Tuesday, March 27, 2012

SAAT CINTA MELAMAR CITA


SAAT CINTA MELAMAR CITA
Oleh : Safiy Iskandar

Ada seberkas rindu
Dalam bakul cinta
Perlu ku utus buat dia

Ada seberkas cita
Dalam keranjang waktu
Perlu diterbangkan
Untuk membina diri

Di sini
Aku berselisih dengan waktu

Memilih engkau
Bererti aku tega
Memadamkan segala kenangan semalam
Memilih engkau bererti aku tega
Setia mendepani ujian masa depan

Atas nama kedewasaan
Mencari titik kematangan
Mengikat rindu
Kita meranduk zaman
Membebat luka silam

Pantaskah kita bersatu
Boleh...jika titik temu kita sama
Meski jalan bercabang amat
Berbeda laluan
Namun, kita mampu bersatu
Andai ketemu titik yang satu
Benar dan meyakinkan

Menyusur detik melakar indah
Sama bergandingan ke mahligai rasa

Saturday, March 17, 2012

LET THEM BE

budak comel yang melekat dalam hati

Tag: mood rindu yang teramat kepada budak comel yang pandai senyum dan pabila diagah akan terkekeh.

Inti: Pertemuan kadang-kadang tak mampu meluruhkan rindu, malah membuatkan rindu makin membusut. 

Jela-jela: Aneh bukan, bertemu dengannya makin membuatkan saban waktu ingatanku dipenuhi dirinya. Oh Tuhan, aku benar-benar rindu. Jarak seakan bukan penghalang untuk memeluk cium dirinya. Kata adik aku, rindukan anak orang pabila aku asyik bertanya tak pulangkah budak-budak comel itu..haha..Anak sendiri belum kunjung datang.

Exam end block 2-8papers-5hari..rutin biasa sudah selamat ditempuh. Terasa perjalanan makin akhir saat melihat junior, namun hakikatnya walau sesaat segalanya mampu terjadi. 

Expect the least expect..always expect unexpected thing happened.

Teka teki antara mahu ke key el atau tak, ditambah pula dengan jay pi ay baru masuk, aku membuat keputusan ke key el ..kembara seorang rindu, melunaskan rindu kepada budak comel itu. Ke terminal dengan suzuki step hijau yang setia menemani dan membeli tiket untuk perjalanan lepas Jumaat dan kembali ke sini petang Ahad, rancangnya usai Borak Buku.

Jumaat di Kuantan, jauh bezanya Jumaat di Kelantan. Tiada ‘roh’ Sayyidul Ayyam, yang ada hanyalah ruang penuh musafir (agaknya semua orang Kuantan musafir hari Jumaat). Bertolak jam 230pm dan tiba hampir 615pm di Pekeliling. Mesej kepada abang aku minta ambil di Bandar Tasik Selatan (semacam lagu Olan). Pertama kali naik LRT guna token dan aku dikelirukan oleh tanda dalam LRT yang menipu...wargh. abang aku dah sampai dan aku terkial-kial ditipu oleh LRT itu..benci!!

Budak comel itu melihat aku dengan mata bulat dan aku geram teramat untuk mencium dia..sabaq na..he3

Teramat letih, aku tidur awal malam itu. Esoknya dah janji dengan adik aku jam 10am di Masjid Jamek, tukar plan, aku tukar lrt masjid jamek, turun dang wangi, ambil monorel bukit nanas ke Imbi. Monorel yang pendek, aku tak suka sebab terpaksa tunggu trip seterusnya. Jam 11am tiba di low yatt plaza. Pusing-pusing beli henset paling murah, beli external untuk aku store file sebelum hantar format, beli ink printer yang mahal itu dan juga earphone. 1230 sudah selamat pulang untuk perjalanan seterusnya ke Sogo untuk makan tengah hari dan beli sandal untuk mak aku.

Mak aku dah beberapa kali bersuara sebab kasutnya selalu yang berharga 10rm. Aku beli kasut uniform putih yang designnya tak banyak pilihan di Kuantan dan juga sandal menggantikan sandal aku yang putus semasa hujan di tm hari itu. Sandal hanya akan dibeli dalam keadaan terdesak begitulah sebab aku bukannya orang yang mudah berkenan dengan sandal.

Kemudian solat di masjid jamek dan membeli belah tudung, beg dan juga kerongsang. Beg tu untuk kakak dan kak ipar aku. Pesanan dari kampung..haha. Sebelum tu pergi Pustaka mu’min menghabiskan baucer 50rm. Beli juga buku untuk kak ipar aku pasal cara menjawab soalan anak-anak kecil tentang Tuhan.

Jam 445pm sudah selamat kembali ke bts. Hujan renyai-renyai, bts dalam pembikinan, seram juga berjalan seorang dengan kiri dan kanan penghadang biru tanda pembinaan dalam proses itu.

Malamnya keletihan yang amat, tidur awal. Abang aku syok tengok bola, mata aku dah tak larat nak layan. Aku tanya abang aku offside tu apa? Dia kata main curi ayam..baru tau..hehe

Esoknya ingatkan nak keluar lepas zohor, mesej Nissa’.ok 2pm. Lepas tu dia tanya nak pergi rumah Pena tak, ada dialog orang Muda, aku pun apa lagi, terus ye. Belum pernah sampai ke situ. Rezki pula, lunch nasi ayam di situ..jumpa ramai teman penulis yang sebelum ni tengok dari jauh je. Pengerusi DOM editor majalah yang masih muda belia.

Kemudian rancangnya ke Kino KLCC, tapi nak park kereta kat Asia Jaya dan naik LRT. Nampak amcorp mall, Nissa’ cadangkan ke Excess Bookstore-syurga buku English yang harganya 3,4x ganda lagi murah berbanding Kino,mph/popular. 

Jumpa buku Dr Zhivago, forensic n muffin. Best finding ever. Ni la hikmahnya tak jadi pergi borak buku yang ditangguhkan ke malam sebab Ustaz Don masih di Sabah. Kemudian, pusing-pusing tengok majalah murah dan kedai barang antik, masuk kedai vcd dan juga muzik.

Last sekali singgah makan secret recipe sambil borak-borak sekitar dunia sastera, macam-macam cerita..ni la part yang best kalau outing dengan Nissa’, rasa macam nak borak tak nak berhenti. Kata dia kejar lah cita-cita dahulu, walaupun tak menghasikan karya, tapi jangan jauhkan diri dari dunia sastera. Aku ke key el ni pun dengan tujuan nak jumpa dia untuk dapatkan suntikan semangat dalam dunia penulisan. 

Thanks a lot Nissa’ Yusof (dia tak tahu aku kagum dengan karya dia sebelum masuk mpr lagi, takdir Tuhan kami sebilik masa MPR,orangnya sangat rendah diri dan mudah didekati).

Lepas makan kek dan coffee yang dibelanja kami naik lrt jam 6pm dan sampai di titiwangsa hampir 650pm, al maklum masa pertukaran di masjid jamek terpaksa turun naik tangga yang amat jauh dan meletihkan itu. Nissa’ terpaksa patah balik ke KL Sentral untuk uruskan Borak Buku dengan ustaz Don 8pm nanti.

Bas 730pm dan aku tiba di kuantan jam 1115pm. Kemudian lepak kedai makan (sempat lagi tu) dan  Mandi jam 1am..haha..tak pernah dalam sejarah.
xcess bookstore

MUSIM  : CUTI & WALIMAH : MENGIKUT SYARIAT MERAIKAN ADAT

Weekend or weekdays-still has 24hours to consider. Usai klinik jam 5pm kami ke key el. Ke rumah teman sekamar untuk jeda sebelum bergerak ke johor untuk majlis perkahwinan teman se batch. Punya dua teman yang berkahwin-di Negri Sembilan dan jua Johor, lantaran jarak dan masa yang mengekang, kami memutuskan ke Johor saja. Sampai di kl hampir jam 1030pm, terus saja lena di hotel berbintang lima..ahaks.

