaran yang semakin kencang. Justeru, dalam diam aku memujuk diri, untuk memetik bintang di langit atau menggapai purnama yang menyuluh sinar, aku tak mungkin mampu melakukannya dalam sekelip mata atau setiap masa.
Aku perlukan momentum yang kuat untuk melayarkan perahu keazaman dalam gelora akademik yang membadai dengan gelombang yang tak pernah mengenal erti belas. Aku perlukan semangat tak mengenal erti lelah dan tak pernah mesra dengan kata putus asa. Aku perlukan kekentalan yang tak akan berhenti selagi kalimah kejayaan masih segan bertamu dalam diri yang lemah dan kerdil ini.
Tagline untuk tahun ini-kekadang kita perlu berpisah sementara dengan kebahagiaan, supaya apabila mampu mendepaninya, kita akan lebih mengerti bahagia itu maknanya apa…
Pesan buat diri: Jangan pernah bahagia dengan air mata insan-insan tersayang yang pernah tumpah kerana seorang yang bernama aku

1 comment:
orang kerdil pun tak pernah merasakan kdiri mereka kerdil, jadi, sebagai mahasiswa yang baik, safi mesti boleh berjaya. ohh... inin pesanan buat diriku jua... lalala~~~ (^,^)//
Post a Comment