
Hujan masih bertali-tali di luar dan saya masih tak henti-henti menganyam mimpi jam 10 pagi. Barangkali gelombang banjir ke-2 dalam perjalanan menuju bumi. Kemuraman suasana di luar merencatkan sedikit halaju diri dan saya menyiapkan mimpi jam 10 pagi saat bumi habis basah disapu air yang turun mencurah-curah.
Saya menyambung jaga yang realiti antara bumi Palestin yang dihujani bom sedang Tel Aviv dan Tebing gaza makin tegang. Angka 400++ yang syahid dan 2000++ yang cedera masih tidak mampu membangkitkan umat Islam yang sedang lena didakap zon selesa. Saudara-saudara seislam terkepung terancam sedang Hamas yang dipilih daripada demokrasi tajaan Uncle Sam disebut rejim pengganas.
Jangan biarkan penyembelihan beramai =-ramai di Ambon berulang!
Jangan biarkan tragedi Sabra Satilla mengambil tempat sekali lagi.
Doalah kerana doa ialah senjata mu'min yang paling ampuh!!
No comments:
Post a Comment