Monday, February 7, 2011

THOSE WHO FAIL TO PLAN ARE PLANNING TO FAIL

Perancangan: setiap orang merancang, namun perancangan Allah sentiasa mengatasi. Yang penting itu usaha, walau hakikatnya di mata insan yang penting itu ialah hasil. Di mata Tuhan, usaha itu tak pernah rugi, tak pernah tak dikira meski hasilnya di mata insan kurang memberangsangkan.

Minggu ini minggu pertama untuk Block 4 di Tahun 4. Kalau ambil course lain ialah tahun terakhir. Lantaran Tuhan memilih dan aku insan terpilih maka aku menambah setahun lagi demi tuntuntan course yang diambil ini. Pernah aku berkisah kepada seorang teman rapat-keputusan yang diambil dalam masa sedetik merubah hidup kita untuk sepanjang tahun menuju kedewasaan, menuju hari-hari akhir kehidupan. Mengubah segala perancangan dan Plan B terpaksa dilaksanakan dengan penuh keyakinan.

Untuk adik-adik yang masih pening memilih kursus, pilihlah dengan penuh yakin dan cintailah pilihan anda. Yakinlah duri –duri di sepanjang jalan meniti hari graduasi dan terus ke tititan kerjaya itu untuk menambah iman, bukannya menjauhkan kita dari Pencipta Alam.
Jalanan tak pernah lurus. Iman itu tidak terbukti andai tidak diuji. Kapal besar bukan dicipta untuk gah di pelabuhan, bahkan untuk merentas gelombang dan mengharung badai yang tak kenal belas ihsan.

Pesan buat diri, tabahkan hati, gandakan usaha. Cekalkan jiwa, kuatkan kaki yang melangkah, biar terus berdiri meski seakan goyah. Biar terus berlari meski pedih di tapak kaki singgah sampai ke hati. Janji Tuhan itu benar. Yakinlah!
Mata hanya tahu memandang, namun bahu jua membeban berat tanggungjawab, menggalas tugas yang bukan sedikit. Segalanya seakan berebut waktu. 24 jam tiba-tiba jadi amat sedikit.

Oh Tuhan, langkah pertama ini seharusnya teguh, cukup kuat menongkah arus, menyebarkan syiarmu dalam mata-mata yang kurang mahu mengerti.
Dan.....Trapped between Zircon n LA is headache. (aku masih insan yang punya perasaan meski seakan ingin menjadi robot yang tiada rasa)

Masuk je ke kelas yang diingatkan ialah:

End block4 exam nanti, semua subjek ya masuk, start dari 2nd year-both teori dan praktikal. Ni sebagai persediaan untuk Pro Year 5 nanti. Time tu, dah tak terkejar semua benda, requirement lagi, nak belek buku lagi. Owh..harapnya diberi kekuatan yang ampuh untuk menghadapinya. So, baik study sekarang, kalau tak nak headache masa exam.
Exam nanti ada teori, praktikal dan viva untuk semua subjek. Wow! Magnificient !

Subjek-subjek dentistry bukan sedikit yea:

1.       Conservative/restorative

2.       Prosthetic

3.       Periodontic

4.       Paedodontics

5.       Endodontics

6.       Oral public health (biostatistics & epidemiology)

7.       Oral surgery

8.       Oral medicine

9.       Orthodontics

10.   Fixed prosthodontics

Yakinlah, Tuhan takkan menguji apa yang tak terdaya jiwa menghadapi. Masih punya ruang untuk bergerak meski oksigen seakan terhimpit. Masih punya obor iman saat terkapai lemas di lautan duga. Masih punya jalan pulang kerana Allah itu sentiasa lebih dekat dari urat leher sendiri. Selangkah ke arahnya mengundang langkahan lagi hampir Dia kepada kita. 

ANAK FEBRUARI MENURUR DATO' DR FADZILAH KAMSAH


Thursday, January 27, 2011

SAAT ADAM DISAPA HAWA



Ah, lelaki, ego menggunung, lebih tinggi dari Everest menjangkau langit.
Ah, perempuan, emosi menguasai, lebih dalam dari Jurang Mariana singgah sedalam mungkin.

