Andainya Allah memberi mimpi, esok usiamu bakal berakhir, masihkan punya alasan letih untuk tidak merajinkan diri solat berjemaah?
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Daripada Ibnu Umar r.a. katanya, Rasulullah bersabda: Sembahyang berjemaah itu lebih utama pahalanya daripada sembahyang sendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak." (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
"Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)." (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
"Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah swt dengan dua kebebasan, iaitu dibebaskan daripada api neraka dan dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)"
Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah saw bersabda yang maksudnya :
"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)
"Tidak ada sembahyang yang lebih berat kepada orang munafiqin (untuk dilakukannya secara berjemaah) lebih daripada solat isyak dan subuh.
Kalaulah mereka mengetahui (ganjaran pahala) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang sekalipun dalam keadaan merangkak". (Riwayat Bukhari &Muslim)
Sembahyang berjemaah dalam jumlah yang ramai adalah lebih afdal dan utama daripada jumlah yang sedikit.
Sehubungan ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Daripada Ubai bin Kaab katanya, telah bersabda Rasulullah:
“Sembahyang seorang lelaki berserta seorang lelaki lebih baik daripada ia sembahyang seorang diri dan sembahyang seorang lelaki berserta dua orang lelaki lebih banyak ganjarannya daripada ia bersama-sama dengan seorang lelaki sahaja. Dan jemaah yang lebih banyak, jemaah itu lebih dikasihi Allah.” (Riwayat Abu Daud).
Selain itu, orang yang sembahyang berjemaah diangkat darjat daripada mendapat rahmat, diampunkan dosa serta didoakan malaikat.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah bersabda: Sembahyang seseorang dengan berjemaah itu melebihi sembahyangnya di rumah atau di pasar sebanyak dua puluh lima kali ganda.
Sebabnya ialah apabila dia berwuduk, dilakukannya dengan baik lalu pergi ke masjid sedang pemergiannya itu tidak lain daripada hendak sembahyang semata-mata, maka setiap langkah yang dilangkahnya, diangkatlah kedudukannya satu darjat dan dihapuskan satu dosanya.
Dan jika dia sedang sembahyang, maka malaikat memohonkan untuknya rahmat selama dia masih berada di tempat sembahyang itu selagi dia belum berhadas, kata mereka, “Ya Allah! Berilah orang ini rahmat, ya Allah! Belas kasihanilah dia. Dan orang ini dianggap sedang bersembahyang, sejak dia mulai menantikannya.”
Daripada kitab Durratun Nasihin, Rasulullah memberitahu melalui hadisnya yang bermaksud: “Barang siapa sembahyang lima waktu berjemaah, maka baginya lima perkara (hadiah).
Pertama, dia tidak ditimpa kefakiran di dunia.
Kedua, Allah membebaskan dia daripada seksa kubur.
Ketiga, dia akan menerima kitab catatan amal dengan tangan kanannya.
Keempat, dia melalui jambatan (siratulmustakim) sebagai kilat yang menyambar
dan
Kelima, Allah memasukkannya ke syurga tanpa hisab dan seksa.”
Keempat, dia melalui jambatan (siratulmustakim) sebagai kilat yang menyambar
dan
Kelima, Allah memasukkannya ke syurga tanpa hisab dan seksa.”
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan al-Baqiyat as-Solihat (amal yang kekal lagi baik) adalah lebih pahalanya di sisi Tuhan mu dan lebih baik untuk diharapkan.” Al-Kahfi 18:46.(renung- renungkan ye..selamat beramal)
Firman Allah SWT:
"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya." (As-Saf 61: 10-11)
Sabda Rasulullah s.a.w.: Seberat-berat sembahyang atas para munafiqin ialah sembahyang Isyak dan sembahyang subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalam dua sembahyang berkenaan, tentulah mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak.
"Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan kepadanya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din." (HR Bukhari dan Muslim)
Jadi, jika urusan Allah pun kita sangat berkira, apakah nilai kita di sisi Allah. Sedang Allah tak pernah berkira. Saat kita terbabas solat subuh kerana berjaga di waktu malam, Allah tidak pernah berkira untuk menggagalkan kita dalam ujian kerana mengabaikan suruhan-Nya.
Saat kita berkira 10minit untuk zikir selepas solat waktu, Allah tak pernah berkira untuk menarik nikmat indera lihat dan dengar saat kita melayan cerita lagha dan mendengar lagu kosong yang tiada manfaat.
Pemilik Semesta tak pernah berkira memberi nikmat saat hamba-Nya saat berkira saat menunaikan tanggungjawab seorang hamba.
Janji Allah itu tak pernah mungkir.
Firman Allah SWT:
"...Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)." (Al-Anfal 8: 60)
Semua orang tahu, tapi tak semua orang mahu mengerti. Jangan menerima pengertian saat waktu sudah terlewat dan tiada lagi U TURN menuju kejayaan hakiki.












No comments:
Post a Comment