

Ada rasa yang kaku
Ada jalan yang tersasar
Saat segalanya menjadi beku
Sungai kataku telah lama bisu
Menjadi raksa yang meracun jasad
Bahasaku telah lama lumpuh
Dibius kepeningan yang merasuk
Bicara pesimis mengisi benak
Saat optimis tersadai di pulau kecewa
Tuhan, aku benar-benar hamba yang teruji
Aku hanya hamba
Iman senipis kulit bawang
Sedang ujian-Mu aku cuba memahami
Maaf, aku tidak sempurna
Tetapi belajar untuk bersyukur
Isnin-jam 7am..masih tertanya-tanya adakah kelas ditangguhkan?
Jawapannya? Tidak! Kelas masih seperti biasa, mula jam 9am sampai 1230 tengahari. Memaksa diri bangkit dengan langkah yang sedikit goyah. Semangat hilang entah ke mana. Tidak seperti selalu, aku sedikit teruja menunggu keputusan exam, kali ini kalau boleh aku tidak mahu melihat sebarang keputusan. Lemahkah diri ini? Ah!
Jam 11-1130, curi waktu ke prostho lab, membaiki denture yang masih tidak siap. Jam 1230 menyambung kembali kerja: trim, tampal dengan self cure acrylic gigi yang tenggelam, polishing dan Alhamdulillah berjaya menyiapkan whitening jam 4pm setelah berhenti sekejap jam 130pm untuk solat. Dan makan tengah hari Isnin ialah jam 415pm.
Selasa yang indah bermula jam 9am aku sudah tercongok di klinik dengan azam mahu menyiapkan segala kerja klinik sesudah menyiapkan kerja prosthetic semalam. Masih tidak siap juga setelah bermula jam 9am hingga 130pm. Aduh, letihnya hanya Tuhan mampu mengagaknya. Bayangkan kalau kerja, mahu muntah dibuatnya.
Teringat semasa zaman mula-mula belajar menjahit-aku ralit benar menyiapkannya. Lama-kelamaan tiba saat musim perayaan, kain makin menimbun (aku hanya menolong ma menjahit tepi kain, jahit tangan, sematkan pin,melipat susun kain dan apa-apa yang patut), aku jadi mahu muntah saat melihat kain bertimbun dan terpaksa menjahit tanpa henti selama beberapa jam. Aduh!
Petangnya aku memaksa diri ke library selepas keluar mengisi perut skuterku yang hampir kosong. Terasa macam masih dalam mamai semasa ke stesen minyak, nasib baik tak jadi apa-apa. Untuk membaca? Bukan. Untuk tidur..hehe. aku takut terlajak kalau di bilik saja. Di library, saat jam 5pm, aku akan bangun dari tidur kerana library akan ditutup, tapi sempatlah juga membaca nota pharmaco.
Malamnya, dek keletihan yang amat, aku terus saja lena seusai maghrib (aku cuba mengelak daripada tidur selepas asar, bimbang menjadi tabiat yang tidak bagus). Bangun saat jam hampir 1am, solat, melihat nota sekilas dan tenggelam lagi dalam dunia mimpi. Nota yang bertimbun di sisi meja, bilakan saja akan susut?
Rabu kembali dengan kelas jam 8am-1230noon. Revision kelas untuk menyedarkan masih banyak yang aku tidak ulangkaji menjelang exam yang makin menghambat langkah. Pulang ke bilik usai kelas terus tenggelam ke alam mimpi tanpa makan tengahari. Bagiku antara tidur dan makan aku perlukan tidur lebih daripada makan kerana lapar akan membuatkan aku terjaga dari tidur setelah mendapat rehat yang cukup, namun kenyang akan membuatkan aku terus hanyut tanpa melihat jam yang berlari menghambat waktu.
Petangnya aku sudah terlalu letih untuk berbuat apa-apa namun tetap memaksa diri menghadap nota sambil melayan kereneh Kauthar, anak teman sebilikkku yang sudah menamatkan 4 tahun di sini.
Alhamdulillah, malamnya kau punya sebab yang kukuh untuk tidak tidur selepas maghrib-punya study group dan hanya satu tajuk yang aku tak sempat mengulangkaji. Jadi mindaku malam itu terisi juga dengan nota 4 subjek.
Khamis kembali dengan kerja klinik dan aku berjaya menyiapkan semua requirement jam 115 tengahari . Hari ini buat lining amalgam gunakan Kalzinol ( a family of ZOE) sebab aku memang fail guna zinc polycarboxylate cement. Lepas tu polish amalgam yang dibuat sebelum ni-guna pumice dan whitening..wah..memang berkilat amalgam tu.
Polishing tu perlu dibuat 24 jam selepas filling, kalau kurang 24 jam akan menyebabkan crack kepada filling tadi. Perlu diingatkan kegagalan menyiapkannya bermakna bakal dibarred daripada professional exam 18hb5 ni.
Malamnya terus tersadai sesudah maghrib. Wah, saya semakin menjadikan reality kata-kata ini:
MULA-MULA KITA MEMBENTUK KEBIASAAN, LAMA-LAMA KEBIASAAN MEMBENTUK KITA.
Jumaat-penghulu hari yang telah lama hilang dalam kehidupan saya. Saya hanya jumpa Jumaat di Kelantan, bukan di Kuantan. Jumaat yang penuh kejutan. Kelas jam 8am dan berlanjutan hingga petang. Sampai ke kelas, menuju ke board yang dikerumuni, ada kejutan apakah lagi?
Wah..jadual minggu depan yang khabarnya sudah kosong (sepatutnya study leave) megah terpampang. Kelas Isnin dan Jumaat. Selasa dan Rabu ada special denture course oleh seorang yang berbangsa Jerman-tentunya sampai jam 5pm dan ada kemungkinan melangkaui masa itu. Dan apakah aku harus bersyukur dangan tetamu yang hadir saat-saat aku benar-benar mendambakan masa untuk study 8 subjek ? (Alhamdulillah fixed prostho ditangguhkan ke tahun depan examnya)
Subjek 2nd pro part 2:
Medical subject: (30MCQ,3 short note,3 essay)
1. Microbiology
2. Immunology
3. Pharmacology
4. Pathology
Dental subject (20MCQ, 2short note,1 essay)
1. Dental material
2. Prosthodontics
3. Oral radiology
4. Operative dentistry
18hb ni ada exam untuk optec (operative technique) dan aku mesti membuat kaviti class2 –mesiocclusal-lining dengan dycal dan base dengan zinc poly atau kalzinol dan filling dengan amalgam. Ambil sekurang-kurangnya 15 gambar guna intraoral camera (ambil masa gak nak cari sudut yang cantik masa ambil gambar ni). Semuanya dalam 2 jam dan aku akui kelemahan aku ialah kaviti dan melakukannya dalam jangka masa 2 jam ditunggu dengan evaluation dari control room (kena queue tunggu giliran)dan aku kena kekal focus dan konfiden, kalau tak masalah lagi dengan kaviti..huhu.
gambar nanti la aku upload, tak sempat transfer dari kamera CANON lagi.
No comments:
Post a Comment