Monday, August 1, 2011

2 RAMADHAN


2 Ramadhan menghadirkan diri dengan membawa bersamanya jutaan rahmat dan infiniti pahala yang bertebaran


Sudah dua malam terawih berjalan. Saat-saat penuh syahdu tanpa bisikan halus yang mengajak melakukan maksiat.


Kita semua pelaku dosa kerana kita bukan maksum. Dan sebaik-baik pelaku dosa ialah mereka yang bertaubat sesudah sedar dari kesilapan. Taubat itu umpama pemadam yang menghapusbersihkan noda hitam dosa dan tidak meninggalkan sebarang bukti.


Ramadhan bulan terbaik untuk merenung kembali jejak yang tertinggal di jalanan 11 bulan qamari sebelumnya. Masa untuk kembali membetulkan arah tuju jalan jika seakan Allah bukan tujuan setiap perlakuan.


Ada satu hal yang kecil yang boleh merubah keseluruhan perjalanan hidup tersisa. Satu langkah sahaja cukup untuk merubah segalanya. Ada banyak perkara yang boleh merubah hati kita, namun takkan mampu mengubahnya jika kita tak pernah membenarkannya


Aku ingin menjadi mentari yang dengan sinarnya menyerlahkan wibawa dia. Meski malam masih berbakti, meminjam bias cahaya agar purnama mampu menjadi obor menyuluh jalan.


Mei 12, 2008

Segala yang dihasrat

tapi tak didapat

adalah nikmat
yang paling padat.


Aku merindukan mentari, dengan galak sinarnya mampu merekah tanah, mampu membakar sahara dan mencairkan rasa.
Aku merindukan angin, dengan bayunya menerobos sempadan rasa dan mendamaikan sekeping hati.


Dan aku merindukan dia, dengan sekuntum senyuman mampu membunuh segala derita bermukim di jiwa.

Terlebih, aku merindukan diriku, dengan hayunan keyakinan, mampu meruntuhkan segala ego. 


p/s : Aku melihat maruah yang diinjak-injak. Sejak bila manusia boleh menjadi Tuhan, menghakimi perlakuan tanpa sebaris kata maaf?

Sunday, July 31, 2011

ANDAI AKU DI RUMAH

Juadah untuk iftar yang mungkin
KUIH CARA
SIRA PISANG
PUTERI AYU
SERI MUKA
NEKBAT
AGAR-AGAR SANTAN aka BELDA
ONDE ONDE aka BUAH MELAKA
BUTIR NANGKA aka BADAK BERENDAM
KEPEK IDUNG aka PUTERI MANDI
AGAR-AGAR TEMBIKAI
KUIH ROS
KUIH ROTAN
KUIH KARAS

CEK MEK
AKOK
KUIH SIPUT
TEPUNG BOKO

1 RAMADHAN



1 Ramadhan di Kuantan. Insya Allah Ramdhan kali ini separuhnya di Kuantan dan bakinya di desa tercinta. Ramadhan di uiam setepatnya tanpa kafe dan tanpa pelajar jurusan lain yang bakal memulakan sesi September nanti. Dengan bekalan dompet yang semakin menipis pilihan apa yang masih tersisa selain cuba bersabar semampu mungkin.


10 Ramadhan pertama Rahmat.
10 Ramadhan pertengahan Maghfirah.
10 Ramadhan terakhir keselamatan dari Neraka.

Tiada lagi sang kreatif menggoda..saat masih terpesong arah, maka sedarlah diri...kita masih bertuhankan nafsu
Terawih di masjid Afzan IM dengan 2 orang hafiz diundang menjadi imam. Dengan tekad untuk tadabbur al-Quran semampu mungkin dan cuba mengkhatamkannya sebelum 1 Syawal.

Masa untuk muhasabah dan mulakan lembaran hidup yang lebih baik
Panas biar membakar dada
Dingin biar membeku rasa
Hadirmu membawa 1001 hikmah
Menawarkan malam lebih baik dari 1000 bulan
Menjanjikan ketenangan tanpa godaan syaitan


Ramadhan
Hadirmu membuka pintu dari pintu-pintu kejayaan
Menutup ruang kesengsaraan
Manawarkan terawih
Melipatgandakan pahala ibadah
Menyediakan ruang pembaikan diri

FASTABIQUL KHAIRAT!

A CHECKLIST FOR RAMADHAN

Source: http://www.iluvislam.com/english/islam/ramadhan/741-a-checklist-for-ramadhan.html

1. Ask Allah to enable you to reach Ramadan and to get the most out of it as the Salaf (early generation of pious people) used to do. 
2. Intend to fast every day with Iman and pure intention seeking the reward from Allah alone. The Prophet peace be upon him said, "Whoever fasts in Ramadan with Iman and seeking reward (from Allah) his past sins will be forgiven".(Bukhari)
3. Read the whole Qur'an at least once as the Prophet peace be upon him did.
4. Have Suhoor as the Prophet peace be upon him said, "Have Suhoor because it is blessed".
5. Make Du'a during the fast because the Prophet peace be upon him said that three people's supplication is not rejected one of them is the fasting person. Ask for the good of this life and the next for yourself, your family and Muslims in general.
6. Make Dua before opening the fast. The Prophet peace be upon him said, "The fasting person has a supplication that is answered when he opens his fast".
7. Give Sadaqah and be good to people. The Prophet peace be upon him was the most generous of people and he was most generous in Ramadan.
8. Avoid anything that diminishes the fast such as, lying, backbiting, cheating, getting angry. The Prophet peace be upon him said "Whoever does not give up false statements (i.e. telling lies), and evil deeds, and speaking bad words to others, Allah is not in need of his (fasting) leaving his food and drink." [Bukhari]
9. Do not eat too much after Iftar.
10. Ask for forgiveness since this is the month Allah frees people from the fire.
11. Pray At-Tarawih with Khushoo. If you pray in the Masjid complete the Salah with the Imam. If you pray at home prolong the Salah as long as you can. The Prophet peace be upon him said, "Whoever prays during Ramadan with Iman and seeking reward (from Allah) his past sins will be forgiven".
12. Feed the poor and invite others for Iftar. The Prophet peace be upon him said, "Whoever gives Iftar to someone fasting he will have the same reward without decreasing the reward of the person fasting".
13. Try harder the last ten nights especially the odd nights. The prophet would strive in Ramadan more than he would in any other month and more so in the last ten days.
14. Say this Dua in the nights that Laitul-Qadr is likely to fall on: Allhumma innaka afuwun tuhibbul-afwa fa'fu anni (O Allah you are Forgiving and love forgiveness so forgive me).
15. Ask Allah to accept all your good actions during this month.
"Oh you who believe, what is the matter with you that when you are asked to march forward in the cause of Allah you cling heavily to the earth. Are you pleased with the life of this world rather than the Hereafter but little is the enjoyment of the life of this world as compared with the Hereafter."
-Al Quran 9.3

 


SOALAN-SOALAN LAZIM TENTANG PERGIGIAN DAN PUASA

by Shahibul Afzan Wahab (http://azansubuhkhamis.blogspot.com)




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Di sini disertakan beberapa soalan-soalan lazim tentang rawatan pergigian dalam bulan Ramadhan, berserta jawapannya yang telah dirujuk daripada sumber-sumber yang dinyatakan. Diharap tulisan ini dapat membantu para doktor gigi, pelajar-pelajar pergigian dan sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan rawatan pergigian dalam bulan Ramadhan.

* * *
Soalan 1: Bolehkah kita mendapatkan rawatan gigi dalam bulan Ramadhan? tidakkah terbatal puasa kita?

Jawapan:

Dlm majmuk al-fatawa Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, cabut gigi tidak membatalkan puasa, selagi mana air di dalam mulut tidak ditelan. Begitu juga jika melakukan dental filling (tampalan), scaling (cuci gigi) dsb. (rujukan: سبعون مسألة في الصيام , Syaikh Salih Munajjid)

Sebagai langkah berjaga-jaga adalah disarankan supaya benda- benda yang terkumpul  ketika menjalani pemeriksaan dan rawatan pergigian seperti air liur, kahak atau darah hendaklah sentiasa dibuang atau disedut  dengan alat perubatan yang disediakan seperti  suction  (penyedut cecair iaitu alat untuk memindahkan cecair yang tidak diperlukan melalui satu tiub untuk dibuang). Rongga mulut juga hendaklah dibersihkan dengan air yang bersih. Ini bertujuan untuk mengelak dari tertelan air liurnya yang bercampur dengan darah kerana ia boleh mengakibatkan puasanya batal. (rujukan: http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2008/bil293.pdf)


* * *
Soalan 2: Apa hukumnya menerima ubat bius (local anaesthesia) semasa berpuasa?

Jawapan:

Dibolehkan. (rujukan: Puasa, Hikmah dan Hukum -Syeikh Dr. Abdul Majid Aziz az-Zindani)

Rujukan lain: "Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, pain killer dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa." (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226).


* * *
Soalan 3: Apakah hukum berkumur-kumur dengan cecair kumur ,contohnya Listerine ketika waktu berpuasa?

Jawapan:

Menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie adalah harus berkumur membersihkan mulut atau bersugi sebelum masuk waktu Zohor dan selepas waktu Zohor hukumnya adalah makruh. Ini adalah berdasarkan sebuah hadith di mana Nabi SAW bersabda yang maksudnya :

"Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah SWT dari bau kasturi."

Walaubagaimana pun Imam Nawawi berfatwa dengan tidak makruh membersihkan mulut sekalipun selepas masuk waktu Zohor kerana hadith tersebut bukan melarang membersihkan mulut, tetapi hanya menyatakan kelebihan orang yang berpuasa.

Atas pendapat Imam Nawawi ini tidaklah mengapa membersihkan mulut dengan ubat pencuci mulut atas orang yang sedang berpuasa.

(Dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dengan rujukan beliau Kitab Majmuk Imam Nawawi)


* * *
Soalan 4: Jika gigi sakit, adakah dibolehkan berbuka?

Jawapan:

Dalam ayat 185 surah al Baqarah (siapa yg sakit atau dalam perjalanan (lalu dia berbuka puasa), maka wajiblah diganti pada hari yang lain).

Menurut Syaikh al-Qardhawi, sakit yg dimaksudkan oleh ayat itu bukan semua jenis sakit, tetapi sakit yg dimaksudkan ialah sakit yg membawa mudharat dan menjadi bertambah mudharat jika dia terus berpuasa. Yang boleh menentukan tahap bahayanya tahap kemudharatan puasa ke atas pesakitnya ada dua cara: pertama, disahkan oleh doktor yang merawatnya yang amanah dgn kerjayanya, kedua: berdasarkan pengalaman atau keadaan si pesakit sendiri.

Menjadi tugas mereka yang terlibat dengan kerjaya perubatan menasihati pesakit mengenai status puasanya setelah melihat ujikaji dan keadaan pesakit.(rujukan :http://www.soaljawabpuasa.co.cc/ )


KESILAPAN KERAP MUSLIM DI RAMADHAN

oleh : Ust. Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman




Ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurangan perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1.       Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja 

(bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh As-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "Sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat Al-Bukhari)

2.       Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi S.A.W. malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi S.A.W. (Fath al-Bari, 4/138)

3.       Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : "dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

4.       Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih

Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

 Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keIslaman seseorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

5.       Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi S.A.W. bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
6.       Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. 

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu (samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

7.       Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.

 Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini

8.       Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9.       Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. 

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakati ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh).
(As-Siyam, DrMd'Uqlah, hlm 278)

10.   Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. 

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11.   Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

 Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi S.A.W. telah menyebut :- Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih) Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith. Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Thursday, July 28, 2011

TIDAK MAHU BERTANYA KEPADA TUHAN

Arthur Ashe, Seorang Pemain Tenis Legenda dan pemenang Wimbledon sedang mengalami masa-masa kritikal karena jangkitan AIDS yang dia dapatkan dari pemindahan darah sewaktu melakukan pembedahan di hatinya.Dia mendapatkan simpati dari seluruh peminatnya di seluruh dunia, dan salah satu surat yang dia terima berbunyi “Mengapa Tuhan memberikan kamu penyakit seburuk ini ?”.
Kemudian Arthur Ashe membalas suratnya :

“Di dunia ini — ada 50 juta kanak-kanak yang mulai belajar tenis, 5 juta yang belajar tenis secara rutin,

500.000 orang belajar secara profesional, 50.000 orang yang ikut pertandingan tenis,

5.000 di antaranya berhasil ke Grand Slam, 50 orang yang berhasil ke  Wimbledon,
4 orang yang ke semi final, 2 orang yang berhasil ke babak Final,

Ketika Saya merayakan kemenangan dan memegang Piala Wimbledon, SAYA TIDAK PERNAH BERTANYA KEPADA TUHAN, “MENGAPA SAYA” ?.

