Saturday, May 29, 2010

GLANCE THROUGH

1. Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, Islam

ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.



KUALA LUMPUR 26 Mei – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini melancarkan radio ”IIUM.fm” dengan siaran secara berterusan (live stream) bagi memberitahu masyarakat universiti dan juga orang ramai serta bekas pelajarnya di seluruh dunia mengenai program dan aktivitinya.

3. Aceh edar skirt labuh untuk wanita Islam

MEULABOH Indonesia 27 Mei - Dalam usaha menguatkuasakan undang-undang Syariah, daerah Aceh Barat di Indonesia hari ini mula mengedarkan skirt labuh dan longgar kepada wanita-wanita yang ditahan kerana memakai seluar jean ketat.


Wilayah paling barat di Aceh itu merupakan satu-satunya daerah yang mengamalkan undang-undang Syariah di negara yang dihuni paling ramai penganut Islam di dunia.


4. Kapal kemanusiaan Gaza dikepung helikopter Israel
  
SHAH ALAM, 28 Mei: Keselamatan konvoi sembilan kapal kemanusiaan Gaza kini terancam ekoran sedang dikepung helikopter komando Israel dan cuba untuk merampas kapal tersebut.
Menurut Setiausaha Masjid Jamek Raja Tun Uda, Ustaz Nasaruddin Hasim yang menerima mesej dari sana berkata, ketika ini konvoi sedang berada di perairan Gaza dan jam 4.30 petang (waktu Malaysia) akan berhadapan dengan kapal Israel

No comments: