Tuesday, March 1, 2011

BE GENTLE COZ U THREAD IN MY DREAM

Maaf, entri aku berserabut & caca merba, melambangkan kegawatan perasaan yang melanda saat ini.

Life is all about problem solving. Eg-masa aku keluar pergi sarapan kat Pak Lah Ahad lepas aku terjumpa dengan seseorang. Sebelum ini berjumpa hanya di mukabuku. Kali ini secara life.  
Tu sampingan je.

Topik utama ialah, semasa aku memecut untuk pulang ke UIA sesudah membeli Mingguan & Berita Minggu (bacaan sastera mingguan aku), aku dapati kelajuan STEP 125 aku tak sepadan dengan meter. Aku pulas minyak sampai 100km/h, tapi lajunya macam 60km/h je. Aku mengesyaki sesuatu tidak kena dengan tayar belakang skuterku.

Lantas, aku berhenti di pintu masuk UIA Kuantan dengan tujuan untuk mengesahkan perasaanku setelah motor agak ‘gelong’. Firasatku tak meleset. Tayar belakang kempis habis. OMG! Aku suruh Aimi (yang teman aku sarapan jam 730am) untuk balik ke Mahallah sementara aku ambil duit (oh, poketku kering, duit macam air musim tengkujuh, mengalir laju) dan aku balik berjalan kaki saja.

Ok. Setelah 2 malam menunggu, akhirnya dia datang untuk membaiki motorku. Uncle ni Cina, dia duk dekat je  dengan UIA. Setakat ni dah nak dekat 7,8 kali kot motor aku pancit, kejap tayar belakang, kejap tayar depan.

Dia kata: Kena paku k?
Aku jawab: Tak tahu la, tau-tau tayar gelong dan tengok-tengok dah bocor.

Dia kata: Tayar kena tukar ni, dah botak.
Aku jawab: Kalau tukar tiubless?

Dia kata: Tak boleh, kena tukar rim sekali. Dia tunjuk kat motor sebelah. Rim yang bentuk bintang 5 bucu, tak macam rim aku.
Aku jawab: Agak-agak berapa ye?

Dia kata: Mahal gak, dalam rm200++
Aku jawab: Oho! Kalau tukar tayar je?

Dia kata: Dalam rm60. Ni, kalau tukar tiub je, memang tak jalan. Dia tunjukkan etilogy kebocoran tayar. Ada paku-sebenarnya dawai sepanjang 1.5cm ukur lilit 0.7mm. Betapa ‘vulnerable’ nya tayar tu sampaikan yang macam ubat stapler tu pun boleh menyebabkan tiub bocor. Oho . Dan bukan satu ye. Ada dua.

Aku jawab: Tak pe la. Nanti saya pergi Sabtu petang ni. Nak tukar tayar dan nak tukar minyak hitam sekali. Abang aku dah pesan tukar setiap 2000km, sebelum ni setiap 1000km. Tukar minyak gear jugak. Soa agak-agak dekat rm 100 akan melayang Sabtu ni. Duit oh duit!

Dia kata: OK!
Aku jawab: TenQJ

Dan kami pun berpisah di malam yang hening setelah tayarku tak lagi kempis dan rm 16 bertukar tangan. Nasib baik tayar depan tak perlu tukar. Sebenarnya tayar tu patut kena tukar setiap 4 tahun (lebih kurang) la. So, jaga motor ni macam kena bagi nafkah la. Tapi minyak tak problem sangat. Aku isi penuh rm5 (dulu rm4 dah penuh-ron 95 j yea) dan boleh bertahan seminggu kalau hanya guna dalam UIA sahaja. Tapi kena servis la setiap masa & bersedia untuk hal-hal tiba-tiba seumpama pancit @ accident.  

Road tax jangan lupa renew-tugas aku remind abang aku bila road tax dah tamat tempoh. Abang aku akan balas ‘k’ dan dua tiga hari lepas tu dia akan mesej –rotex dah bayar. Aku balas ‘tq’. Dia balas ‘k’. Simple kan? Hehe harga skuter ni aku tak tau sebab time aku tanya abang aku balas: nak bayar k?

Aku terus senyap. Hehe.
Alamak, side mirror aku  belah kanan yang patah kena henjut dengan seseorang tu belum ditukar, tak mengapa, aku masih boleh hidup dengan satu side mirror. Nanti la. Lagipun kena keluar pergi kedai motor kat bandar, nanti la kalau aku rasa nak round bandar dengan motor, aku pergi tukar sekali. Duit oh duit!

Ok, habis cerita pasal motor. Cerita pasal requirement nak? Inilah perkataan yang menghantui setiap langkahku saat ini. Masa berjalan (nasib baik tak langgar tiang), masa mandi (ala-ala mandi tak basah ), masa makan (makan tak kenyang) dan masa tidur (tidur tak lena) kerana mengingatkan requirement.

Requirement kepada pelajaran (fardhu ain) dan juga requirement kepada Allah (setelah mengucap syahadah –perjanjian di alam roh).

Apa beza professional exam & promotional exam? Bezanya hanyalah pada nama kerana kalau anda (aku la tu) gagal dalam mana-mana subject bermakna tidak akan melangkah ke tahun seterusnya.

Untuk tahun 3 & 5 ada professional exam. Aku tahun 4 ada promotional exam. Apakah kelayakan untuk mengambil exam ni?
1.      Untuk subjek cons, kena cukupkan 70% requirement of all classes. Baru boleh ambil promo exam. Masa ialah 2jam 30min. Kena ambil gambar guna intraoral camera before cavity prep, cavity prep, lining & finishing.

Kriteria patient untuk exam-class 2 amalgam with adjacent & opposite. Jangan dalam sangat, nanti pulp expose, automatik fail. Kalau underfill pun automatik fail. Kalau yang lain-lain, tolak markah je. Kalau lebih masa pun fail juga ye. Jangan shallow sangat-nanti tak sesuai untuk amalgam, lebih sesuai untuk composite.
Masa buat exam, akan ditanya soalan seperti dental material & cavity design. Dan banyak lagi la.

Sekarang ni dah buat sistem baru. Anda tidak akan diberitahu fail atau tidak sehinggalah habis tahun 4 (after end block (yang tak semacam end block, tapi lebih kepada end year exam) awal bulan 4 ni.
2.      Untuk prostho kena siapkan 5 denture (termasuk at least sekali review) dan 3 lagi ongoing sebelum ambil exam.

Kriteria-final impression untuk lower edentulous. Special tray pun termasuk untuk exam.
3.      Last sekali oral surgery-cabut gigi bawah & belakang sebab kena bagi ID block. Kalau ID fail-huhu, fail lah exam. Takut! Soalan pun boleh tahan mencabar. Boleh tanya pasal technique, properties, instrument etc.
Ok. Kalau dah lepas promo, maknanya anda dipromoted ke tahun 5 kah? Belum, tu baru 3 subjek untuk promo-priority. Ada lagi subjek-subjek lain.

Contoh
1.      Perio-5 patient EnD, 5 case siap scaling, 8 gigi untuk root planing, 2 completed case.
2.      Paed-75% requirement. I got problem oho.
3.      Ortho –dah setel akhir block 3 hari tu. Aku dah cerita kan?
4.      Oral medicine-at least 5 patients..oho
5.      Research aku? Oho. Hardly find time to do. Kami free, supervisor pulak bz. Dia free, kami pulak bz, apatah lagi melibatkan patient. Kalau waktu petang, outpatient kurang, data collection terjejas la pula. Adoyai!

Ok. Setelah meyiapkan segala benda yang tersebut di atas, arakian maka anda akan menduduki end block end year exam. Adakah 8 subjeks dalam 4 hari seperti block 3 jua? Sama-samalah kita nantikannya. Semenjak aku masuk tahun 3, exam bukan suatu perkara yang penting. Requirement dah menjadi beban yang menghantui lebih teruk daripada stress exam 2 papers satu hari. Oho!
Teringat muka monyok junior masa aku makan petang kat Zuzana sambil menonton sinetron.
“Kak, ada 2 subject esok”. Katanya lesu dengan muka sedih.
“Alah, ada lagi benda yang lebih teruk dari exam. Exam tu apalah sangat! Oho”
Ok. Itu requirement kepada study. Sekarang kita beralih kepada requirement kepada Allah. Jangan disebabkan malam tu kita berjaga, subuh kita jadi subuh gajah. Jangan disebabkan nak kejar masa lab tutup pukul 6pm, usai klinik jam 5pm, kita ketepikan solat dan ke lab dulu seterusnya solat Asar 630pm.

Jangan disebabkan esok ada 2 subjek, kita lewatkan solat demi menghadap buku. Ingatlah kalau kita jaga hubungan dengan Allah, Allah takkan lupakan kita. Mahukah kita cemerlang, tapi hidup tak berkat?
Luang-luangkan masa untuk ikuti talk. UIA ni banyak talk, kita perlu juga baja diri dengan tazkirah, santapan rohani dan juga mendalami ilmu agama.

Life is all about problem solving


Ni tema aku untuk entri panjang yang seakan membebel-lebih kepada menggantikan percakapan. Ya, perempuan kouta cakap dia lebih dari lelaki.
Diceritakan bahawa suatu pagi saat aku mahu menyiapkan slide untuk presentation paed, maka laptop aku tidak mahu bernyawa. Tahulah aku bahawa adapter charger aku telah membuat perangai. Universal charger tu dah 2x aku tukar adapter dia. Tiada lagi adapter yang sepadan untuk ditukar-tuakr. Dan perut aku pun memulas mulas, ditemani pula kepeningan yang amat.

1st presenter untuk journal presentation-paed. Jadi, tak boleh nak bayang format macam mana. Aku dah lepas present paed (1st tajuk-LA for child-instrument & technique), cons seminar (zirconia as in crown), oral radiology seminar (bone d/s), Oral medicine (oral manifestation of systemic d/s) dan yang masih berbaki ialah seminar perio-23march ni.
Ok. Aku tak boleh kalut. Aku pinjam laptop roomate untuk menyiapkan seminar cons di pagi Khamis yang berbahagia dan petangnya ke kedai untuk beli charger-bukan yang ori, tapi tak ada adapter macam universal charger. Kalau problem juga, terpaksa aku beli yang ori-dalam rm200++.

Lagi?
Cerita pasal oral surgery. (cabut gigi). Requirement untuk 4th year ialah 25 batang gigi, 4 assistant MOS dan 1 operator. Aku perlukan lagi 1 batang gigi dan sekali jadi assistant MOS tamatkan year 4, tapi dah boleh ambil exam sebab dah lebih 75%. Disebabkan patient aku tak leh datang, maka aku terpaksa tangguh lagi exam.

1st time buat MOS. Removal of partially erupted 38. Patient ada pericoronitis (repeated episode), so ada indication untuk cabut. Aku suruh dia jumpa Dr Jumaat dan ambil OPG sekali, terus transfer masuk folder aku (kami guna digital xray). Aku copy dan study xray tu weekend-mesioangular dan terletak cantik di bawah akarnya ID canal. Oho! Dr prescribe a/b & analgesics.

Terangkan prosedur & complication kat patient. Ambil consent dulu. Prepare barang-barang. Scrub tangan –kalau ikut Dr Roslan, kena guna sterile glove, ye la, buat surgery kan, walaupun minor.
Aku bagi ID block ¾ cartridge dan bakinya untuk lingual nerve. Kemudian, dah kebas bibir & lidah, bagi infiltration long buccal half cartridge.
Buat incision guna scalpel 15-distal extension following ridge about 1cm, then interdental papilla 37 buccal side (jangan kacau lingual, takut injured lingual nerve yea) sampai mid 37 terus ke sulcus. Kemudian, guna periosteal elevator untuk elevate full thickness mucoperiosteal flap. Ni perlukan tenaga yang banyak. Aku sampai berpeluh (padahal air cond tak ada hari tu..he).  Lapik  gauze tau, takut terlajak, injured kat buccal mucosa.