Dan hari ini walaupun sakit, SAYA TIDAK SEHARUSNYA BERTANYA KEPADA TUHAN, “MENGAPA SAYA” ?


TERNYATA HIDUP INI MUDAH

1.Ada seseorang ketika ingin melamar pekerjaan,ternampak kertas di lantai kemudian memungutnya dan membuangnya kedalam tong sampah.Hal tersebut ternampak oleh penemuramah pekerjaan,dan dia pun mendapatkan pekerjaan tersebut.

*Ternyata untuk memperolehi penghargaan itu cukup mudah,hanya dengan memelihara tabiat yang baik.

2.Ada seseorang menjadi pekerja di kedai basikal.Suatu hari ada seseorang mengantarkan basikal yang rosak untuk diperbaiki di kedai basikal tersebut.Setelah memperbaiki basikal tersebut,pekerja tadi juga membersihkan basikal tersebut hingga bersih mengkilat.rakan sekerja yang lain mentertawakan akan perbuatannya itu.keesokan hari,pemilik basikal tersebut mengambil basikalnya,dan pekerja tadi pun diambil bekerja dengan nya.

*Ternyata untuk menjadi orang yang berhasil itu cukup mudah,hanya dengan memiliki inisiatif sedikit.
3.Seorang budak berkata kepada ibunya:'Ibu hari ini kelihatan sangat cantik'.
Ibunya bertanya:'Mengapa?'.Budak tersebut menjawab:'kerana hari ini ibu tidak marah-marah'.

*Ternyata untuk menjadi cantik itu cukup mudah,hanya perlu tidak marah-marah.
4.Seorang Jurulatih bola berkata kepada muridnya:'Jika sebuah bola terjatuh kedalam semak,bagaimana cara mencarinya?'.
Ada yang menjawab:'cari mulai dari bagian tengah'.
Ada yang menjawab:'cari didalam bagian semak'.
Ada yang menjawab:'cari di bagian semak yang tinggi'.
Jurulatih memberi jawapan yang paling tepat:'setapak demi setapak,cari dari ujung semak sebelah sini hingga ujung semak sebelah sana'.

*Ternyata jalan menuju keberhasilan itu cukup mudah,hanya melakukan segala sesuatu setahap demi setahap secara berurutan,jangan melangkau.
 5.Seorang petani menyuruh anaknya setiap hari bekerja dengan rajin di ladang.kawannya berkata:'tidak perlu menyuruh anakmu bekerja dengan keras.tanamanmu tetap akan tumbuh subur'.Petani menjawab:'aku bukan sedang menyuburkan tanamanku,tapi aku sedang membina anakku.

*Ternyata membina seorang anak itu cukup mudah,hanya membiarkan dia rajin bekerja.
 
6.katak yang tinggal di sawah berkata kepada katak yang tinggal di tepi jalan:'Tempat tinggal mu terlalu berbahaya,tinggallah denganku'.katak di tepi jalan menjawab:'aku sudah biasa,malas untuk berpindah'.beberapa hari kemudian katak 'sawah' menjenguk katak 'tepi jalan',dan menemukan katak 'tepi jalan' tersebut mati dilindas kereta yang lalu.

*Ternyata cukup mudah mengengam nasib kita sendiri,hanya dengan menghindari rasa malas saja.
7.Ada segerombolan orang berjalan di padang pasir,semua berjalan dengan berat sangat menderita.Hanya seorang yang berjalan dengan penuh gembira.mereka bertanya:'mengapa engkau gembira?'.Dia menjawab sambil tertawa:'kerana barang yang kubawa hanya sedikit'.

*Ternyata untuk memperolehi kegembiraan itu cukup mudah,hanya tidak serakah dan secukupnya saja.You are what you think about. Beware of your mind.