Friday, April 17, 2009

ANTARA IMPI DAN MIMPI



Keinginan-setiap orang punya keinginan sama ada murni atau tidak bukan masalah.
Dan keinginan saya ialah memurnikan diri. Keinginan saya sebagai pelajar 'memaksa' diri mengorbankan segala-masa dan tenaga untuk mencapai impian. Keinginan saya sebagai remaja 'darah masih muda' ialah mengawal emosi yang sering tersasar. Sememangnya genetik ialah peranan penting tapi saya tak mampu mengubah andai genentik itu yang diwarisi. Dan keinginan saya mengubah genetik memang gagal.

Keinginan saya menjadi sayap kiri kepada perjuangan seorang mujahaid Islam. Hidup mulia atau mati syahid! Itu keinginan terpendam, sampai masa ia akan hadir tanpa amaran.

Keinginan saya ialah menyelinap dalam mimpi indah dan merealisasikannya dalam hidup yang tak pernah lurus jalanannya.

Dan keinginan saya ialah membahagiakan orang di sekeliling dengan cara tabahkan diri meladeni segala ujian. Saat terfikir sendiri betapa beratnya harapan yang disandarkan oleh semua di bahu ini, betapa cekalkah saya menerima segala ujian?

Allah tidak memberi semua yang saya mahu (walaupun berjuta permintaan saya teleh terpenuhi) tapi Allah sentiasa memberi apa yang saya perlukan.

p/s: gambar anak2 saudaraku yang dirindui.

No comments: