Friday, May 18, 2012

ONE..TWO...WHERE IS THE TREE?


Part 1.

Andai ada keinginan mahu pulang, cuti 2 hari takkan mampu jadi penghalang. Hari khamis, aku membuat keputusan mahu pulang. Terus ke terminal membeli tiket pergi dan balik. Untung ada teman yang baik hati sudi ambil dan hantar aku di TM.

Bas jam 11pm dan tiba di TM jam 515pm. Sampai di rumah subuh. Bonda excited mendengar aku mahu pulang. Jarang sekali dia begini. Haha. Alasannya-aku boleh membantu mengutip getah sekerap, alahai.

Sabtu, aku bersenang-senang, kebetulan pula abang aku pulang, boleh melayan anak-anak saudara yang tiga orang. The best part? Bila mereka tengok aku bawak berus gigi untuk berus sebelum tidur. Pakat mengekor je. Aku suruh berus, terus berus. Terasa berkesan jugak ajaran aku. Malamnya tidur dengan anak saudara, best kan? Hehe

Esoknya pergi ke kebun. Guna 2 motor. Aku dan abang aku. Abang aku seorang lagi dengan bonda. Embun masih basah di hujung rumput dan aku tanpa segan silu menyembur ridset ke kulit (jangan contohi, amat merbahaya) lantaran geram dengan pacat yang tak putus asa mencuri darah aku tanpa izin.

Macam biasa jalan ke kebun, penuh berbukit dan amat licin. Memang sakit punggung atas motor tu. Kadang-kadang abang aku suruh jalan sebab licin, takut tergolek di lereng. Kebun pun boleh tahan tinggi bukitnya. Kadang-kadang nak je aku golekkkan badan aku, biar terus tiba ke bawah..haha.
Abang aku buat lawak: Bakpo la pacat ni suka ketik orang?

Abang aku sorang lagi jawab: Bagus gak ketik orang, kalau dia hisap susu, guano? X leh menoreh la..haha

Hasilnya, aku bawa pulang beberapa ekor pacat gemuk yang gatalnya sampai berminggu. Nak solat camna kalau darah hasil gigigtan pacat tak berhenti? Senang je, bakar kekabu, letak tempat gigitan tu.

Malam, bertolak dari rumah jam 830pm dan bas tiba tepat jam 10pm. Terima kasih seorang teman.

Tiba di Terminal jam 430am dan jam 11am aku buat exam promotional OS. Hampir   saja membatalkan exam, namun mengingatkan aku sudah pun membaca minggu sebelumnya, aku kuatkan hati. Tidur sekejap selepas subuh dan bangun untuk ‘perangat’ balik yang telah dibaca. (mengingatkan bukan senang nak dapat pt & bukan senang pt nak dating pada waktu)
Alhamdulillah. Lepas satu peringkat. Ada dua lagi duri yang perlu ditempuhi.

Part2.

Lama terperangkap dalam gua diam. Sepi tanpa bicara. Sunyi tanpa kata. Diam menghitung betapa pantas detik itu melayang meninggalkan hampir tiada jejak. Bicara apa ye?

Pulang ke Teratak Bonda, meluruhkan rindu yang menggunung tinggi. Punya ruang masa mengucup wajah manis anak yang masih belum sepurnama menjengah dunia. Oh, Tuhan dia ialah kanvas putih yang belum terisi. Dia ialah halaman yang suci dari noda! Dia ialah bau yang lebih harum dari mana-mana perfume sekalipun. Dia lena amat di bahuku, menyerah tanpa protes dan ialah masa hadapan bumi yang makin tergoncang. 

Aku merinduinya sebanyak bintang yang bertabur di dada langit. Aku menyintainya sebanyak butir pasir yang bertabur di pesisir pantai.

Owh, aku pulang usai kelas jam 5pm. Jam 6pm kami berangkat pulang dan tiba di rumah seorang teman itu jam 140am. Anak dara masih di atas jalan di malam buta. Tidak mengapa, Tuhan kan ada. Esoknya jam 9am ke TM dan kebetulannya bas cepat ke Grik ada di situ. Jam 930am dengan tambang hanya berkurang 10sen, namun menjimatkan masa hampir setengah jam. 

Tiba di tanah bumi tercinta, menunggu seketika bonda untuk bersama mengitari apa yang ada di pasar pagi Sabtu dan tidak lupa membeli keropok ikan tambang, bekalan untuk membuatkan selera makanku sedikit dirangsang, tiba di rumah jam 1115am.

Sembang-sembang dengan kakak aku dan dua anak manisnya yang takut-takut dengan rautku yang jarang ketemu. Pulang ke kampung halaman, kegembiraan jadi berganda andai punya anak-anak untuk dipeluk cium.

Owh..ini ialah dendam rindu yang sekian lama membengkak di dasar hati.
Kebetulan abang aku pulang, langsung mesej kepadanya untuk melihat anak keduanya yang baru lahir. Jam 1230 saat aku cuba-cuba meletakkan kepala di atas bantal, mereka tiba.

Abang aku (Abdussalam) + Kakak ipar (Asmaa’) = 
Anak sulung (Amanina) + Anak kedua (Adam)

Sekadar mencuba nasib, aku bertanyakan bonda : Bolehkah kiranya aku pegang bayi yang ubun-ubunnya sangat lembut itu?

Terus dijawab : Biasa-biasakanlah. Amboi, dalam sungguh maknanya. Terus kakak aku menyampuk: hmmm dah dapat greenlight la tu. Aku: macam biasa, buat tak tahu je, padahal dalam dada bergoncang semacam, mak!!
Haha..aku tak reti pun pegang, terus bonda ambil di ribaannya.

Perkara yang paling aku suka tentang bayi ialah baunya. Bau itu suatu kenikmatan yang tak mampu aksara kata menggembarkannya. Hanya deria bau yang indah menikmatinya.

Kemudian ambil kesempatan dukung kakaknya. Menjerit budak comel tu. Anak perempuan, dapat oleh abahnya, terus senyap. Kalau nak juga dukung, senang je, pakai tudung dan bawak dia pergi kedai, terus hulur tangan, sambil-sambil tu aku ambil la kesempatan cium dia, jua cubit pipi dia yang tembam tu, dia tak marah pun..heheh.

The best part being me at home is when I got to hug & kiss them all my nieces & nephews….missing this part soooooo much!!!!
The rest is history..yeah!

Hari Ahad,naik bas jam 12noon dari stesen Jeli. Sampai 115pm kat TM. Tunggu zohor, terus jamak takdim. Bonda ikut sekali, mahu beli tali untuk mesin rumput. Aku pula, merayap la kedai, cari tudung putih uniform sekolah..huhu. tak lupa, singgah kedai Muda Osman, beli pen (tabiat aku ialah beli stationary tanpa henti) haha. Jam 405pm bertolak ke Kuantan dan tiba jam 1145pm. 

TBC..Insya Allah

2 comments:

LydSunshine said...

TM? Terminal Makmur?

Safiy said...

Tanah Merah-transit dari Terminal Makmur menuju Bandar paling cantik dalam dunia..tanah tumpah darah..hehe