Lelakiku, kau mengimbang ego dengan kasih sayang perempuan
Perempuanku, kau salurkan emosi untuk menyebar tenang pada resah lelakimu

Lelakiku, kau menumpang emosi perempuan pada mencari teduh jiwa
Perempuanku, kau menundukkan ego lelaki dengan kekayaan kasih sayang

Lelaki : di matamu ada cinta
Perempuan : pengorbananmu tak pernah mengharap balasan

Di dada langit, kau lelakiku melukis rindu
Di tebing waktu, kau perempuanku mengukir cinta

Dan kita bersatu
Antara aliran sungai waktu yang mendamaikan
Tenang dan melenakan
24dec2010
ALL THE BEST MY DEAR FRIENDS FOR EXAM.
THANKS FOR ALL BIRTHDAY WISHES. REALLY APPRECIATES

NEW ME

Entri terakhir sebelum exam esok dan pulang ke rumah sempena chinese new year. Andai ada kesempatan ada 2 undangan walimah teman sekolah menengah boleh aku penuhi.

Balok-farewell P.C.Mohtar

Hidup ini, takdir perjalanan kita umpama butir-butir hujan yang melebat membasahi bumi. Awan jerih mengandung, lantas melepaskan isinya dengan segarang mungkin. Langit menangis dan kilat saling mengenyit, kadang membuatkan adrenaline terus-menerus teralir ke aliran darah lantas meningkatkan kadar degupan jantung.

Butir hujan itu, siapakan akan memerhati. Satu dalam berjuta. Namun, langit peduli. Langit peduli saat ada insan terus-menerus diuji namun sabar menadah tangan bersangka baik dan memohon berkat dalam hidup. Langit jua peduli saat seseorang dilimpah kebahagiaan berkeluarga tanpa kemewahan sedang yang dilimpahi kemewahan gagal mengecap nikmat itu.

Biar tak berharga di mata penghuni bumi, asal jangan jua tiada nilai di langit.

D'Pioneer 2011
Hari-hari terakhir menjelang end block exam seringnya tak berlalu dengan mudah. Selalunya digandingkan dengan kesibukan menyiapkan requirement sedang nota bertimbun menjeling, masih dara belum berconteng.

Antaranya ialah menyiapkan requirement ortho:

1.    1.   Hawley retainer + study cast
2.    2.   Partner presentation case
3.     3.  Twin block
4.     4.  EnD form beserta prtho log book & lat ceph

Lab seakan menjadi perang menyiapkan requirement untuk 3 hari terakhir minggu sebelum exam. 3rd year ditambah dengan 4 URA & ditambah pula berkongsi dengan waktu lab prosthetic 2nd year untuk hari terakhir. (2nd year nak flask partial denture). Seakan pesta di lab yang ‘diserang’ seawal jam 7am dan ‘dihalau’ pula saat jam 6pm.

Step untuk buat twin block (nak refresh ingatan). Boleh guna cold cure (15min) atau heat (takes more time) :

Ambil bite registration guna softened wax, then mount ikut class 1 occlusion (no more previous class2). About 6mm separation between molars upper & lower. Then buat wax pattern yang mewakili acrylic later. Lepas tu seal peripheral wax untuk mengelakkan Plaster of Paris (POP) masuk.

Then flask. Guna POP. Next  wax out. Make sure no wax left out. Kemudian, packing. Jangan lupa letak Cold Mould Seal sebagai separator. Kalau tak, jenuh nak trim.Tak  pun, kena redo free je:( Kemudian, trim. Mount balik kat articular untuk dapat occlusion, kalau tak patient tak leh pakai, jadi open bite, sakit etc.

Kira-kira  bend wire (4premolar Adam, 2 molar Adam & 2 ball crip 3jam minimun), mount 15min (lamanya..he3), Wax pattern 3jam (biasalah student), flask & wax out 45min and packing 15 min. Lastly trim 2 jam. Total: 7jam plus minus..he3. kalau ambil sejam lepas klinik after asar dalam 2 minggu siap la..oho. kalau buat last minute memang tak perfect la.

