Hari ini hari Rabu. Rutin saya menghantar nukilan ke IKIM setiap Selasa sudah lama terhenti, terjepit antara kesibukan sebagai seorang pelajar dan ketandusan idea untuk dipersembahkan. Hari ni kelas bermula jam lapan. Saya tidur semalam seusai saja solat Isya’ dan bangkit sesudah azan Subuh berkumandang.
Tidur itu sebenarnya sambungan tidur hampir Maghrib, rutin tidak elok yang makin menjengah akhir-akhir ini. Jam 9pm sudah diulit mimpi dan tersedar hampir jam 11pm saat suara ‘penggoncang’-sahabat saya yang punya vocal soprano masuk ke bilik dan membebel kerana saya dan teman sekamar tidur tanpa mengunci pintu.
Namun, saya terus menyambung tidur. Terjaga pulak jam 330am dan 515am, namun saya amat letih untuk melempar selimut yang membaluti tubuh. Letih fizikal dan letih mental. Niat saya untuk membuat clasp untuk partial denture terbantut lagi. Aduh, blockout pun belum siap lagi.
Bangkit mandi, solat dan tolong menjemur pakaian seorang teman. Sesudah solat, bacaan Ma’thurat sambil menggosak pakaian saya teruskan. Dan saya jadi orang pertama tiba di klinik saat jam lima minit lagi hampir 8am bersama DSA-K Ima-esok kita rempit lagi yea..hehe.
Hari ini cavity preparation class 3-gigi 12-labial approach dan 33-lingual approach. Computer saya bersama teman seisland-K Afzan, K Umme dan Rehe masih belum berfungsi. Rehe menumpang computer Zaf dan K Afzan menumpang computer Hajarhanim. Saya dan K Umme seperti biasa ‘menyibuk’ dalam bilik demo.
Untung juga difikirkan sebab kami boleh melihat secara langsung apa yang didemokan berbanding pelajar lain melalui skrin di kubikel masing-masing.
Dr lain tiada-ta’ruf staff di Gombak. Jadi Dr Shaw Fe Kar yang akan bagi demo. Dua demo dalam sejam lebih. Saya melihat lenguhnya tangan A.Hisyam memegang kamera tanpa penggunaan intraoral camera. Biasanya kalau demo dibuat oleh Dr Kais penggunaan intraoral camera diselangselikan dengan video cam. Semalam Jeti Pulau Perhentian (technician dari Flipina) yang pegang.
Hari ini Dr Bo turun padang dan dia berjaya menangkap beberapa pelajar yang buat kerja lain semasa demo eg study,kemas rak, siapkan cavity dan paling penting tidur..hehe.
Dan katanya: Kita patut pasang cctv atau broadcast secara radio-menyeluruh namun saya membantah.
Kata saya: Cara headset dah cukup jelas, tapi kadang-kadang dengar tanpa interaksi amat mudah untuk mata layu dan seterusnya membuat kerja-kerja lain.
Dan saat demo habis jam 945am, saya kembali ke kubikel 37 dan hanya mampu membuat approach untuk 12 sahaja. Yang lain sambung petang nanti.
Jam 1030am-kelas Dr Than Than Aye-pathology. Saya sukakannya-sangat mudah difahami.
Hampir 12 tengahari selepas menjawab problem based learning-PBL, kelas tamat. Saya teramat lapar dan kepala terasa berpusing.
Sesudah saya makan, 2 biji Ponstan saya telan dan sesudah saja solat Zohor saya terlentang lena. Saat jam hampir 2pm suara teman sekamar mengejutkan. Tergopoh-gapah saya bersiap dan sampai di klinik 2++pm. Agak terlewat berdasarkan prinsip saya yang akan berada di kelas suku jam sebelum kelas bermula.
Masa makan tengah hari sakit kepala amat melemahkan. Hampir saja saya tidak pergi ke kelas, tapi memikirkan bila lagi saya nak siapkan dua cavity menyebabkan saya memaksa diri tidak melayan rasa yang makin menjadi-jadi.
Masa makan tadi, sengaja saya letak sambal banyak-banyak untuk counter rasa sakit kepala yang menyucuk-nyucuk. Aduh, saya sudah jadi semacam Dr House yang sengaja mencederakan dirinya untuk membolehkan dia ignore sebentar sakit dadanya.
Saya mulakan dengan Bismillah dan menyambung kerja tadi. Kali ini Dr KB yang memantau cavity prep. Agak susah untuk lulus tapi saya suka caranya, agak perfectionist orangnya.
Teringat dulu saya memang anti ‘perfectionist’ person. Tapi sekarang baru saya sedar orang begini adalah criteria untuk menjadi seorang dentist yang baik. Masakan tidak, harus deal dengan ukuran 0.5mm hingga 2.5 mm-suatu angka yang tak pernah terjangka akan saya terlibat dalamnya.
Saya mulakan dengan 33. Berpuluh keping gambar diambil dengan intraoral kamera untuk menyiapkan sebuah cavity. Saya mesti belajar bagaimana mengambil gambar yang baik kerana selepas ini tiada lagi manual evaluation.
Semuanya akan dinilai berdasarkan gambar yang dihantar ke server dan semua pelajar lain berpeluang melihat dan membuat komen. Berulang kali saya smoothen pulpal floor menggunakan low speed (tidak perlu guna air jika guna low speed handpiece) sebelum cavity itu lulus.
Kemudian dycal digunakan sebagai base atas pulpal floor-pastikan tiada excess kat wall. Dan GIC digunakan sebagai base atas dycal. Saya lebih suka mengunakan GIC berbanding zinc polycarboxylate cement yang agak sukar untuk melekat atas frasaco tooth.
Dan itulah hasil kerja saya selama hampir 3 jam tanpa sempat restore menggunakan composite. 12 pulak belum sempat evaluate. Apapun rasanya inilah pertama kali saya puas hati hadir ke kelas optec (operative technique).
Seronok rasanya melihat cavity dan restoration yang dibuat begitu kemas dan smooth. Dan 3 jam tiada langsung tekanan yang dirasa apatah lagi dibumbui semangat dan nasihat Dr KB yang sungguh professional hingga mampu membuatkan saya melupakan seketika sakit kepala.
Untuk mengelakkan tidur sesudah Asar, saya ke Kuliyyah of Medicine dan solat di situ sebelum singgah di maktabah untuk membaca akhbar dan melayari internet. Tiba-tiba teringat rakan yang tewas dengan cinta friendster. Kuasamu internet mampu menewaskan daya fikir insan. Moga saya dijauhkan!
Ok. Itu kisah kelas. Dan sekarang kisah sendiri.
Ada beberapa teori hasil perbincangan dengan seorang ‘pakar homeopati’ semasa kelas Patho (sempat lagi berbual dalam kelas).
Ikuti kisah ini dulu
Dia: Hello, anybody home? I smell exam paper, so I just come.
Aku: Oh! But I’m not in tense condition yet, how come you enter my life haphazardly! (Angry sound)
Dia: ???
Teori-teori yang menunggu untuk saya bereksperimen dengannya
Saya: Setiap kali dekat-dekat exam mesti saya sakit kepala walaupun saya tidak lah tertekan sangat, kenapa ye?
Teman: Begini, sepatutnya dekat exam, seseorang mesti rasa tertekan. Oleh sebab Safi tak rasa tertekan sangat, rasa itu sebenarnya ada dalam diri Safi. Jadi rasa itu manifestasikan dirinya dan keluar sebagai rasa sakit kepala.
Saya: Jadi, untuk mengelakkan rasa sakit, saya mesti tertekan??
Teman: Haha…contohnya begini, seseorang menghalang keluarnya jerawat. Jadi, dia mengambil ubat jerawat. Justeru jerawat tidak keluar tapi manifestasikan dirinya mungkin sebagai sakit kulit di tangan. Mengikut homeopati, ada ubat untuk membolehkan rasa itu manifestasikan dirinya dengan cara lain. Mungkin boleh ambil spirulina.
Saya: Saya kurang sikit dengan spirulina.
Teman: Apa-apapun kena zikir banyak-banyak untuk betulkan aliran darah dan dapatkan balik chi (tenaga yang betul)
Saya : Kembali kepada rawatan secara ruhi setelah beberapa lama menggunakan pharmacologic (ubat-ubatan) nampaknya!
Balik ke bilik hampir 630pm dan makan malam ialah bihun sup ditemani mocha ice-blanded. Kakak saya di Alexandria menelefon dan bersembang hampir sejam yang ditamatkan dengan azan Maghrib.
Hari ini genap 40 hari abah kembali ke alam kekal. Malam Jumaat ini ada bacaan tahlil, tapi saya terpaksa mengecualikan diri. Hambatan tugas sebagai penuntut ternyata banyak mencuri waktu saya untuk beberapa aktiviti family. Dan ini jalan yang dipilih dan telah Ilahi tetapkan, saya harus kuatkan tekad dan tetapkan pendirian.
Paling penting sikap mudah putus asa yang semacam menghantui diri mesti disingkirkan.
Usaha eskeletor kejayaan.
Dan ini yang saya pegang kebelakangan ini:
Kita mesti mempunyai keyakinan untuk bahagia di hari esok kerana tanpa keyakinan kita akan mati sebelum mati.
Friday, April 24, 2009
HANYA YANG TAHU AKAN MENGERTI
by SaFiy iSkandAr at 6:40 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


4 respons:
bak kata org indon..."semangat!!!!"
we will be a great dentist..=D
gud luck exam.....
salam
i cant understand certain words
anyway, dramatis..
touching
sis!cayok2
hopefully,u can describe a little big abut dean of kuliyyah of dentistry..
i also copy a few pic of kulliyah building..ijinkan ku..
very excited to go there
sis..bile masa study?asyik tido je..
huhu..just kidding
satu lg sis,
ana rase mcm pnh tgk anti kt berita harian, x clap ar..hoho
if i not mistaken u wrote very beautiful essay..i still keep it,becoz she is iium dentistry student, but at that moment she still in 2nd year..clap la ni..
ho..
duk cenfos first year
amk dentistry..
add to my ym-rajazulzaim@yahoo.com
nice to know u
Post a Comment