Sunday, February 21, 2010

10 WASIAT HASSAN ASY-SYAILY R.A


 1.       Jika kamu mahu Allah s.w.t berikan kepadamu sifat warak , 
khusyuk dan tawadu’,
jangan izinkan  matamu melihat perkara yang 
mendatangkan dosa dan lalai.

2.       Jika kamu mahu kemanisan 
beribadat 
 maka perbanyakkan berpuasa 
dan bersembahyang sunat.

3.       Jika kamu mahu mendapat hikmah maka 
tinggalkan perkara yang tidak berfaedah

4.       Jika Allah s.w.t kurniakan 
kehebatan jangan berseloroh 
dan ketawa sebaliknya tidak 
putus mengingati Allah.

5.       Jika kamu mahu memperbaiki keaiban dirimu
maka jangan mengingati keaiban orang lain.

6.       Jika kamu mahu selamat 
dan aman daripada kejahatan 
maka tinggalkan buruk sangka
kepada sesiapa saja.

7.       Jika kamu mahu Allah mencampakkan nur dari wajahmu 
maka istiqamahlah bangun malam untuk bertahajud.

8.       Jika kamu ingin mendapat 
kemuliaanjangan kamu bergantung
 kepada manusia tetapi 
bertawakallah kepada Allah s.w.t

9.       Jika kamu mahu dikasihi maka 
sempurnakanlah hajat dan tolonglah saudara seIslam mu 


10.   Jika kamu mahu dosamu 
terhapus 
maka sentiasalah beristighfar 
kepada-NYA

No comments: