
AKU BELUM DEWASA
Cinta ialah kuasa magis yang mampu menyatukan dua insan dengan 1001 perbedaan dengan hanya satu persamaan. Ini kuasa cinta. Aku mahu bicara apa ye? Sebenarnya aku baru saja menatap gambar-gambar perkahwinan rakan sekelasku 5 Sains 1, Kak Nadiah dan Izani di MMP dan Ipin dan Kak Tiqah, naqibahku di MCIIUM. Tahniah buat mereka yang baru saja melayari alam baru bernama perkahwinan. Satu kehidupan yang bukan mudah sebenarnya, penuh dengan tanggungjawab dan rintangan yang bukan sedikit. Dan bukan mudah sebenarnya untuk seorang ayah apatah lagi ibu untuk melepaskan anak perempuannya ke dalam jagaan orang lain apatah lagi yang bernama suami itu belum bekerja dan masih lagi belajar di tahun dua di UIA.
Aku?
Kata abang aku, kalau nak kahwin kahwinlah. Bunyinya enteng sekali. Tapi aku tidak bercadang untuk melangkah bendul.
Mak aku?
Diam membisu seribu bahasa saat soalan itu aku utarakan padanya.
Aku?
Aku belum puas hidup bersendiri, belum mampu mengecapi betapa bahagianya menjadi seorang pelajar. Dengan bahasa mudah, aku ialah seorang kanak-kanak kecil yang tidak mampu melepaskan alam anak-anak yang riang.
BICARA TENTANG CINTA 1
Cinta tidak mampu meruntuhkan tembok, tapi mampu meruntuhkan si pembuat tembok. Itu pepatah cina yang menjelaskan betapa kuasa cinta mampu menakluki apa saja. Cinta berada di mana saja. Yang pentingnya cinta kadang terselit antara fantasi dan reality yang mampu membuatkan kita keliru saat membuat keputusan. Deria rasa seakan tidak berfungsi untuk menimbang kuasa cinta yang tak punya ukuran.
Dan, aku jadi benci akan cinta kerana ia membuatkan aku jadi sengsara. Rumah cinta dalam hatiku telah lama roboh meninggalkan puing kenangan berserakan. Pintu cinta telah lama kukatup rapat dalam diri kerana aku tidak mampu lagi menanggung derita cinta yang menekan. Aduhai cinta, hilanglah dari diri ini bersama janjimu yang palsu. Aku tidak mahu menanggungnya lagi.
Buat yang bercinta, ingatlah saat yang paling tidak sedar diri dalam hidup ialah saat cinta jadi bunga ceria yang mengisi segenap ruang hidupmu. Kesampingkan rasa cinta itu dan anda akan rasai betapa cinta ialah magnet yang mampu menghilangkan kewarasan diri andai tidak didorong ke arah jalan yang betul. Pesimiskah seorang aku saat bicara bernada begini?
Entahlah, tapi anda akan mengerti andai melaluinya. Bicara saja tidak bermakna apa-apa. Dan aku memadam kata cinta dalam relung hatiku kerana ingin memberi ruang yang lebih kepada kasih sayang. Aku ingin mengerti makna kasih erti sayang sebelum aku mencari cinta itu maksudnya apa.
Jiwa kacau: Cinta atau cita atau tamakkkan diri?
Jiwa tenang: Umur setahun jagung, darah baru setampuk pinang ada hati
Ha ha ha
3 comments:
di doakan agar safi dikurniakan mujahid soleh sbg pembimbing hidup kelak...amiin...
di doakan agar safi dikurniakan mujahid soleh sbg pembimbing hidup kelak...amiin...
Hubungan ini ku rasakan sebuah penipuan yang menyakitkan. Yakin akan diri yang setia, keseorangan rupanya setiaku ini. Dalam rahsia yang tersenyum, aku mati lagi.
hahaha~ antara cebisan citra yang tertinggal di lantai ingatan dulu~
Post a Comment