BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 9, 2009

APA FUNGSI CINTA





Kutuang cinta
Pada cangkir rasa
Kubelai derita
Pada dura deria

Katamu
Lima deria rasa
Tewas pada deria keenam
Kerana
Cinta ialah deria segala

Muntahkan lahar marah
Hamparkan karpet benci
Luahkan segalanya
Biar ia bersatu
Optimis dan terpandu

Agar kau mengerti
Cintamu oborku


Cinta ialah obor segala. Cintakan ilmu, amat aku dambakannya. Lelah dan resah makin menghimpit saat ujian makin mendekat. Insan sering bertangguh seakan jarum masa masih jauh sedang bayangan makin menghimpit. Jarum saat tak pernah berhenti berdetik menghambat minit yang lelah diburu jam. Saat jam menyulam hari ada debar makin kencang. Ada aorta yang galak mengepam sedang molekul oksigen makin berlarian.

Kata seorang pensyarah, perkara normal bagi pioneer batch ialah ketinggalan banyak aspek. Dengan teknologi yang mendahului, semakin kuat pula pensyarah membentuk momentum dengan ungkapan we are behind the time. Aku lelah mengejar kelas 8am -5pm yang kadang-kala jadi 740am-730pm. Aku lelah keluar masuk lab prostho bersilih ganti dengan lab mikrobiologi dan ditambah pula dengan ketinggalan tugasan optec di klinik.

Kali seorang technician, kerja membuat full denture tidaklah selelah membuat partial denture dan aku mula merasai bagaimana membuat clasp mencabar kesabaranku.
Usai saja eksperimen di lab mikrob, aku bergegas ke lab prostho, menyiapkan waxing atau boil out bagi full denture yang wajib disiapkan dalam minggu ini juga. Tiga kali boiling out, aku masih terpaksa menggunakan lecron untuk membuang wax yang masih degil melekat dalam flasking cast. Packing acrylic, esok saja aku siapkannya. Lelah menghuni setiap detik.

Dugaan tambah menekan saat ponston seakan menyepi kerana bukan sakit kepala yang menjelma tapi pening yang bertimpa-timpa yang sehingga kini aku masih tak punya remedinya. Tambah menyulitkan keadaan, sakit tekak mula menyerang. Suaraku jua mula berubah rentak. Aduh! Harus yang bagaimana. Rasa gatal dan kering tekak memaksa aku meminum banyak air suam. Barangkali alah kepada stone dan plaster of paris akibat tidak menggunakan mask di lab menyumbang kepada keadaan ini. Esok, aku pastikan aku menggunakan mask untuk packing acrylic yang baunya mampu merosakkan deria bauku.

Malam, rasa ingin balik ke rumah meronta-ronta memaksa kau membuatkan teman-teman yang turut sama ingin pulang minggu ini keluar membeli tiket. Terima kasih buat teman-teman yang sudi melayan hasrat hatiku. Dan aku melayan sakit dada yang hadir beriringan dengan batuk yang terasa semakin kering. Oh, Tuhan kurniakan aku kekuatan meladeni bicara-Mu.

0 respons: