di matanya
jauh di sudut hati dia
yang punya kerut seribu
namun hati tulus suci
daripada pandangannya
aku masih seorang anak kecil
bertatih sesudah merangkak
mencuba berlari, jatuh dan
mencuba menutup luka dengan senyum palsu
mengatakan semuanya amat sukar untuk ditempuh
kaya dengan keluhan, namun sering dirahsiakan
dia
biasan kasihnya tertumpah lewat doa
malam yang sepi bersendiri dengan Tuhan
keyakinan tak pernah goyah
jauh manapun kembara diri
kita pasti dan wajib kembali
saat segala kuasa milik-Nya
1 comment:
Salam Safiy,
Ketika membaca nukilan indah anda,teringat saya akan sajak Amir Hamzah;"Kerana Kasih mu" yang antara lain berbunyi.....
Kerana kasihmu
Engkau tentukan waktu
Sehari lima kali kita bertemu
Aku inginkan rupamu
Kulebihi sekali
Sebelum cuaca menali sutera.
Syukurlah, kita tetap dilindungi dan dirahmatiNya.
Post a Comment