Tu tak termasuk kena top up kalau tak cukup atau terlebih trim. Tambah lagi sejam yea. Polish pulak 30 min. Kalau buat Hawley kejap je sebab tak perlu flask. Set dalam pressure pot pun 15 min maximun. Trim tak sampai setengah jam. More or less siap dalam masa sejam. Masalahnya mungkin pada bending labial bow & adam. Take time, terutama bagi  orang tangan kayu macam kau..he3.

Hari terakhir macam dah tak ada perasaan trim twin block (aku terlupa letak separator kat cast, sebaliknya pergi letak kat POP. Memang tension masa nak trim, masakan tidak, penuh stone yang degil itu melekat dekat acrylic. Pening..

End block 3 exam, jadualnya seperti di bawah.

Hanya 2 subjek yang dari block3, lainnya masuk bermula dari year2. Biasalah. Hidup sebagai pelajar, kena bersedia tiap-tiap masa kan. Ada 8 subjek untuk 4 hari. 6 subjek yang notanya bermula dari year2.

Btw amat terharu saat tengah malam jam 12 sedang seorang teman yang lama tak berhubung menelefon semata-mata untuk wish happy birthday. Terima kasih atas ingatan.
Anak a.long aka Fikri aka anak sedara pioneer batch

Agenda block 4:

1.      1. Presentation cons with partner-Zirconia (first week)
2.     2.  Presentation journal paed-current LA  (instrument & technique)-also 1st week
3.     3.  Start research yang dah terlewat sebulan dari jadual..hmm

Ada 3 promotional exam yang syaratnya haruslah menyiapkan 70% requirement :

1.     1.  Oral surgery-exo of lower posterior tooth with ID block (20 out of 25 exo-just nak buat MOS)
2.    2.   Cons-restoration class 2 amalgam with adjacent & opposing (dont forget rubber dam..oho, paling penting fresh caries bukan redo)
3.     3.  Prostho-final impression for lower anterior fully edentulous (requirement issue pun tak lepas lagi ni..guano kiro)+ special tray

Requirement year4 tanpa promo exam:

1.      1. Perio-8 root planing with 6 patients & 1 case presentation
2.      2. Paed-75%----sigh...kalau sesi pagi, teramat susah nak ada patient...pasrah je la..dah try mana boleh

Jadi dental student ni sebenarnya best sebab dah apply teori yang belajar year 2 (preclinical year) untuk clinical year (y3,4 and 5)

Jadi, jadual harian ialah 8am-6pm. Amat menakjubkan bagi seorang pelajar dental apabila anda pulang awal eg jam 445pm dah berada di kafe untuk membeli makan malam.

PENJAGAAN ORAL

Perunding Oral Care, Lee Chu Hoong (kanan), menunjukkan demonstrasi memberus gigi dengan cara yang betul kepada adik Atiqah Maisara.

Mengapa perlu bersusah payah menjaga gigi susu sedangkan ia akan luruh juga? Mungkin itu antara alasan yang terlintas di kotak fikiran ibu bapa apabila diberitahu akan kepentingan penjagaan gigi anak kecil mereka.

Kepentingan penjagaan gigi susu, sebenarnya berkait rapat dengan peranan penting yang dimainkan oleh gigi itu sendiri.

Ketua Jabatan Pergigian Padeatrik, Institut Pediatrik, Hospital Besar Kuala Lumpur, Dr Noraini @ Nun Nahar Yunus berkata, antara fungsi gigi susu ialah membantu pengunyahan makanan, membantu sebutan dan pertuturan serta membentuk keyakinan diri kanak-kanak.

Ujarnya, peranan paling penting gigi susu ialah menyediakan ruang yang cukup dan sejajar untuk pertumbuhan gigi kekal serta memastikan perkembangan rahang yang sempurna.

"Gigi susu yang rosak atau tanggal sebelum waktunya akan menyebabkan ruang dan laluan untuk pertumbuhan gigi kekal tertutup, sekali gus menjadikan kedudukan gigi yang bakal tumbuh tidak sempurna," katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya.

Jelasnya, secara semulajadi gigi susu pertama mula luruh sekitar usia enam tahun, namun jika ia luruh terlalu awal, gigi-gigi yang lain boleh tertolak masuk ke dalam ruang kosong yang terbentuk dan menghalang gigi kekal untuk tumbuh di lokasi yang betul.

Pendek kata, penjagaan gigi susu yang baik amat penting bagi memastikan kedudukan gigi kekal yang rata atau tidak berlapis.

Noraini mencadangkan agar ibu bapa mula mengambil berat penjagaan oral anak mereka seawal usia bayi lagi menerusi pemeriksaan gigi berkala sebaik sahaja gigi pertama bayi mereka tumbuh.

Sebaik-baiknya, ibu bapa hendaklah memupuk tabiat membersihkan gigi dan gusi bayi selepas setiap kali makan secara memberus atau menggunakan kain kasa lembut agar penjagaan gigi menjadi sebahagian daripada rutin harian anak.

"Cara memberus gigi anak yang betul ialah menggunakan berus gigi paling lembut dan saiz kecil, ubat gigi berflorida serta mengangkat bibir supaya gusi dan leher gigi dapat dibersihkan.

"Ramai ibu tidak menyedari bahawa selain makanan manis, susu ibu dan susu formula adalah penyebab karies gigi di kalangan kanak-kanak.

"Gula ringkas dalam susu akan diuraikan secara semulajadi oleh bakteria di dalam mulut manusia melalui proses penapaian menjadi asid laktik yang akan menurunkan paras pH dalam mulut serta melarutkan permukaan gigi," jelas beliau.

Beliau juga menasihati ibu bapa agar tidak mencampurkan gula atau susu pekat manis ke dalam susu atau minuman bayi sebaliknya menggalakkan bayi yang telah tumbuh gigi diberikan air kosong selepas makan.

Tetapi bagaimana pula jika anak kecil berdegil mahukan makanan manis?
"Pemberian makanan manis termasuk gula-gula, coklat, biskut dan roti krim perlu dihadkan semasa waktu makan sahaja.

"Makanan manis yang diberi sebagai snek mudah lekat terutama di celah-celah permukaan gigi, menyukarkan pembersihan gigi dan menyebabkan asid sentiasa terbentuk dalam mulut bayi, sekali gus melarut dan mereputkan gigi susu," katanya.
Namun, Noraini mencadangkan, adalah lebih baik sekiranya anak-anak tidak diperkenalkan dengan makanan sebegitu.

Jangan beli atau simpan stok snek sebegini di dapur rumah, tetapi sebagai alternatif, ibu bapa boleh menyediakan keropok atau potongan buah-buahan sekiranya anak-anak mahu snek di antara waktu makan.

"Lagipun, tabiat suka manis di kalangan rakyat Malaysia adalah tabiat yang dipelajari sejak kecil bukannya semulajadi," katanya. - Bernama

 


LEBIH 70 PERATUS ALAMI KEROSAKAN GIGI

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my

JUFFREY Alvin Choo baru berusia lima tahun. Pada usia semuda itu, dia sudah boleh membaca, menulis dan menyelesaikan pengiraan mudah.

Kanak-kanak pintar itu juga pandai bergaul dan mudah menyesuaikan diri di sekolah. Wajahnya comel, hasil perkahwinan campur bapa berbangsa Cina, Johan Ariff Choo dan ibu, Wan Salmiza Wan Salim menjadikan sesiapa yang melihatnya 'geram' dan ingin mencubit pipi anak kecil tersebut.

Namun bila dia tersenyum sehingga menampakkan gigi, ada yang mungkin mula mentertawakannya.

"Eeeee...gigi rongak. Mana gigi adik?" tanya penulis.
"Dah simpan sebab dah hitam (merujuk kepada giginya yang dicabut sendiri dan disimpan rapi)," jawabnya sambil tersenyum menampakkan beberapa ruang kosong pada rahang atasnya.

Menurut ibunya, Juffrey sukar memberus gigi sejak kecil lagi. Setiap kali dicuba, dia akan mengemam mulutnya dan pelbagai cara sudah dicuba namun tidak berhasil.
Disebabkan gemar mengunyah gula-gula dan makanan ringan membuatkan gigi kanak-kanak comel itu cepat rosak.

Penulis percaya, pasti ramai ibu-ibu di luar sana berdepan dengan masalah ini. Walaupun kerosakan gigi di kalangan kanak-kanak bukanlah satu masalah kesihatan yang serius dan ada pula yang menganggap kanak-kanak rongak sebagai comel, namun tentu lebih manis andainya mereka memiliki sebaris gigi kecil yang putih dan bersih bukan?
Kesihatan minggu ini mengupas kenapa masalah ini berlaku dan bagaimana cara mengatasinya?

Kurang kesedaran

Pakar Pergigian dan Ortodontik Kanak-kanak Prof. Dr. Nik Noriah Nik Hussien berkata, merujuk kepada Kajian Epidemiologi Kesihatan Pergigian Kebangsaan (NOSHH) pada tahun 2007 di kalangan kanak-kanak Malaysia berusia enam tahun, seramai 74.5 peratus mengalami masalah gigi.

Kawasan Kuala Lumpur katanya, mencatatkan rekod terbaik dengan 55.8 peratus kanak-kanak mengalami masalah gigi dan paling tinggi adalah Kelantan di mana 95.6 peratus kanak-kanak di situ mengalami kerosakan pada gigi susu mereka. Manakala bagi gigi kekal pula, sebanyak 10 peratus kanak-kanak mempunyai karies gigi

Dua tahun sebelumnya iaitu 2005, kajian yang sama mendapati seramai 76.2 peratus kanak-kanak berumur lima tahun mengalami masalah karies gigi atau gigi berlubang.
Kajian juga mendapati secara purata setiap seorang kanak-kanak mempunyai enam batang gigi berlubang.

Walaupun terdapat sedikit penurunan, keadaan tersebut masih dikira serius kerana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyasarkan 50 peratus kanak-kanak seluruh dunia patut bebas daripada masalah gigi dan setakat ini hanya 25.5 peratus kanak-kanak Malaysia berkeadaan tersebut.

"Ini menunjukkan tahap kebersihan dan kesihatan gigi kanak-kanak di Malaysia masih rendah berbanding negara Barat," kata profesor dari Jabatan Pergigian dan Ortodontik Kanak-Kanak Universiti Malaya itu.

Semua itu jelasnya berpunca daripada sikap ibu bapa yang kurang mengambil berat terhadap penjagaan gigi anak kerana menganggap ia akan diganti dengan gigi yang baru.
"Perlu diingat, kerosakan teruk gigi susu boleh mengundang pelbagai masalah kepada pertumbuhan semula gigi kekal kelak," katanya.


Sebagai contoh, katanya jika anak mempunyai banyak kaviti pada gigi susu, ia boleh merosakkan gigi kekal yang sebenarnya sudah terdapat di dalam gusi. Kawasan gusi di mana kerosakan gigi susu berlaku boleh dijangkiti kuman yang seterusnya merosakkan gigi kekal yang masih tertanam di dalam gusi.

Selain itu katanya, gigi susu yang tertanggal awal juga mengundang masalah maloklusi (susunan gigi) seperti jongang dan akhirnya menyebabkan kanak-kanak tadi perlu menjalani rawatan pendakap gigi.

"Ini mengundang masalah lain pula kerana merawat susunan gigi dengan pendakap memerlukan masa dan kos yang lebih tinggi," kata beliau.
Gigi susu yang baik kata beliau membantu pertumbuhan gigi kekal yang teratur kerana setiap satunya sudah mempunyai pengganti masing-masing.

Selain daripada itu, masalah gigi juga boleh disebabkan sejarah keluarga. Seandainya ibu bapa mempunyai masalah gigi, maka tidak mustahil anak juga mewarisi keadaan tersebut.
Punca
Dr. Nik Noriah berkata, antara punca kerosakan gigi kanak-kanak adalah karies awal (ECC).
Karies wujud disebabkan penghakisan kronik gigi oleh asid organik yang dihasilkan bakteria di dalam mulut ketika proses fermentasi karbohidrat daripada makanan yang diambil.
Tompokan karies awal tanpa kaviti boleh dihilangkan melalui diet rendah gula dan menjaga kebersihan gigi dengan betul.

Bagaimanapun, bila permukaan gigi mula terhakis dan kaviti berlaku, tiada lagi cara alternatif untuk menahannya.
Walaupun keadaan ini tidak mengundang maut, tetapi kesakitan akibat karies yang tidak dirawat akan membuatkan kanak-kanak tadi berdepan dengan masalah seperti tidak hadir ke sekolah, sukar untuk mengunyah makanan dan bercakap juga menjejaskan aktiviti harian dan tumbesaran mereka.

Menurut definisi kerosakan gigi Drury 1999, keadaan ECC ditafsirkan bila terdapat satu atau lebih kerosakan gigi atau gigi hilang (cabut) pada gigi susu kanak-kanak berusia 71 bulan atau lebih muda.

Karies awal yang teruk kata Dr. Nik Noriah, berlaku pada permukaan licin gigi di kalangan kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah.
Satu atau lebih kerosakan atau masalah berlaku di gigi bahagian depan atas di kalangan kanak-kanak berumur antara tiga hingga lima tahun.
"Tentu ada yang bertanya mengapa bahagian gigi atas lebih cepat bermasalah daripada bawah?" soal beliau.

Menjelaskan lebih lanjut katanya, kehadiran air liur yang banyak pada bahagian rahang bawah dan lidah membantu membersihkan sisa makanan secara semula jadi.
Bukan sahaja makanan, susu juga mengundang pengumpulan karies kerana minuman tersebut mempunyai gula semula jadi di dalamnya.

Masalah katanya menjadi serius apabila ibu bapa membiarkan anak-anak mereka menghisap botol susu untuk tempoh yang lama terutamanya membiarkan botol susu lekap di mulut ketika tertidur.

"Ketika tidur, penghasilan air liur akan terhenti menyebabkan pengumpukan karies berlaku dengan lebih cepat," kata beliau.

Karies gigi merebak dengan cepat selagi kanak-kanak tadi kerap mengambil makanan yang mengandungi gula dan tidak menjaga kebersihan gigi.

Kerana itu penting ibu bapa mengawal pengambilan makanan anak-anak dan memastikan mereka membersihkan gigi dengan betul.

Sunday, January 9, 2011

KALA CINTA BERSAYAP DUKA


I stood when standing is difficult~~ANAK JANUARI


1. Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.

2: Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.

3: Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.

4: Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.

5: Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.


6: Pandai mengambil hati orang lain.

7: Pendiam kecuali telah dirangsang.

8: Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.

9: Mudah mendisiplinkan diri sendiri.

10: Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.


11: Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.

12: Cukup sayang pada kanak-kanak.

13: Suka duduk di rumah.

14: Setia pada segala-galanya.

15: Perlu belajar kemahiran bersosial.

16: Sifat cemburu yang sangat tinggi.


  ( Kajian Oleh:Dato Dr Haji Fadzilah Kamsah )

 
Aku jatuh cinta, benar-benar jatuh. Oh Tuhan!

LANTAS


Kita menjual masa dan membelinya dengan fantasi keindahan bercinta seakan kaki kita tak jejak lagi di bumi...
NAMUN
Saat  cinta itu menjadi samar..kita
matikan rantaian cerita lama biar hapus dari kamar ingatan. Recycle bin? Deletekan semua, biar tidak berbekas lagi dan yang tertinggal hanya kau yang baru dan serpihan aku yang merindu.

  AKHIRNYA


Antara dua: all or nothing, pilihan yang tersedia untukku ialah nothing