| Hidup ini |
| lasagna santai |
· ada cinta yang tak bersambut
· ada lelah yang tak terbayar
· ada persoalan yang tak terjawab
· ada laluan yang takkan ditempuhi
· ada rindu yang tak terlunas
· ada dendam yang tak terlerai
· ada impian yang tak tercapai
· ada rancangan yang tak terpenuhi
· ada ego yang tak putus
dan
· ada pelbagai rasa yang sukar dimengertikan
| HUJUNG SEM |
SAAT MENJADI WANITA, SAAT SESEORANG MENJAWAT TAKLIFAN IBU
Dia di hadapanku, menghulurkan sikat jua getah rambut. ** (panggilan untukku), tolong ikat rambut. Ikat itu bukan bermaksud ikat tocang dua @ ekor kuda. Aduhai sayang, ibumu ini di IPT tiada pernah didedahkan dengan kursus dandanan rambut anak-anak. Mahu apakan sikat dan getah sudah ditangan? Perahu sudah di air, dayung sudah ditangan, mahu tunggu apa lagi.
Hakikatnya, bukan dandanan kreatif yang didambakan. Mereka sekadar mahu menikmati kasih yang mengalir dan perhatian yang tercurah. Aku memeluknya dengan kasih yang melimpah. Dia darah dagingku yang baru mengenal dunia dan aku bertanggungjawab memberi obor untuk dia menentukan laluan manakah yang wajar ditempuhi.
Pesanku untuknya: andainya suatu hari tulisan ini kau menatapnya, ketahuilah harapanku hanya satu. Aku tidak berkeinginan untuk menyaksikan kau menjadi apa melainkan seorang khalifah yang penuh ilmu agama di dada. Aku tidak mahu kau isikan mindamu dengan hanya ilmu dunia sedang kemarau dari petunjuk Ilahi tanpa iman dan taqwa.
Ketahuilah puteriku: bukanlah seorang itu bahagia dengan nikmat yang melimpah ruah dibaluti emas seluruhnya dan dipuja insan seluruh alam maya. Bahagia itu saat kau berjaya menjadi hamba yang memenuhi janji mengabdikan diri kepada-Nya dan andai seluruh dunia membencimu, itu tidak mengapa. Tidak mengapa puteriku asalkan di mata Penguasa Alam kau menjadi yang taat.
Kau puteriku,amanah dari Pencipta Alam dan akulah dipertanggungjawabkan untuk mencorak masa depanmu. Pada tanganku ialah pelangi masa depanmu, puteriku. Kasihku padamu meliputi seluruh ciptaan-Nya, namun takkan mampu merubah janji Tuhan. Justeru, puteriku, aturlah langkah menuju redha-Nya biarpun dunia membencimu.
No comments:
Post a Comment