Entri terakhir sebelum exam esok dan pulang ke rumah sempena chinese new year. Andai ada kesempatan ada 2 undangan walimah teman sekolah menengah boleh aku penuhi.
| Balok-farewell P.C.Mohtar |
Hidup ini, takdir perjalanan kita umpama butir-butir hujan yang melebat membasahi bumi. Awan jerih mengandung, lantas melepaskan isinya dengan segarang mungkin. Langit menangis dan kilat saling mengenyit, kadang membuatkan adrenaline terus-menerus teralir ke aliran darah lantas meningkatkan kadar degupan jantung.
Butir hujan itu, siapakan akan memerhati. Satu dalam berjuta. Namun, langit peduli. Langit peduli saat ada insan terus-menerus diuji namun sabar menadah tangan bersangka baik dan memohon berkat dalam hidup. Langit jua peduli saat seseorang dilimpah kebahagiaan berkeluarga tanpa kemewahan sedang yang dilimpahi kemewahan gagal mengecap nikmat itu.
Biar tak berharga di mata penghuni bumi, asal jangan jua tiada nilai di langit.
| D'Pioneer 2011 |
Hari-hari terakhir menjelang end block exam seringnya tak berlalu dengan mudah. Selalunya digandingkan dengan kesibukan menyiapkan requirement sedang nota bertimbun menjeling, masih dara belum berconteng.
Antaranya ialah menyiapkan requirement ortho:
1. 1. Hawley retainer + study cast
2. 2. Partner presentation case
3. 3. Twin block
4. 4. EnD form beserta prtho log book & lat ceph
Lab seakan menjadi perang menyiapkan requirement untuk 3 hari terakhir minggu sebelum exam. 3rd year ditambah dengan 4 URA & ditambah pula berkongsi dengan waktu lab prosthetic 2nd year untuk hari terakhir. (2nd year nak flask partial denture). Seakan pesta di lab yang ‘diserang’ seawal jam 7am dan ‘dihalau’ pula saat jam 6pm.
Step untuk buat twin block (nak refresh ingatan). Boleh guna cold cure (15min) atau heat (takes more time) :
Ambil bite registration guna softened wax, then mount ikut class 1 occlusion (no more previous class2). About 6mm separation between molars upper & lower. Then buat wax pattern yang mewakili acrylic later. Lepas tu seal peripheral wax untuk mengelakkan Plaster of Paris (POP) masuk.
Then flask. Guna POP. Next wax out. Make sure no wax left out. Kemudian, packing. Jangan lupa letak Cold Mould Seal sebagai separator. Kalau tak, jenuh nak trim.Tak pun, kena redo free je:( Kemudian, trim. Mount balik kat articular untuk dapat occlusion, kalau tak patient tak leh pakai, jadi open bite, sakit etc.
Kira-kira bend wire (4premolar Adam, 2 molar Adam & 2 ball crip 3jam minimun), mount 15min (lamanya..he3), Wax pattern 3jam (biasalah student), flask & wax out 45min and packing 15 min. Lastly trim 2 jam. Total: 7jam plus minus..he3. kalau ambil sejam lepas klinik after asar dalam 2 minggu siap la..oho. kalau buat last minute memang tak perfect la.
Tu tak termasuk kena top up kalau tak cukup atau terlebih trim. Tambah lagi sejam yea. Polish pulak 30 min. Kalau buat Hawley kejap je sebab tak perlu flask. Set dalam pressure pot pun 15 min maximun. Trim tak sampai setengah jam. More or less siap dalam masa sejam. Masalahnya mungkin pada bending labial bow & adam. Take time, terutama bagi orang tangan kayu macam kau..he3.
Hari terakhir macam dah tak ada perasaan trim twin block (aku terlupa letak separator kat cast, sebaliknya pergi letak kat POP. Memang tension masa nak trim, masakan tidak, penuh stone yang degil itu melekat dekat acrylic. Pening..
End block 3 exam, jadualnya seperti di bawah.
Hanya 2 subjek yang dari block3, lainnya masuk bermula dari year2. Biasalah. Hidup sebagai pelajar, kena bersedia tiap-tiap masa kan. Ada 8 subjek untuk 4 hari. 6 subjek yang notanya bermula dari year2.
Btw amat terharu saat tengah malam jam 12 sedang seorang teman yang lama tak berhubung menelefon semata-mata untuk wish happy birthday. Terima kasih atas ingatan.
| Anak a.long aka Fikri aka anak sedara pioneer batch |
Agenda block 4:
1. 1. Presentation cons with partner-Zirconia (first week)
2. 2. Presentation journal paed-current LA (instrument & technique)-also 1st week
3. 3. Start research yang dah terlewat sebulan dari jadual..hmm
Ada 3 promotional exam yang syaratnya haruslah menyiapkan 70% requirement :
1. 1. Oral surgery-exo of lower posterior tooth with ID block (20 out of 25 exo-just nak buat MOS)
2. 2. Cons-restoration class 2 amalgam with adjacent & opposing (dont forget rubber dam..oho, paling penting fresh caries bukan redo)
3. 3. Prostho-final impression for lower anterior fully edentulous (requirement issue pun tak lepas lagi ni..guano kiro)+ special tray
Requirement year4 tanpa promo exam:
1. 1. Perio-8 root planing with 6 patients & 1 case presentation
2. 2. Paed-75%----sigh...kalau sesi pagi, teramat susah nak ada patient...pasrah je la..dah try mana boleh
Jadi dental student ni sebenarnya best sebab dah apply teori yang belajar year 2 (preclinical year) untuk clinical year (y3,4 and 5)
Jadi, jadual harian ialah 8am-6pm. Amat menakjubkan bagi seorang pelajar dental apabila anda pulang awal eg jam 445pm dah berada di kafe untuk membeli makan malam.

No comments:
Post a Comment