Tuesday, May 21, 2013

DON'T THINK TOO MUCH, JUST DO IT!! GO WITH THE FLOW


19 may 2013

Pasca PRU 13…masih punya 3 minggu untuk mengetahui kelayakan menduduki final pro5 sebelum 3 minggu masa untuk membelek nota untuk 8subjek dan menduduki final exam selama 3minggu-teori,praktikal prosto (cons dah setel exam jumaat lepas),presentation GDP case dan juga viva untuk semua subjek kecuali cons dan prostho.

CERITA PASCA PRU

Cerita blockout, kerajaan tak popular dan isu tsunami cina hangat jadi topic di dada akhbar dan internet.

Alhamdulillah, negeri tercinta masih kekal di bawah pemerintahan ulama’ meski tuan guru mengundurkan diri dari menjadi nakhoda atas alasan kesihatan. Orang ramai bilang, rakyat kelate ni bijak, duit bagi, ambil tapi undi tetap untuk yang melaksanakan syariat dan menjunjung tinggi islam dalam pentadbiran.

Sewaktu keputusan diumumkan, kami berkampung di ‘tengah balai’. Jam 12 keputusan masih banyak yang belum diumumkan. Aku mengambil keputusan untuk masuk beradu kerana punya jadual ke kuantan, lepas subuh esoknya. Betapa liciknya permainan RTM, mereka hanya mengumumkan kemenangan DAP dan BN di Kelantan, PAS dan PKR jarang-jarang diumumkan sampai aku berdebar yang amat nasib negeriku yang tercinta. Aku cadangkan PR menggunakan hanya satu lambang untuk memudahkan kerja nanti.
Keputusan awal memihak kepada PR. Aku benar-benar tak sabar untuk melihat suasana tidak perlu membayar tol dan Putrajaya dihijaukan instead of dipegang oleh YB yang terlibat dalam urusan sport toto. 

Bangun jam 430am, aku on kan laptop adik dan melihat keputusan internet. Magic yang amat, selepas blockout, keputusan berubah dan kemenangan memihak kepada BN. Pun wajah Najib kelihatan tidak gembira, majority yang kurang 2/3 dan lebih teruk dari zaman P.Lah. Bahkan undi rosak lebih banyak dari majority di banyak tempat.

Redha dengan kezaliman bukan ajaran Islam ye!!!!

Kita sudah menang bila berjuang atas dasar Islam. Hm…selepas menang Utusan Malaysia seperti biasa menjalankan tugas memfitnah dengan menyiarkan kenyataan yang sangat rasis.

Contohilah negeri Kelantan yang tak pernah membezakan melayu,cina,siam dan india. Even, orang kat rumah aku asalnya kaum Dusun/kadazan pun pandai kecek kelate. Kami ialah kelate. Tiada dibezakan oleh suku kaum dan bangsa. Bahkan tok guru pun menggalakkan mempelajari mandarin untuk memudahkan berdakwah kepada golongan yang membentuk peratusan yang agak tinggi itu.

Ada seseorang post di FB. Dia benci dengan status politik yang bertaburan di dinding. Kak, kalau benci dengan politik, jangan komplen harga barang yang naik tak pernah turun dan rakyat yang makin dirosakkan dengan program hiburan jumud seperti Gangnam dan pemimpin yang memboroskan duit rakyat untuki bershopping sakan ye!

Jua, sinetron dari luar Negara yang tidak layak ditonton hanya di TV3 suku namun diletakkan status Umum yang memaparkan isu tidak berfaedah hanya sekitar ranjang dengan pakaian yang senipis dan sesingkat mungkin. Sangat terkejut saat menunggu di sebuah klinik dan terlihat telenovela yang sangat tidak senonoh itu. Jua fitnah dan isu sekitar video porno yang menjadi tayangan umum. Masya Allah inikah kerajaan yang mahu dipilih untuk membentuk anak-anak kecil? Alangkah rosaknya!!

Pertama kali mengundi di saluran 4,saluran anak muda. Selepas GE12, saluran ini digelar ‘pengkhianat’ kerana menggunakan kononnya duit kerajaan untuk balik menjatuhkan kerajaan, GE13 ini, kami digelar ‘pembunuh’ kerana menafikan BN dari merosakkan budaya islami di Kelantan.

Kemudian YB kawasan aku mencadangkan anak muda tak perlu balik, undi saja pos. Banyak cantik! Balik undi ni semacam balik jenguk mak ayah dan berjumpa kawan sekampung yang dah lama tak bersua muka. Semacam raya juga la pilihan raya ni. Undi pos, kalau siap kira awal-awal dan add on, tak jadi masalah sebenarnya. Yang jadi masalah pabila undi ini ialah undi penentu penyelamat BN kerana 100% undi ini terdedah kepada manipulasi. Balik mengundi ni tanggungjawab akhirat aku, selagi tiada keuzuran, akan diusahakan untuk pulang.

Pasal dakwat kekal yang tak kekal, boleh pula dalam akhbar berbahasa mandarin, dia cakap kurangkan unsur kimia sebab takut carcinogenic effect. Sebelum tu, untuk undi pos, cakap sebab tak goncang botol, sebab tu tak kekal. Jawablah begitu depan Tuhan esok wahai SPR yang main-main dan tidak jujur dengan amanah!

Kebangkitan anak muda selari dengan maklumat yang boleh diakses dari internet bukan sekadar bergantung kepada fitnah utusan meloya dan berita hairan dan tv3suku.

Maklumat lain konon lim kit siang nak menghapuskan ketuanan melayu di johor. Selidik balik, MP sebelum ni pun cina. Haish, cakap tak guna fakta la Bro! selidik balik:


Paling best, tak pernah terjangka sebelum ni yang DAP hampir guna bendera Pas di semenanjung dan PKR di Malaysia timur sebab DAP hampir disahlan tak sah. Melihat PAS dan PKR bersatu, mereka  membatalkan keputusan itu. Almaklum, kalau mak cik dan pak cik di kampung nak pangkah DAP tu, fikir banyak kali sebab cina, nak pangkah MCA dalam BN takpe pula..angkara racun fitnah dan swing berita oleh agen perosak masyarakat dalam media perdana bertahun. Aku pun pernah terjebak dan terpengaruh dengan agenda keji ini.


WALIMAH PIONEER FAMILY KOD

Hujung minggu ini,dalam keterbatasan waktu dan keputusan yang dibuat saat-saat akhir, aku menyempatkan diri memenuhi undangan walimah teman-teman sekital KL-Aini Salleh,anak matron Zainun dan juga Zulaika Hosni. Terpaksa mentidakhadirkan diri untuk perkahwinan Hajarhanim nun jauh di Perlis. Seronok melihat teman-teman melangkah ke alam yang baru, bertukar status dan punya tanggungjawab yang baru. 

Teringat perbualan dengan teman. Andai kita punya alasan sibuk, masa untuk belajar dan meminggirkan permintaan teman-teman untuk sesuatu majlis dengan harapan nanti tunggu kerja, baru ada masa, itu teori yang tidak tepat. Sebab,aku ada dengar seorang FYDO tu tak dapat hadir ke majlis perkahwinan teman satu tempat kerja sebab on call hujung minggu. Kita tak eprnah punya kesempatan untuk meluangkan masa untuk orang lain andai sentiasa mencari-cari masa yang sempurna hanya untuk diri sendiri. Pandai-pandailah ye, jangan sampai hubungan jadi renggang sebab hanya mempedulikan kepentingan diri.

Umpamanya, kite mengenepikan keluarga dan kawan-kawan semata-mata mengejar sesuatu. Akhirnya saat kita di puncak dan berjaya menggenggam skrol, kita tak punya teman untuk berkongsi kegembiraan dan hanya sendiri. Amat menyedihkan dan tak punya nilai andai tak punya sesiapa untuk meraikan kejayaan itu.

Untukku, cukuplah sekadar seorang lelaki yang boleh diandalkan untuk menanggung segala dosa dan bersabar atas segala kerenah dan setia saat hormonku tidak seimbang dan di sisiku saat-saat aku memerlukan bahu untuk bersandar. Cukuplah dia redha dan aku menuju syurga dengan tiket itu. Cukuplah aku mampu menjadikan diri seorang yang taat kepada perintah Allah dan suami. Aku tidak meminta banyak, cukuplah jika dia menjadi batu loncatan menuju syurga. Aku mahu sorga-Mu Tuhan.

Oleh kerana jiwa aku ini normal,sesuai fitrah, setiap kali hadir ke majlis kahwin, aku akan menajamkan mata memerhati sebagai bekalan untuk majlis sendiri. 

Antaranya:

1.  Penggunaan catering
Pro-membolehkan tuan rumah hanya melayan tetamu dan tidak perlu bersusah payah menguruskan bahagian makanan
Cons-tambah kos..hmmm

2.  Penggunaan deejay
-yang ni tak perlu dalam majlis aku..sederhana dan simple sahaja. Aku perhatikan kebanyakan majlis dicemari karaoke dan lagu-lagu yang tidak sesuai..

3. pelamin
-untukku, cukup sekadar satu latar belakang yang cantik untuk kenangan berfoto..tentu amat cacat jika majlis itu tidak punya memori indah yang terakam
-terasa janggal menjadi seakan bahan pameran di kemajangan

4. pakaian pengantin
-usah keterlaluan hiasannya..cukup sekadar menutup aurat,sekadar mekap nipis yang membolehkan pengantin membersihkan dengan mudah dan tak perlu men’jamak’ zohor dan asar (maksudku solat zuhur di akhir waktu dan asar di awal waktu) semata-mata kerana sayang dengan mekap itu kerana ketibaan pengantin biasanya waktu zohor dan tentunya mekap itu sebelum azan zohor
-mungkin boleh ambil wudhu’ siap-siap sebelum mekap (nipis je ye) mana yang perlu jangan sampai menimbulkan fitnah dan ujian hati

5-buah tangan untuk tetamu yang sudi hadir
-ikhlas dan mengikut peruntukan, asal tidak membazir,apa-apa pun ok

6-hantaran
-kebiasaan makanan dan pakaian..sekadar hadiah,apa pun boleh asal mampu

7. majlis akad nikah
-ada dua pilihan, untuk buat di rumah atau di masjid
-pakaian pilihan semestinya putih atau krim
-boleh tak pengantin perempuan takde? Aku nervous di hadapan orang begitu..haha

8. majlis tunang
-mak aku beria nak buat, sekadar meraikan adat yang tidak menyalahi syariat, tidak mengapa, kalau ikut hati memang tak nak sebab majlis tu just sekadar ‘cop’, tiada lesen apa pun 

9. lokasi majlis
-di rumah atau sewa dewan
-rumah aku kecil, susah nak menghidang makanan dan tiada tempat untuk mendirikan khemah, jadi aku buat kat padang istiadat depan rumah..haha..gurau je..

10. sangat tertarik melihat majlis teman ini..walaupun dibuat di dewan yang gah dengan pelbagai makanan (tumpuan uttama perut aku..haha) mau berbelas jenis, tak termasuk buah tangan kek red velvet, sampingan kuih muih, cendol setc, namun pengantin memilih untuk mengitari dewan dan beramah mesra serta bergambar dengan pengunjung yang datang. Idea yang bagus sebab tak semua rajin ke depan (pelamin) untuk berfoto.

Bersedia untuk kehidupan selepas kahwin lebih baik dari bersedia hanya untuk majlis 1 hari dan mengabaikan hari-hari seterusnya. Tak mudah untuk hidup dengan orang yang kita tak pernah serumah kan! Jadi, buat persediaan secukupnya. Kemahiran komunikasi yang tinggi sangat dituntut untuk melayari lantera perkahwinan sampai ke akhirnya. Aku menjunjung tinggi institusi perkahwinan kerana ia urusan akhirat, bukan sekadar memenuhi tuntutan duniawi.

Hormati karekter teman sebumbung,focus kebaikannya dan cuba bertolak ansur dengan kelemahannya. Tiada yang sempurna. Seumpama lock and key theory, kita memang dicipta untuk melengkapi dan menjadi pakaian satu sama lain.  
Ok..selesai urusan kahwin. 

Saturday, April 27, 2013

INI KEGILAAN..DUSH..TEPUK DAHI SENDIRI


Salam pesta buku. Kegilaan yang tak terkawal. Ini hasil di Big Bad wolf semalam. Secara peribadi, aku lebih menyukai excess bookstore. Namun, buku kanak-kanak di sini lebih murah. Sekian!

Leonardo Da Vinci-rm15
Ornithopter
Robin Cook-all about death rm8+8=16
mysterious rm6+6=12
all about bone-orthopaedic rm6+6=12
Buat anak-anakku
Buat anak perempuanku-so pinky
inside-only at rm8
buat anak lelakiku
rm10-simple math
only rm6
inside-kbkk -language+math
supplement untuk perempuan-aku seorang wanita..yeah

Thursday, April 25, 2013

RAMBANG MATA..HAHA

this weekend..yeah
Sudah kirim bukunya sama seseorang..hehe



















Wednesday, April 24, 2013

HANG ON THERE..JUST A LITTLE BIT MORE


Alhamdulillah …dapat obturate RCT molar setelah 10visit merupakan suatu kepuasan yang tak terkata. Sampai orang kubikel sebelah tanya: aik, bukan dah banyak kali datang, k.safi buat apa? Jangan tanya lah..hoho..jawab penuh emo okeh. RCT molar cukup menguji. Ada hari tu, datang, buka TF, cleaning dan tutup balik. Sebab apa? Sebab semua 23 orang buat RCT molar..huhu..Supervisor ada 2 orang je okeh.

Al kisah, aku buat 46, diagnosis necrotic pulp. Prognosis questionable gak la compare dengan irreversible pulpitis. Hari tu pula, dia datang 10am, barang endo pula tak siap sterilize lagi sebab sesi pagi Isnin, petang Jumaat ramai yang buat endo. Alhamdulillah juga sebab patient aku sangat cooperative dan compliance.
Clamp
Clamp holder yang susah nak guna tu (stress..huhu)
Frama yang besar gedabak tu
File-k file, protaper
Rubber dam ada 2 jenis, yang hijau lumut tu cepat koyak, tak suke okeh
Dll 

Jadi terpaksa la buat class1 composite..huhu..kerja kat klinik ni unpredictable juga…namun sangat bersyukur dapat obturate guna protaper F2…mesial canal-both buccal&lingual guna single cone technique, distal canal kena tambah accessory GP size 20 banyak juga sebab canal besar. Next 2 weeks, boleh panggil letak semi permanent kalau tiada sign & symptom. Kemudian remove sisa GP yang masih ada dengan high speed diamond round bur.

Tu cerita semalam. Cerita hari ini ialah issue immediate denture upper extract 12,22 dan lower extract 31.

There is always 1st time for everything, sayang!  He said. My denture, it was porous, the occlusion was far away from normal. Al maklum immediate denture, poor try in. so, kena buat denture lagi la. Tahniah Safi!

Kemungkinan yang ada:
1-MMR wrong
2-masa flasking, tak tutup flask completely
3-mixing monomer-polymer ratio problem

Denture yang kena buat block 4 dalam masa 6 minggu yang berbaki:
1-GDP-lepas ngundi, baru boleh ambil final impression
2-GDP-kena re try in
3-Prostho exam-hari ini final impression

Cerita pasal exam prostho, Alhamdulillah tukar patient dengan NIja, tapi patient aku pula buat hal, kesian Nija. Alhamdulillah dia dapat dari orang lain. Tadi final impression. Stressnya hanya Tuhan yang tahu. Panggil patient masuk 1030am, bergelut buat border moulding dengan green stick, keep trimming special tray sebab sulcus dia shallow, kalau over extend akan compromise seal. 1st time juga tak dapat suction untuk upper, lower ok je. Rasanya , sejuk kut air cond dalam tu, tapi aku dah start berpeluh..huhu
Alhamdulillah, ambil impression guna ZOE, dapat suction yang sangat cantik, nak naik lab pour dengan stone, tapi perut Ya Allah, lapar yang amat. Jadi, aku mengambil keputusan turun makan, ZOE boleh pour nanti.  Terubat juga stress bila tengok impression yang smooth dan cantik itu..ehek!

Lepas makan, terus solat zohor dan naik ke lab untuk polish denture yang nak issue nanti. Kemudian, habis dismiss patient 425pm, kalau ikut sempat je lari naik lab, buat beading (ala, letak plasticin sebelum pour tu), tapi dah tak larat sangat dah. Hari ini letihnya hanya Tuhan yang tahu. Lantas aku memutuskan untuk pour pagi esok. ZOE kan boleh tahan sehari tanpa distorted.
Kemas barang dalam klinik biasanya aku bajet 30minutes juga lepas discharge patient. Malas dah nak buat kerja lab dalam rushing sebab letih je kena repeat, slow-slow la, asal puas hati. Macam ambil impression tadi, biarpun rasa dah nak mengamuk (haha..tabiaat buruk aku bila buat banyak kali tak jadi-jadi rasa nak mengamuk je) , tapi aku pujuk diri. Biar lambat asal puas hati dan berbaloi, tengoklah impressionnya, cantik! Hehe..harapnya denture pun retentive macam impression aku tu..insya Allah.

Tadi pun, bila cakap kena repeat denture, aku redha dan pasrah je. Ya, DR, Dr nak suruh saya buat apa lagi? Saya yang menurut perintah..haha…4 denture dalam GDP…haha..
3 denture kena issue dalam block 4 yang disingkatkan jadi 8 minggu untuk 3 minggu revision week sebelum exam final pro. Erm..cerita sikit pasal pro. Hari tu pre pro, buat 5 soalan OSKE, tapi final tiada OSKE, tetap dengan VIVA macam tahun lepas.

Owh, moga diberikan kekuatan untuk masa yang masih berbaki.
Hang on Safi! Sikit je lagi
Study:kerja lab:kerja klinik:report:presentation:::THIS IS WHERE I BELONG!! 


Minggu lepas buat baktisiswa, aktiviti community project yang wajib bagi subjek dental public health sebelum grad. Ni gambar poyo, sila pedulikan gambar-gambar yang poyo ini..ngeh