Kalam kataku sudah lama membeku angkara jadual yang begitu padat lantas menyempitkan ruang untuk membina aksara kata. Aku punya terlalu banyak yang ingin dikongsi namun aku tak berdaya memaksa diri untuk teguh berterusan menipu diri. Seperti tadi aku tidur seusai maghrib dan datang seorang teman menggangu lenaku yang ditemani sakit yang cukup menyucuk.
Marah? Memang! Aku pantang sekali kalau tidurku terganggu apatah lagi kalau sakit kepala seakan enggan berenggang dari hidupku akhir-akhir ini angkara keputusan bekalan ponston barangkali.
Namun marahku tidak berterusan. Sorry je cik Um. Terima kasih kejutkan saya walaupun kepala saya masih berpusing waktu awak masuk bilik saya tadi. Dia datang membawa perkhabaran bahawa kami mesti menyiapkan slide untuk tuto Paed jam 8am esok dan Hajar pula datang memberitahu bahawa kami mesti membahagikan tugasan untuk seminar X ray Isnin ni sedangkan ramai pula yang balik rumah minggu ni. Almaklumlah bukan mudah untuk dapat cuti walaupun sekadar 3 hari.
Cuti 3 hari yang sebelum ni aku ke Terengganu, meraikan perkahwinan teman sekelas K. Asiyah dan Haziq. Cerita sikit pasal 3 hari tu. Hari Khamis usai kelas jam 6pm, kami bertolak ke Terengganu dan aku dan Kma serta Nadhirah pergi menggunakan JJP. Terima kasih banyak Aliya sebab sudi pinjamkan kereta. Malam tu kami tidur di rumah Nadhirah di Dungun. Terima kasih Nadhirah layanan hotel 5 bintang..hehe. Lain kali kami datang lagi kalau awak kahwin..hehe
Jam 9am kami bertolak ke rumah K. Asiyah di Kelulut, Marang berdekatan lot 8-kedai keropok lekor yang masyhur tu. Kemudian tengah hari kami ke kuala Terengganu untuk majlis akad nikah di rumah datuk sedara dia. Macam mimpi je tengok majlis akad nikah tu, aku tiba-tiba ingat dia bertunang lak, bukan nikah. Jurumekap-Ain dan juru tudung-Ila. Hujan semacam merahmati majlis tu.
Buat Haziq dan K.Asiyah:
Perkahwinan ialah satu ikatan yang menyatukan dua hati dengan seribu perbezaan dan hanya satu persamaan. Saat hati seakan berselisih ingatlah, ada persamaan yang menguatkan ikatan itu.
Nasihat ala-ala orang berpengalaman..haha
Malam tu kami berkampung di rumah K. Asiyah menyiapkan hantaran dan pelamin. Hantaran bertemakan riben dan bunga matahari-ciptaan pelajar tahun 3 pergigian UIA..haha. Pelamin bukanlan pelamin pun, sekadar latar belakang untuk majlis bergambar je. Sayangnya kamera aku rosak, memang tak ada sangat gambar dalam kamera henset. Pelamin tu Zaf-juruhias majlis yang buat. Sempoi je, tapi cantik-naik seri pengantin. Wah!
Malam tu kami balik ke chalet jam 2am seusai menyiapkan hantaran. Malam tu beberapa kali aku terjaga daripada tidur. Chalet yang disewa rm20 tu air condnya sangat sejuk. Dahlah aku tak bawa kain selimut, sudahnya aku tidur berselimutkan kain sembahyang dan kembali menyambung tidur selepas jam 9am kerana mengantuk yang amat.
Esoknya pagi-pagi lagi aku ke pantai. Angin sangat kuat, tapi aku sangat suka cium hanyir angin laut. Ombak bukan biru tapi langit menempiaskan warna birunya mendamaikan hatiku. Suatu kepuasan yang amat saat aku menatap indahnya suasana pagi ukiran Ilahi yang takkan selamanya mampu ditandingi makhluk.
Hampir jam 12 baru kami bertolak ke rumah k.Asiyah. Sudahnya breakfast kami kombo sekali dengan lunch=brunch. Ramai juga pensyarah yang datang : Dr Nazih, Dr Besma, Dr Tin, Dr Tan Tan Aye, Dr Wido, Prof Bazirgan dan Dr Karimah. Best juga kahwin masa belajar yea..hehe. Pengajarannya : kahwinlah masa belajar sebab ramai yang akan tolong. Dengar dek mak aku, habislah..haha.
Lepas ni senang la budak dentist nak kahwin, jurumekap dan jururunding pakaian serta pelamin dah ada. Jurubantu pun ramai. Hehe…
Petang tu aku dan Kma pergi Pasar Payang, jumpa dengan Zaf, Qariz dan Sulhi yang sibuk bershopping..yeke..Nasib baik aku ni jenis yang memang susah berkenan dengan kain, jadi jimatlah duit. Masalah aku kalau berkenan, memang berkenan sungguh, tapi aku memang susah nak berkenan. Itulah untungnya.
Kemudian aku dan Kma pergi rumah Farhana Farid. Rumah dia betul-betul depan sekolah tahfiz yang abang aku mengajar. Kami bercadang pergi rumah Hafiz. Alang-alang berjalan di sini, pergi je rumah kawan-kawan seramai yang boleh. Aku, Kma, Josyi, Zu, Sobi, Farhana Farid, Ain, K.Ima, Syaza dan ramai lagi budak lelaki lain pergi rumah Hafiz petang tu.
Jam 9am baru kami keluar daripada rumah Hafiz yang bersebelah masjid Kuala Bekah yang baru dibina tu. Malam ni aku tidur rumah abang aku kat Padang Midin. Tengok-tengok jalan, tak tersedar dah terlepas lorong. Terpaksa abang aku datang dengan motor pula. Rindunya nak cubit pipi anak saudara aku yang no2 dan peluk anak sedara aku yang sulung tu.
Macam biasa, aku kalau duduk rumah abang aku (abang aku duduk dengan mertua dia) memang aku buat macam rumah sendiri je. Tambah-tambah adik ipar dia ada dua orang je, Azif (PMR) dan Izzat (tahun 3) . Tidur suka hati je lepas subuh. Memang tak bersopan betul. Last-last abang aku kejut untuk breakfast. Sebelum abang aku pergi kerja, sempat je aku minta dengan dia kopi radix 20 paket. Buah tangan daripada dia la kiranya..hehe.
Sebenarnya kami bercadang pergi rumah Farhana C.Nik , tapi disebabkan dia keluar rumah awal, tak dapatlah kami pergi. Jadi rancangan seterusnya ialah pergi membeli belah kat kawasan terminal dan pasar payang. Jam 4pm kami bertolak balik ke Kuantan dan sampai hampir jam 730pm. Angkara tersilap masuk lorong, kami melalui jalan jauh ke IM-pengajaran : lain kali lorong ke Kuantan dari KT kebanyakannya sebelah kiri.
Kemudian kami keluar membeli barangan keperluan kat Mydin, bila lagi nak keluar kalau tak keluar masa ni. Jam 10pm aku online untuk bekalan kelas EAP esok malam. Jam 11pm aku dah menguap depan laptop dan aku terpaksa mengalah kepada kehendak mata yang makin rapat terpejam. Selamat malam UIA, izinkan aku terbang ke alam mimpi dan menikmati indahnya rehat.
Cuti tiga hari kedua, Azizah mengajak aku pulang, tapi aku terpaksa menolak kerana hendak menyertai Kejohanan Sukan Inter Varsity Kuliyyah Pergigian yang diadakan di USIM, Nilai. Tahun lepas di UiTM Shah Alam dan kami (aku dan Assha) berjaya menang tempat pertama-permainan kalah mati untuk ping pong. Tahun ni format liga dan kami berjaya mendapat tempat ke-3.
Bayangkan latihan 3 hari dan terus bertanding. Terima kasih buat Sulhi yang walaupun sakit kaki sudi turun jadi coach kami. Tapi Alhamdulillah, boleh juga dapat bawa balik medal gangsa. Futsal perempuan juara dan futsal lelaki tempat ke-2. Kata Dean, kita main bukan untuk menang, tapi untuk membolehkan kewujudan kita dirasai dan berkenalan dengan pelajar dari university lain.
Pulang saja daripada USIM terus aku demam dan hadir bersamanya ialah sakit tekak dan selsema. Dugaan betul kerana biasanya aku akan demam hari Jumaat atau hari cuti, jadi jadual pembelajaran aku tidak terganggu.
Petang Isnin, aku bercadang untuk ke klinik sekejap-ambil ubat. Aku panas betul bila aku tiba tepat jam 2pm dan sebaik aku menghulur kat matrik, staff di situ : Dr masuk 230pm je. Erm..tak apalah akak, saya ada kelas. Wah! Dah beberapa kali aku tak puas hati ni. Hari tu aku pening kepala sampai nak jalan pun tak lepas tapi disebabkan aku tak demam, MC haram bagiku. Kali ni aku nak mabil ubat tapi Dr tak ada.
Terpaksa aku gagahkan diri ke kelas memandangkan partner aku ada pesakit untuk sesi perio. Takkan nak biarkan dia buat kerja sorang-sorang. Kesian la pula. Usai je kelas perio, bergegas pula menyiapkan special tray aku yang ada dua kesilapan : pertama terlajak nipis sampai kena tampal balik disebabkan pecah dan kedua aku terlupa letak separator sampai plaster of paris melekat dekat permukaan special tray tu. Esok pesakit nak datang, jadi hari ni wajib siap atau esok tengahari lunch aku terpaksa beranjak ke pukul 6pm.
Ni cerita minggu ni la pula. Hari Selasa pagi aku bagi cons partner aku. So, relax la sikit sambil memikirkan special tray aku yang masih perlu dibetulkan sikit lagi. Tapi disebabkan ni 1st visit, kena la ambil x ray. X ray tu pula kalau bilik depan guna, server bilik belakang tak boleh guna. Tugas assistant ni runner. Ingatkan untuk bawa tisu dan glove sebelum ke bilik x ray dan pastikan server boleh guna-al maklumlah inilah masalah dengan teknologi. Maka berkejarlah aku ke depan dan belakang.
Jam 1240pm, aku ke lab, ‘brunch’ aku nasi lemak jam 10am. Dan aku stay je situ sampai pukul 2pm. Macam biasa patient aku datang dan aku kena ambil final impression. Cara-caranya:
1. Check special tray atas dan bawah. Pembetulan : open lingual dan buccal notch. pergi lab, tugas assistant ialah layan patient.
2. Dah ok, buat tracing guna green wax. Bahan yang perlu ada ialah hot water (pinjam heater dengan technician ), burner, lighter, paper untuk elakkan meja kotor dan susah dibersihkan. Buat tracing sikit-sikit. Soften dengan burner, rendam dalam air panas dan check dulu sebelum masukkan dalam mulut pesakit untuk mengelakkan burn mucosa. Buat sampai dapat special tray yang cukup retentive.
Lepas tu baru ambil impression guna zinc oxide eugenol. Aku sapu vaselin dekat pipi patient tapi kata Dr Ammar : next time I’ll use Vaseline on your nose!
Yang bawah ok, tapi yang atas aku buat dua kesilapan :
1. Dr suruh tambah 2 drop, aku pergi tambah satu line ZOE
2. Dr suruh buang ZOE je, tapi aku dah terbuang sekali dengan tracing..huhu
It’s ok! We learn from the mistake, Safiyyah!
3. Dah siap hampir jam 430pm. Tugas operator (ni 1st patient aku untuk full denture, sebelum ni kongsi patient) ialah buat beading dan boxing dan pour stone untuk casting. Tugas assistant discharge patient dan clean cubicle. Beading buat dengan plasticin. Dan esok baru aku boleh buka untuk tengok cast tu.
Malam pula aku pergi meeting pub pro. Balik dekat pukul 11pm pergi bilik Dayat, hantar buku dia. Dah lama tak sembang dengan Dayat dan Widad. Sibuk sangat sampai aku tak sempat pun pergi bilik lama dan jumpa Wani dan Hajar-destinasi aku kalau ke blok E.
Hari ni Rabu, pagi Oral Surgery, kena ambil outpatient sebab patient untuk exodontia (cabut gigi) memang kurang. Nasib Ummi dapat patient nak cabut 27. Aku jadi assistant. Aku banyak kutip pengalaman hidup dengan mendengar cerita patient.
Kata seorang tu , masa dia mengandung dek kerana pembawakan budak, mungkin juga factor psikologi giginya yang elok tiba-tiba terasa sakit yang amat. Namun saat dia pergi ke hospital kerajaan, Dr enggan cabut sebab gigi tu elok lagi. Dek kerana tak tahan menanggung kesakitan yang tak hilang walaupun panadol sudah ditelan dia minta Dr private cabut. Saat sakit hilang, gigi lain pula yang sakit dan sekali lagi dia ke klinik swasta untuk cabut gigi tu.
Sudahnya dia dimarahi ibunya yang mengatakan semua itu ialah pembawakan budak. Masakan tidak, kerana selepas gigi kedua dicabut, gigi lain pula yang sakit. Dan kali ini dia mendengar nasihat ibunya untuk tidak mencabut gigi itu. Dan sekarang katanya dia menyesal kerana mencabut 2 batang gigi yang masih elok.
Petang pula buat cons dengan pesakit yang happy go lucky. Aku asyik gelak je masa buat rawatan. Katanya : awak kena exercise tangan, tangan tak cukup kuat..huhu. uncle, uncle…
Ok habis cerita minggu ni. Sekarang cerita minggu lepas-lepas. Seperti aku selalu kata kat teman sebilik aku saat dia bertanya kelas pukul berapa: jangan tanya, kelas K. Safi 8am-6pm. Ya, rutinnya begitulah . kelas dari 8am to 10am. Dan klinik sesi pagi 10am -1pm dan sesi petang 2pm-5pm dan kelas pula dari 5pm-6pm. Memang sampai ke bilik dekat maghrib dan seperti selalunya aku akan terus collapse selepas Maghrib. Aduhai..kena kuatkan stamina ni, nasib baik je setakat ini aku jarang mengantuk dalam kelas kecuali kelas 5pm.
Pengalaman pertama aku cabut gigi-asalnya partner aku tapi disebabkan dia kurang sihat, aku jadi bidan terjun dan cabut guna cryer je tanpa guna forcep. Bagi Local anesthesia untuk gigi atas kena bagi infiltration dekat sulcus on buccal dan juga dekat palatal. Senang je. Pak cik tu nak buat partial denture, jadilah dia patient partial denture aku tapi disebabkan sekarang ni aku nak siapkan full denture, sampai sekarang aku belum berkesempatan panggil dia.
Pengalaman kedua pula patient ni aku tanya dekat patient cons aku. Nak cabut gigi bawah, jadi kena bagi block anesthesia. Jangan lupa pulak bagi infiltration dekat long buccal nerve lepas tu. Mula-mula kena separate periodontal ligament guna probe untuk mudahkan kerja nak cabut, lepas tu gunalah forcep.
Apa pentingnya tanya kerja seseorang sebelum cabut gigi?
Kalau kerja dia berat, maknanya susah sikit nak cabut sebab tulang dia kuat. Macam patient aku ni la. sampaikan Dr cakap : if you are tired you can take 5 min rest. Aku pun berhenti la sekejap daripada tarik gigi tu buccally dan push palatally-push dan pull sampai ada resistance, baru berhenti. Lepas tu kena buat figure 8, pastikan tidak mencederakan bibir atau bahagian mulut patient.
Akhirnya, berjaya! Soalan DR : Why shouldn’t patient eat until 2 hours after extraction ?
To wait until effect of LA subsides. Sebab takut patient gigit lidah masa makan sebab kesan bius masih ada.
Cerita pasal scaling pula. Apa masalahnya? Letih sebab kalau calculus dia tebal, kena tekan kuat-kuat. Dan kalau jadi assistant pula letih masa pegang saliva ejector –kerusi khusus untuk assistant tak ada.
Sekarang jam 250am-aku nak tidur. Good night.
Apapun tak sabarnya untuk balik esok. Lari sekejap daripada kesibukan pembelajaran walalupun aku pulang membawa bekalan bacaan bertimbun untuk dibaca. Aku perlukan ruang untuk menjadi diri sendiri.
p/s : THERE IS NO PAIN IF YOU CHOOSE TO ACCEPT NONE.













No comments:
Post a Comment