BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 10, 2009

PUZZLE OF AKSARA

Sesekali perlu juga kita memeriksa hati atau bahasa mudahnya muhasabah diri-padahal wajib tiap-tiap hari. Namun, kesibukan benar-benar sangat mencuri masa untuk berhenti sejenak. Saat begini, saat baru lepas ujian memang saat yang sesuai untuk merungkai serabut tali masalah yang sekian lama mengheret aku kemas tersepit padanya.

Menjadi seorang pelajar yang bukannya genius sangat adakah cukup membebankan? Itu soalan untuk diri sendiri. Entahlah, kadang-kadang motivasi aku seakan tangga atau eskeletor atau lif yang sedang dibaiki. Boleh agak kan? Graf turun naik yang tidak menentu dan emosi menguasai raasional yang semakin menipis.

Ok lah. Aku sangat rajin untuk bercerita tentang kelas hari ini. Buat pertama kalinya dalam sejarah aku bertanyakan soalan kepada pensyarah-satu keberanian dan tanda tidak tidur dalam kelas yang cukup maju bagiku. Petang-ada lab prostho-hari ini buat cast untuk full dan partial denture. Jadi aku akan ada:

8 casts =4 dentated +4 edentulous @
4 dibuat daripada Plaster of Paris + 4 stone yang warna hijau.

Tadi aku ambil peluang ambil PoP untuk mount teeth sebab class 1 cavity preparation aku masih tak siap. Aku gugup sangat hari tu sampaikan lupa untuk tukar fissure bur lepas buat penetration guna round bur-kedua-duanya dibuat daripada diamond khas untuk memecahkan ketulan degil enamel yang merupakan tulang terkeras dalam badan. Jadi, semua gigi aku –premolar dan molar dah tak boleh diguna. Nasib baik aku ada lagi sound teeth yang tak guna. Alahai, teknikal yang aku paling tak suka tapi lepas ni aku kena menghadap hari-hari sebab nak jadi clinician.

Kepada yang tak faham maaflah, aku dah cuba guna sebanyak mungkin laymen term, tapi untuk yang nak jadi dentist boleh contact aku, kita sembang panjang-panjang. Hehe

Lepas tu, aku diajar untuk ambil buat special tray, khas untuk ambil final impression untuk fully edentulous patient. Tapi, sebab tak cukup bahan, tak boleh buat lagi la. Just buat spacer guna wax yang warna pink tu. Kemudian, aku terpaksa sambung buat dentate cast yang dua tu sebab dentate cast yang aku dah buat ada bubble, tak cermat betul masa buat. Then, homework aku hari ini ialah buat spacer kat dua casts tu.Esok mungkin kena buat cavity preparation atas phantom head. 1st time ni, takut dan berdebar-debar jugak la.

Hari ini, aku tinggalkan KBY3936 aku kat bilik, so pergi kelas guna CBA…. Je. Lepas itu adalah astu kejadian yang membuatkan mood aku untuk sepanjang hari yang berbahagia ini spoil. Sebaik saja kami melintasi lot parking aku perasan Dr Bo baru je keluar dari kereta dia dan memandang kami dengan suatu macam pandangan je. Dan sebaik saja Nisa selamat parking kereta tu, Dr Bo terus je ketuk pintu kereta sebelah aku dan dengan kasarnya dia membuka pintu yang tak dikunci tu:

Dr Bo: Why don’t you use that seatbelt?
Safi: A..a
Dr Bo: You all are hopeless!!!
Nisa: Nobody ever tell me that I’m hopeless
Then, today becomes a hopeless day to begin with.

In addition, we don’t know the arrangement for using the clinics. And a very short notice came. Group A will do that in the morning and group B in the evening. How come group B always behind. Sincerely, I’m not satisfied and it will be better if we rotate.

Saturday, February 7, 2009

SABTU YANG TERINDAH




Saturday-7 February 2009

6 Feb, sebaik saja selepas exam saat jam 1030am, terasa bebanan yang menimbun jadi ringan serta merta. Cuti dua hari-cuti terpanjang yang kami boleh dapat akan saya gunakan sepenuhnya untuk berehat dan menenangkan segala celaru yang beraja di fikiran. Namun saat ke pasar malam bersama teman sekamar saat tahun satu dulu, dia menanyakan kesudian saya untuk menjadi Fasilitator (faci) keesokan hari untuk pelajar SR Indera mahkota Utama-pelajar tahun lima dan enam. Memandangkan saya tiada perancangan apa-apa dan sudah lama juga tidak menjadi fasi, saya mengiakan saja.

Dan, hari Sabtu saya jadi lebih bermakna daripada sekadar menonton cerita atau tidur! Bermula dari jam 8am hingga jam 6pm saya jadi pening-pening lalat kerana menahan kantuk. Masakan tidak, induksi malam itu berakhir hampir jam 1am dan saya hanya dapat melelapkan mata sesudah jarum jam berdetik dua kali, setelah menyiapkan kelengkapan untuk dibawa keesokan hari.

Ini kali ke-3 sebenarnya saya menjadi fasi setelah menjadi ahli faci Team IIUM. Kali pertama untuk pelajar PMR SMK Panglima Perang, kali ke-2 unutk pelajar SPM SM Abr Rahman Talib dan kali ini untuk pelajar UPSR SKIM Utama. Mari kita lihat apakah yang terjadi sepanjang hari bersama 7 adik-adik yang ceria dan saya bersama partner-pelajar 1st CTS.

Dikatakan sekolah ini ialah antara sekolah cemerlang di Kuantan. Melihat penampilan pelajarnya-Pengawas sekolah yang memakai baju pink dan berkot hitam, Pengawas Perpustakaan yang kemas dengan warna ungu berblazer dan murid-muridnya yang ceria dan bersemangat saya jadi sungguh teruja.

Mereka ini sunggguh dewasa dan mesra teknologi. Masakan tidak, seawal umur 12 tahun sudah dilengkapi telefon bimbit dan kamera digital yang canggih membuatkan saya kadang-kadang terlupa mereka ialah murid sekolah rendah. Alahai kanak-kanak sekarang-sungguh ke depan.


Pengajaran untuk diri:
1- Kanak-kanak pun dah tau pasal isu Palestin, takkan tahap sensitiviti masih terawang

2-Bangun awal subuh dan jangan tidur selepas subuh jika tidak mahu rezeki anda berterbangan lari. malulah sikit kat budak-budak

3- Equipped yourself with any type of knowledge.

Kami mengajar mereka membuka majlis dengan al-Fatihah dan menutupnya dengan al-asr dan tasbih kiffarah-sungguh sayu saat saya mendengar mereka mebacanya beramai-ramai. Kanak-kanak seperti inilah yang diperlukan untuk memimpin negara masa akan datang. Juga membaca doa makan dan bermain bersama seolah saya sedang melayan adik-adik sendiri.

Lagi satu yang ingin saya kongsikan di sini ialah tentang keagamaan yang masih mekar dalam jiwa mereka. Saat ditanya apakah perkara yang akan mereka lakukan selepas balik dari Kem Motivasi ini, ada peserta yang menjawab solat lima waktu.


Dan, saya sungguh gembira menjadi fasi hari ini walaupun agak letih sedangkan pelajar-pelajar SKIM Utama tak pernah merungut mengantuk-sentiasa kelihatan bersemangat. Dan saya yakin mereka mampu cemerlang dalam peperiksaan nanti kerana mereka pelajar yang sungguh berazam. Buktinya saat saya meminta mereka menulis apa yang akan mereka lakukan jika tidak hadir ke Kem Motivasi ini, hampir semua mereka menulis membaca dan menyiapkan kerja sekolah.

Saya benar-benar belajar sesuatu daripada mereka.

KENANGAN SEPANJANG EXAM


Musim peperiksaan ialah masa yang panjang untuk saya bereksperimen dengan diri sendiri. Masakan tidak-5 hari untuk 7 paper dan 8 subjek : bisa bikin kepalaku pusing deh.

Exam kali ini agak tidak banyak kesan untuk kesihatan diri memandangkan migrain saya memilih untuk tidak memunculkan diri melainkan pada malam kertas terakhir saja-yang menyebabkan peluru sesat dan logik saya membidik setiap inci soalan yang tertera.
Exam kali ini-seperti biasa bacaan saya bukan ialah kerana exam, saya membaca atas permintaan teman yang beria-ia inginkan saya bercerita padanya.

Contoh:
1- Bersungguh-sungguh benar saya mengkaji mekanisme hypersensitivity hanya kerana Liyana mahukan saya menerangkan topik itu padanya hingga saya sanggup mengorbankan waktu tidur tengah hari saya-bukan calang-calang orang yang mampu menahan saya daripada tidur tengahari.

2- Mazni yang asyik bertanyakan bilakah nota compare & contrast antara spesis mikroorganisma menyebabkan saya bersungguh-sungguh benar menyiapkan nota itu.

3- Nisa yang tak sanggup melayan 'One Piece' yang mencuri masa bacaannya untuk exam meminta untuk belajar bersama-sama saya-dia berjaya menyebabkan saya menghentikan kegiatan bermain games dan menonton cerita. Juga kami bergilir-gilir antara tidur dan bangun untuk melayan buku.

4- Juga Kma yang tak henti-henti bertanyakan bilakan saya mahu bangun memandangkan saya tidur selepas zuhur dengan lena ynag teramat-malangnya saya hanya bangun saat hampir mencecah asar-tabiat tidur memang tak boleh dikikis walaupun esok exam Pro sekalipun

Liyana: Safi, nanti terangkan Immuno kat Yana eh
Mazni: Safi, nanti siap note Microb, oyak deh
Nisa: Safi, aku nak study dengan kau eh
Kma : Safi, bila nak bangun?

In a nutshell, being surrounded by brilliant friens make myself move forward even I have no intention to do that. Thank my dearie, you make my life colourful.

Monday, February 2, 2009

MEMILIH-TERPILIH-DIPILIH




WELCOME TO MILITARY OF DENTISTRY

Kata seorang teman (terima kasih kerana mengganggu lena saya), ini jalan yang dipilih, terima seadanya. Bisik seorang teman lagi, Allah yang memilih saya jadi 5 antara 10 yang ditemuduga. Bisik nurani sendiri, saya yang dipilih Allah kerana hanya seorang saja pensyarah saya yang bermati-matian mahukan saya walaupun yang lain menentang. Saya juga memilih untuk ditemuduga untuk tukar daripada jurusan biomedic dan seorang rakan rakan saya menangis kerana dia yang benar-benar hendakkan jurusan ini tidak terpilih dan saya yang pergi dengan niat main-main dipilih. Insya Allah, akan ada rahsia dan hikmah di sebalik semua ini.

Semalam sewaktu membelek ruangan surat pembaca di akhbar semalam, saya tersenyum sendiri melihat rintihan seorang pelajar perubatan UM. Dia merungut tentang dua perkara: biasiswa yang masih tak masuk-masuk dan cuti yang jarang-jarang ada. Saya tiada masalah tentang biasiswa dan saya rasa pelajar perubatan di sini juga tiada masalah dengan cuti. Tapi saya yang bermasalah dengan cuti. Tapi, saya sekarang cuba belajar menerima kebenaran kata-kata ini:

Berakit-rakit ke hulu, bersenang-senang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu , bersenang-senang kemudian

Dan saya belajar untuk bersyukur kerana bakal tiada masalah di alam pekerjaan sebaik tamat belajar nanti.

Apa yang saya paling suka tentang jurusan ialah ialah kesibukannya dan banyaknya ujian dan peperiksaan. Baru saya tahu satu rahsia ini:

Kesibukan ialah peluang dan ruang untuk saya memenuhi ruangan kosong yang selama ini jarang diperhatikan. Contohnya, musim peperiksaan ialah musim saya membanyakkan masa untuk tidur, main game dan menonton filem yang tak sempat ditonton semasa musim kelas biasa 8am-5pm.

Juga musim saya diserbu idea-idea yang bercabang-cabang dalam minda terutamanya masa sedang menduduki ujian. Contoh terdekat ialah semalam. Sambil-sambil mendengar nukilan saya yang disiarkan di IKIM, saya mengumpul idea secara rawak dan tadi dalam 'bored to death' tunggu habis masa ujian saya rasa macam nak praktik je apa yang pernah saya buat masa exam SPM: Membuat satu cerita pendek dan beberapa sajak atas kertas soalan.

Tapi, disebabkan kami tidak dibenarkan membawa keluar kertas soalan saya hanya menyimpan dalam 'hard disk cerebrum' saja.

Satu lagi idea yang terlintas masa exam tadi ialah:

Bagaimana kalau pensyarah lebih rajin daripada pelajar-pelajarnya. Kemungkinan-kemungkinan yang relevan dengan 'hanya yang tahu akan mengerti' :

1. Cuti-cuti jadi beku tanpa suhu -20 degree celsius
2. Exam tiba-tiba jad berturut-turut dengan 'short notice'-seminggu sebelum exam baru dapat tau
3. Jangan memandai-mandai beli tiket 2pm hari Jumaat saat anda melihat dalam jadual kelas tamat jam 1130am sebab hari Selase (3 hari sebelum tu) anda akan diberitahu kelas akan habis jam 6pm.
4. Jangan balik masa 'revision day' terutama jika sebelumnya cuti Tahun Baru Cina sebab akan akan pening memikirkan bagaimana untuk menarikan 'tarian singa'
5. Dengar kata Pahang tak ambil Thaipusam Isnin ni, so sesiapa yang pandai-pandai buat cuti sendiri, bersedia untuk jadi 'kavadi bearer'