Esoknya, plan ke Excess Bookstore di Amcorp Mall, keluar jam 11am dan kira-kira jam 130pm sudah di PJ. Kali ke-2 pergi, keterujaan melihat buku sudah dapat dikawal..haha. Bintang-bintang berkerlipan di mata Umme Hafizah yang pertama kali tiba-

syurga buku masakan pencinta buku mampu mengawal rasa.

Sekadar membeli buku Math-cita-cita zaman sekolah rendah yang tak mampu diteruskan-bermain dengan angka sebelum jiwa beralih arah bermain dengan aksara kata, namun menjadi akauntan tetap cita-cita pertama yang tak mampu dilunaskan.

Lantarasn itu sering kali tangan melakar persamaan algebra untuk mencari nilai x dan y saat mata seakan mahu tertutup di dalam kelas. Angka ialah sesi yang tak mampu membiarkan rasa ingin tahu aku lenyap.
Kemudian mesej Nissa’ yang usai kuliah di uitm Shah Alam dan kami ke PPUM untuk menjamah nasi-tipikal Asia, masakan tengahari tanpa sepinggan nasi!

Destinasi seterusnya ke Masjid Jamek, mencari tudung dan mungkin jua sekadar window shopping. Cardigan yang cantik, bertukar tangan dengan not merah tiga keping. Aku masih seorang wanita yang tak mampu berkata tidak pada pakaian yang cute. Berkenan jua kot labuh dan skirt jeans yang kainnya sangat elok, namun hasrat dibiarkan terpendam, bajetnya tak pernah dirancang. Lain kali aja andai ada kesempatan.

Kemudian ke KL Sentral untuk ERL destinasi Putrajaya. Kemudian ke Nilai makan malam meraikan ulang tahun ayah seorang teman. Kopi putih buat bekal tongkat mata yang hampir tertutup. Sampai saja ke hotel singgahan, mandi, gosok baju untuk keluar esok paginya dan menyiapkan apa yang patut.

Esoknya bangun awal dan 8am sudah menuju JB. Tiba di utm Skudai jam 1030am dan masih sempat ronda JB sementara menunggu jam 12pm. Membeli supplement Evening Primrose Oil yang dicadangkan Dr (beginilah jadi perempuan, rembesan hormon makin tak teratur kadang agak mengganggu rutin fisiologi badan, mungkin jua stress jadi faktor tambahan). Ada orang cakap, kesan sampingan ialah bertambahnya selera makan, aku amat bersyukur andai itu yang terjadi:)

Kemudian ke UTM skudai, maaf buat Huda dan Azyan, tak sempat ketemu, masa amat mencemburui diriku. So sweet of Aliya and her husband! Simple, but sooo nice!

Kemudian bertolak balik jam 3pm dan jalan agak sesak di Seremban, tiba maghrib di hotel berbintang lima itu dan kami mengambil keputusan pulang keesokan paginya. 

Hujung minggu yang penuh produktif..ahaks. 
keli ke2 Pesta Buku Pahang
Dentist is among the highest profession that commit suicide, but Muslim dentists are different.

Duit tak menjamin kebahagiaan bukan? Tapi yang aku ingin nukilkan di sini ialah kehidupan sebagai seorang pelajar sebelum melangkah ke alam kerjaya.
Owh, bukan sekali aku terfikir untuk Rest In Peace lantaran jiwa tak mampu menahan stress yang amat. Ini bukan kesalan, tapi ialah pengalaman untuk dikongsi jika ada yang mahu mengambil jurusan yang sama sewaktu denganku.
Prepare mental dan fizikal ye. 

Aku menghadiri kursus motivasi semalam, sekadar mengejutkan kembali singa yang masih lena dalam diri. Keletihan yang amat memaksa aku berkurung di bilik saja memikirkan untung nasib diri. Beginilah aku apabila masuk ke dalam gua dalam diri sendiri, berfikir lagi banyak dari bertindak.

Think like a man of action, act lika a man of thought!

Pagi sabtu, rutin biasa bersarapan di Pak Lah, teh tarik kurang manis dan roti telur1! Tepat jam 8am ke Banquet Hall, OCD untuk charge balik bateri dalam diri yang makin tak bermaya.

Sem lepas, dah hadiri program ini, sekadar-break the ice sebab sebelum ini sekadar melihat di tip of iceberg.

Hidup ini pengisiannya menjadi khalifah mentadbir alam untuk bekal ke dunia kekal, bukan mengejar dunia sampai lupa akhirat seperti yang diperbuat ramai atau mengejar akhirat sampai lupa dunia seperti yang 1% mungkin golongan.

Penuhi hak Allah sebelum segalanya. Kita ini bukan sesiapa melainkan dipinjamkan roh untuk meladeni ujian dan diuji lagi. 

Kita punya 24jam..punya organ dan sistem yang sama. Buatlah yang terbaik untuk dunia dan akhirat.

Sekadar pengenalan. Intinya, mari kita lihat di sebalik tabir aku budak dentistry.

Topik utama: Bagaimana menangani pesakit anda?

Yang membezakan antara medic dan dentistry ialah pesakit. Kami, terpaksa membuat temujanji dengan pesakit (memerlukan kredit sentiasa ada dalam telefon) berbanding medic yang disediakan bagi mereka pesakit untuk belajar.
Bukan membanding beza, sekadar menambah info tentang jurusan ini. Tahun 3, bermula tahun klinikal patient urusan sendiri, tiada pesakit, sesi anda burn tanpa ganti. Pandai-pandai urus masa yea.

Owh, lupa mahu beritahu, kami telah berpindah ke bangunan baru start block3 sesi 2011/2012. Sekarang ialah Block 3 Week 6. Week 10 End Block Exam. Jua professional exam.

Bangunan baru, kerusi baru dan segalanya baru. Partner aku cuti 2 minggu sebab appencitis-surgery dan aku kerja seorang dua minggu merasmikan kerusi dan alatan baru. Tiada lagi Amaryllis system, tapi Pearl Dental itu amat sulit. Aku merindui Amaryllis sebenarnya. Tiada lagi kena disinfect instrument, perlu hantar saja. Namun kena flush handpiece dan suction dan kena clean bawah spitoon tu everyday. So, aku bajet 30min untuk siapkan kerja tu kalau kerja seorang selepas dismiss patient. 

Bangunan baru ni sangat sejuk, bayangkan aku dengan lemak yang tak berapa cukup, mahu beku di situ:(

Datang je klinik tiap kali, terus ambil borang request instrument untuk 2hari akan datang (kalau dah buat kerja, terus terlupa benda ni). Jangan lupa bawa mata ke3 dan keempat beserta thumb drive untuk transfer xray.

Patient management.

Ok. Bercakap pasal pesakit, kadang kala pesakit ni memainkan peranan dalam mood aku. Bayangkan pesakit batal temunjanji saat akhir, mood aku terus swing. Tu belum masuk yang datang lambat, owh...ini bukan klinik aku yang mereka boleh suka hati buat dan batal temunjanji.

Klinik ini sebenarnya 2 ways benefit. 

  1. Aku berterima kasih sebab pesakit aku datang tepat pada masa dan sudi pula dirawat berjam-jam lamanya
  2. Pesakit pun dapat untung, rawatan secara percuma beb
So, dua-dua pihak sebenarnya beroleh untung. Bersyukur!

Pesakit paed pula, kalau tak co operate, ya Allah, sesi burn tanpa treatment. Ada hikmah okay..cari lah di sepertiga malam saat bersunyi dengan Tuhan kala insan lain lena didakap malam

Kami punya requirement yang disediakan masa untuk disiapkan. Andai ini tidak berjaya, anda takkan dilepaskan untuk menduduki peperiksaan. Oh ..hal-hal inilah yang banyak menyebabkan aku ‘khayal’ hingga mampu membuatkan aku melakukan hal yang tak dapat difikir ‘aqal. 

Nasib baik punya teman yang sanggup meminjamkan telinga dan bahun untuk aku sandarkan rasa. Amat menghargai. Allah masih sayangkan aku dan Dia takkan menguji apa yang aku tak mampu.

bermain dengan angka
 Ada pesta buku Pahang, sampai 70% diskaun. Namun mencapai 90% saat happy hour. Aku membeli Sehiris Bulan yang dicadangkan Nissa' dengan diskaun 10% untuk buku baru. Owh..aku beli di Xcess Bookstore Dr Zhivago, How to Cut a Cake, Muffin untuk dihadiahkan kepada kakakku dan jua forensic book. 


Berbalik kepada Pesta Buku di Pahang, 2hari terakhir, durian runtuh. Semua yang 70% jadi 90%. Aku pergi kali ke2 dan borong rm300++ namun hanya bayar rm35-heaven!


Malamnya ke ceramah sempena MYWEEK-soleh vs solehah oleh Us Amal.

kenangan itu tak pernah tertinggal di belakang..ia bersamaku seiring zaman

Thursday, February 9, 2012

RELAKAN PERPISAHAN ITU DEMI CINTA

Ref: http://genta-rasa.com/2011/07/05/relakan-perpisahan-itu-demi-cinta/#more-1418


Kadangkala aku sendiri kebingungan. Bila ditusuk soalan demi soalan. Bagi yang telah merasa cinta… Bagi yang belum merasanya. Cinta tidak habis-habis diperkatakan, walaupun telah berkali-kali aku pesankan bahawa cinta itu bukan Tuhan!
Dulu aku pernah mengingatkan diri sendiri, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Namun, mengapa hati masih tidak mahu percaya? Kekadang, jalan berapi ditempuh jua. Ah, bujukan nafsu terlalu melulu. Sudah terantuk baru terngadah. Sudah berdarah, baru berubah.
Pada remaja yang terus bertanya… Pada ’retua’ yang terus meminta… satu kepastian, satu panduan… terus-terang kukatakan aku sendiripun terus bertanya dan terus meminta. Tidak mungkin aku memberikan apa yang aku tidak punya! Tetapi itu bukan alasan untuk menyerah. Mencari dan terus mencari, itulah yang lebih berharga. rasa belum memiliki adalah modal terpenting untuk memiliki cinta… cinta Allah.
Itulah cinta pertama dan cinta utama. Walaupun sudah berkali-kali kalimah itu disebutkan, tetapi yang mendengar cuma telinga dan akal, bukan jiwa dan hati. Hati masih tuli… Jiwa masih alpa… Bila dia berani berkata dan merasa, cinta yang dicari lebih baik daripada cinta yang ditemui!
Pada sahabatku yang selalu berkongsi lewat sms dan email, pada saudara/i yang terus meluahkan cerita dan berita melalui wadah Gentarasa ini, sudi apalah kiranya berhenti sejenak dalam kelelahan bercinta. Mari kita istirehatkan hati dengan…
Relakanlah perpisahan itu demi cinta
 Pernahkah kita terasa tiba-tiba sahaja seolah-olah tidak mengenali pasangan kita? Mengapa dia menjadi “manusia lain”? Seakan-akan kita belum pernah mengenalinya walaupun telah berumahtangga sekian lama. Jika kita pernah mengalami perasaan itu, jangan terkejut. Ia adalah perkara biasa. Bukan sesuatu yang luar biasa.
 Itu semua gara-gara warna sebenar (true colours) pasangan kita mula terserlah. Satu demi satu wataknya yang tersirat mula tersurat. Mengikut kajian pakar perkahwinan, hanya setelah usia lima tahun perkahwinan, barulah masing-masing (suami dan isteri) mengeluarkan semua sikap dan perangai mereka yang tersembunyi.
 Pernah kita baca di dada akhbar  bagaimana kelohan seorang isteri yang telah disimbah asid oleh suaminya. Katanya, “setelah tiga bulan berkahwin barulah saya sedar bahawa suami saya sebenarnya seorang yang panas baran.” Ironinya, mungkin pasangan itu telah bercinta (berpacaran) tiga tahun sebelum mereka berkahwin. Bayangkan, tiga tahun bercinta tanpa mengenal diri kekasih yang sebenar. Benarlah cinta itu buta.
 Cinta kerana nafsu memang buta. Kita dikelabui oleh daya tarikan fizikal sehingga tidak punya mata hati dan akal untuk mengenal siapa yang kita cintai dengan tepat dan betul. Selama tiga tahun bercinta mungkin yang kita ‘gunakan’ cuma nafsu dan emosi bukan fikiran dan hati. Al hasil, setelah tabir perkahwinan mula diangkat, tabir percintaan pun berlabuh. Realiti tidak seindah ilusi. Kenyataan berbeza sungguh daripada impian.   
Masa bercinta, warna sebenar – true colours pasangan kita tidak akan ketara. Dia boleh bermuka-muka dan rela mengikut selera, minat dan jalan hidup kita. Dan kita juga rela mengikut segala kehwendaknya. Kita dan dia mabuk cinta! Namun semakin lama berumah-tangga, maka semakin ketara kelemahan dan kekurangan. Apakah dia umpama bulan yang dipuja dikejauhan oleh Sang sastrawan tetapi botak dan berlopak di mata seorang angkasawan?
 Pada tahap ini, ramai yang mula menyesali diri. Mengapa dia yang ku pilih? Tanpa sedar bahawa pada masa yang sama, dia juga mungkin berbisik mengapa kita yang dipilihnya? Inilah bibit-bibit yang boleh meruntuhkan sebuah rumahtanga. Yang nekad, rela berpatah arang lalu menempuh jalan penceraian. Yang penakut, menunggu dengan resah memendam perasaan… tanpa ada lagi keceriaan.
Manusia adalah makhluk yang sentiasa berubah. Ia punya hati yang sangat konsisten untuk berbolak-balik. Bila hati berubah, fikiran dan tingkah laku juga akan berubah. Untuk kita mengenal manusia (termasuk pasangan kita) kita terpaksa mengenali perubahan itu. Ah, ini suatu yang sangat sukar. Masakan tidak, untuk mengenal hati sendiripun acapkali kita tidak mampu… inikan pula hati orang. Sukar diduga dan ditebak.
 Akibatnya, ramai orang yang berkahwin dengan orang yang ‘tidak dikenalinya’. Bukan rupa zahirnya tetapi wajah batinnya. Disangka permata, rupanya kaca. Cuaca rumah tangga mula berubah. Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Situasi inilah yang banyak berlaku dalam rumahtangga kini hingga menyebabkan (mengikut kajian) setiap lima belas minit berlaku satu penceraian!      
 Apakah cara mengenal manusia yang serba kompeks ini? Bagaimana menentukan dengan pasti bahawa pasangan yang bakal kita pilih itu baik orangnya? Ya, ada tiga cara:
 1. Jadi orang baik.
Maksudnya, kita sendiri cuba sedaya upaya menjadi orang yang baik, Insya-Allah kita akan dikurniakan orang yang baik sebagai pasangan hidup kita. Ini janji Allah. Menjadi orang yang baik perlu diutamakan berbanding ‘mencari’ orang yang baik. Ia lebih mudah kerana menjadi orang baik bermula dengan diri sendiri.
 Perlu diingat, janji mendapat pasangan yang baik bagi orang yang baik, bukan hanya berlaku pada awal perkahwinan. Mungkin pada awalnya pasangan orang yang baik itu belum begitu baik namun berkat didikannya, pergaulannya dan doanya maka pasangannya  itu berubah menjadi baik selepas mereka berkahwin.
 Jadi, jangan putus asa sekiranya pada awal perkahwinan kita lihat pasangan kita belum benar-benar baik seperti yang kita harapkan. Sebaliknya, teruskan usaha untuk menjadi orang yang baik sambil mendidik dan mendoakan pasangan kita itu. Ingat, setelah berkahwin dengan kita, pasangan kita itu adalah cerminan akhlak dan keperibadian kita. Siapa mereka sebelum berkahwin dengan kita kurang penting berbanding siapa mereka setelah berkahwin dengan kita. 
 Justeru, tidak kira siapa dia sebelum berkahwin dengan kita, tetapi sebagai suami atau isteri kita komited untuk merubah diri kita sendiri terlebih dahulu seiring usaha merubah dirinya. Jika kita tidak dapat apa yang kita suka, kita perlu suka dengan apa yang kita dapat. Caranya, ialah dengan merubah diri kita terlebih dahulu, dan insya-Allah perubahan itu akan merubah pasangan kita ke arah yang sama.   
 2. Ikut pilihan orang baik.
Ada orang yang menyerahkan hak membuat pilihan kepada orang-orang yang dianggapnya sangat baik dalam hidup ini. Mereka meminta ibu-bapa, ustaz-ustaz, ulama-ulama atau sesiapa sahaja yang dianggap baik untuk memilih jodoh buat mereka. Mereka pasrah dan menyerah sahaja. Tetapi dengan satu keyakinan: Orang yang baik pasti akan memilih orang yang baik sebagai pasangannya.
 Ibu-bapa, para ulama dan orang yang baik-baik sekali-kali tidak akan menganiayai kita dengan memilih orang yang ‘jahat’ sebagai pasangan hidup kita. Kaedah ini telah dipraktikan oleh anak-anak muda zaman dahulu yakni ketika nilai-nilai agama belum dicabar oleh nilai Barat yang kononnya menyanjung hak asasi manusia dan kebebasan bersuara.
 Pada pilihan orang yang baik, ada keberkatannya. Walaupun tidak ada cinta sebelum berkahwin, tetapi cinta selepas berkahwin jauh lebih suci dan indah. Cuba kita renungkan, betapa seringkali rumah tangga ibu-bapa yang berkahwin mengikut pilihan orang tuanya   lebih kekal dan harmoni berbanding rumah tangga anak-anaknya yang kononnya berkahwin atas dasar cinta.  
 Inilah kaedah yang dipraktikan oleh Zainab yang berkahwin dengan lelaki yang menjadi pilihan bapanya (Rasululllah saw). Zainab akur atas pilihan itu kerana yakin akan sifat kasih sayang, amanah dan kebijaksanaan ayahnya. Dia yakin hanya orang baik (Rasulullah saw) mampu mengenal orang baik dan memilih orang baik sebagai pasangan hidup anaknya.    
 Justeru, sekiranya kita terlalu sukar untuk mengenali seseorang secara tepat, maka serahkan sahaja tugas itu kepada orang yang lebih arif untuk mengenalnya. Jangan cuba membuat penilaian sendiri… Bermuzakarahlah dengan orang yang baik-baik dan dirikan solat istikharah – pinta petunjuk daripada Allah setelah pilihan itu diserahkan ke tangan kita. Tidak akan kecewa orang yang bermuzakarah dan beristikharah!
 3. Cintai Allah yang Maha Baik.
Kita tekad sahaja untuk mencintai Allah. Jangan pandang cinta manusia lagi. Buru cinta yang utama dan pertama (cinta Allah), insya-Allah cinta kedua, ketiga akan memburu kita. Apabila kita mencintai Allah, Allah akan mencintai kita dan bila Allah telah mencintai kita, semua orang yang mencintai Allah akan turut mencintai kita. Rasulullah saw telah bersabda: 
“Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: “Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!” Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: “Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia.” Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.” (Hadis Riwayat Bukhari)
 Untuk mencintai Allah, kita wajib mencintai Rasulullah saw. Antara langkah-langkah menyintai Rasulullah saw itu adalah dengan banyak berselawat kepadanya, menegakkan sunahnya, menziarahi makamnya dan lain-lain lagi. Ini adalah ubat yang mujarab bagi isteri yang dikecewakan sumai atau suami yang dipinggirkan oleh isteri. Jangan menagih cinta makhluk sampai kita derita dan sakit hati dibuatnya. Merajuk pada yang kasih, merayu pada yang sudi… Siapa lagi yang terus kasih dan sudi mencintai kita ketika semuanya telah berpaling kecuali Allah?
 Ya, burulah cinta itu.     Cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku, justeru tapak cinta itu di hati, bukan lagi di ‘body’. Biarlah cinta pasangan kita berubah (walaupun kita terus berdoa agar tidak begitu), tetapi kita tidak akan berubah daripada menyintai Allah.
 Yakinlah jika pasangan kita juga menyintai Allah, pasti dia dan kita akan disatukan-Nya semula. Jika tidak, relakanlah perpisahan itu. Jangan bersedih, kerana sesuatu yang tidak memanfaatkan pasti tidak boleh memudaratkan!