Kemudian remove buccal bone sampai CEJ. Kira dah boleh grab la. Guna straight handpiece tanpa air dan angin untuk mengelakkan surgical emphysema & air emboli. Bahaya! Jangan lupa irrigate dengan normal saline lepas remove bone. Kemudian elevate guna Coupland & aku guna forcep untuk grab. Teng! dah keluar sebijik gigi. Aku pun menyambutnya dengan senyum.

Dah habis? Belum. Kena smoothen bone yang kita remove tadi guna bone file & guna tactile (jari) untuk rasa smooth tu. Irrigate & pastikan tak ada foreign body dalam socket. Kemudian suture guna needle 3-0 dan non resorbable material. Kena remove dalam masa seminggu suture tu, aku buat 4 suture-interrupted.

Disebabkan effect anaesthetic tu wear off dalam masa 2 jam, masa aku nak suture, air mata patient aku dah mengalir. So, tambah lagi LA macam tadi.
Kemudian prescribe analgesic-diclofenac, anti inflammatory-ranitidine & a/b amoxycillin. Kemudian bagi post op. Apa-apa mesej akak ye. Hehe. K.Safi bagi MC 1 hari je, kalau rasa sakit lagi esok, nanti k.safi tambah MC yea.

Okeh. Tu baru sebiji gigi. Mahukah dia untuk membuang sebelah kiri pula? Kita tengok ye.  Hehe. Prosedur ni kalau buat kat luar rm 250, tapi kalau di sini, free je, tak mahukah anda? Oho
Ok. Sekarang cerita prostho. Tadi aku buat final impression untuk complete denture upper & lower. Dah lama tak buat complete, asyik partial je. Upper, special tray pun dah retentive, so, tambah sikit je green sticky wax & terus ambil impression guna ZOE. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Patient aku ni sangat compliance, aku mintak datang 1115am, 11am dah tercongok di luar.

Lower, aku kena guna neutral zone technique sebab negative ridge. Impression boleh je retentive, tapi kena tambah satu sesi lepas MMR. Lambat la sikit boleh issue.
Aku belajar lagi satu benda last session. Masa try in untuk partial, guna articulating paper dan suruh patient gigit tempat ada gigi, kalau paper tu retain, susunan gigi tu ok la. If not, kena adjust lagi. Patient tu untuk immediate denture. Maknanya, time kita issue, kita cabut gigi tu.
Ok. Dah habis cerita klinik yea.
Jadi junior ni sangat untung. Mereka dah lihat apa yang akan berlaku untuk tahun mendatang. Aku sambil treat patient (junior yang jadi patient aku), sambil cerita apa yang berlaku, jadi mereka dah dapat gambaran untuk tahun mendatang.

Macam yang aku buat MOS tu, kan drill bone, memang bunyi dia ‘tak sedap’ la. Tau apa dia fikir? Nanti saya nak buat kat patient macam ni juga. Alahai! Ni lah kalau jadi dental student, tak fikir sakit dah. Hehe. Terima kasih banyak-banyak buat dia yang sudi jadi patient aku. J
Nak cerita tahun 3 sekarang sikit. Sekarang musim kelam kabut untuk menghabiskan requirement. Step untuk naik ke tahun 4 ialah 30% requirement. Dah lepas, kena lulus exam General medicine General Surgery pula. Dah lepas, kena lulus Pro Oral patho pula. Setelah itu barulah boleh melangkah ke tahun 4 yea. Oho.

So, siapa kata dentistry lagi mudah dari medic angkat tangan? Bukan nak membandingkan, just nak bagi gambaran sebenar langkah-langkah menjawat jawatan seorang Dr Gigi. Aka Dentist. Tak mudah, penuh ranjau yea.

Dentistry is all about blood, tear, sweat & saliva!

Untuk adik-adik yang baca ni, rajin-rajinlah tanya senior untuk planning supaya anda tak kelam kabut hujung block4. Kami perintis, tiada senior untuk memberi tunjuk ajar. Anda punya senior, gunakan kesempatan untuk bertanya segala-galanya. Kami berbesar hati demi melihat adik-adik tidak mengulangi kesilapan yang pernah kami lakukan semasa bertatih untuk sampai ke tingkat ini.

Wassalam.
Ya Allah permudahkan dan beri hidayah kepada kami semua.



No comments: