Seminggu yang meletihkan. Dihambat kelas yang bermula saat mentari memunculkan diri dan berakhir saat mentari hampir pergi amat meletaikan badan. Kemuncaknya ialah Jumaat, 17 April 2009. Paginya ialah scaling-perio clinic. Saat 2 jam pertama saya ialah pesakit dan operatornya ialah K.Umi. Aduh, masih terngiang-ngiang di telinga bunyi scaler. Dan sakitnya kepala saat cuba membiasakan diri dengan alat itu. Dan sakit kepala saya kembali menyerang!
2 jam kedua, giliran saya untuk membuat scaling untuk K.Umi. kata Dr Lina, check dulu kewujudan kalkulus, barulah dibuat scalingnya. Pesakit pertama dan mangsa pertama saya untuk scaling. Hehe..maaf k.Umi andai ada air yang terpercik di muka dan membasahi tudungmu. Saliva ejector seakan tidak berfungsi dengan air dari scaler yang tempias ke merata tempat.
Scaling ini amat mudah dan menyeronakkan. Tapi, saya sempat berfikir, bagaimana keadaan kalau kerja nanti. Sekarang pun saya dah merasakan letihnya bebanan dan harapan sebagai seorang pelajar yang bakal membawa gelaran Dr di hadapan namanya. Balik saja dari kelas, saya tersadai dan sering saya tertidur selepas solat asar. Dan selepas saja solat Isya’ berjemaah saya terus saja mengembara ke alam mimpi yang berlanjutan hingga subuh.
Petangnya masih di klinik, tapi untuk operative dentistry. Tugas kali ini ilaah menyiapkan tampalan amalgam untuk 25. Klinik lepas, saya terpaksa membuang kembali tampalan yang dibuat disebabkan tidak evaluate lining-polycarboxylate cement dan tidak mengambil gambarnya dengan intraoral camera. Dan kali ini, saya terpaksa memulakan kembali dan hampir 3 kali saya membuat lining yang akhirnya disiapkan dengan bantuan Dr Zeefitri. Betapa seksanya ‘redo’.
Dan saat hampir 430pm barulah saya siapkan tampalan amalgam itu. Masih teringat komen Dr Maan melihat lining saya yang excessnya bertaburan di proximal dan distal wall-too bad! Rupa-rupanya saya tersilap menggunakan cement carrier untuk meletakkan amalgam itu instead of dycal applicator. Setelah carve dan membasahkan tampalan itu dengan cotton pellet untuk membuatnya kelihatan bersinar-estetic value tu, akhirnya saya berjaya menyiapkan 25.
Teringat pula cavity yang maasih belum dinilai. Entahkan diterima entahkan disuruh ‘redo’ yang pastinya akan memakan berjam-jam masa saya. Entahlah, tangan saya amat kaku menggunakan handpiece.
Rutin sekarang saat masuk klinik.
1. On dental chair dan computer
2. Siapkan alat pemeriksaan atas tray-tweezwe, probe dan dental mirror
3. On intraoral camera dan jangan lupa ambil gambar untuk setiap step yang dibuat
4. Pasang phantom head, jangan lupa gogglenya sekali
5. Pastikan ingat jenis instrument untuk setiap step
Itu kisah klinik dan belum tamat lagi kisahnya. Saat kami hampir siap jam 445pm, Dato’ datang membuat lawatan ke lab prostho yang dindingnya lutsinar bersebelahan kubikel saya. Aduh, kotornya lab itu dan nasib baik mood dato’ ok. Jadi, kami cuma disuruh membersihkannya dan bergotong-royonglah kami membersihkannya.
Saat 530pm saya bergegas pula ke lab mikrob untuk melihat keputusan eksperimen yang dibuat kelmarin dan saat jam hampir 6pm saya sampai di bilik dalam lapar dan letih yang teramat. Usai saja solat asar, saya tersadai. Mata enggan lelap namun letihnya mengerah seluruh tubuh membisu.
Hari ini Jumaat, namun saya tidak ke pasar malam disebabkan sudah berjanji untuk keluat makan selepas magrib, meraikan naqibah saya yang bakal berkahwin awal bulan 6 nanti dan kami tidak dapat menghadiri majlisnya disebabkan tengah menjalani Pro Exam. Dan saya sudah menjangkan apa yang bakal terjadi selepas itu. Pulang ke bilik, sembahyang dan terus lesap ke alam mimpi.
Aduh, bila lagi saya mampu membuka buku untuk pre pro 27 April ini?
Itu kisah klinik dan lab mikrob. Sekarang ialah kisah lab prostho. Setelah bertungkus lumus selama hampir sebulan dan ada teman-teman saya yang tidurnya jam 5am disebabkan menyiapkan full denture (saya tak pernah berjaga dan bukan prinsip saya berjaga semata-mata menyiapkan kerja teknikal begitu) akhirnya berjaya juga mencuri masa sejam selepas kelas untuk membuat final touch untuk full denture-polishing dan whitening. Alhamdulillah!
Namun, mendengar kata Prof Bazirgan membuatkan saya kembali termenung. Katanya, kelas selepas ini terus buat susunan untuk partial denture-acrylic type. Ada dua jenis partial denture: acrylic dan crom-cobalt dan acrylic dibuat dulu sebelum crom-cobalt.
Maknanya saya mesti menyiapkan:
1. Clasp
2. Survey dekat master cast
3. Trim master cast
4. Mount kat articulator
Dan bila saja saya mesti mencuri masa ke prostho lab ini?
Dan perasaan kembali bercampur baur…
p/s: gambar kat atas tu step2 denture --seksanya dan akhirnya siap..tapi masih ada whitening powder yang aku tak bersihkan dengan lecron..nanti dulu lah..aku letih dah ni..huhu
Friday, April 17, 2009
AIR MATA TEMPATNYA DI MANA?
by SaFiy iSkandAr at 7:21 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


1 respons:
huhuhuhu.
sabar je rr ye..mmg cmni pn keje kite sbg dentistry student..lab..lab..n labb..operative dentistry,pristho,ortho,perio dll..mmg tu rr jd bhn mknn seharian..
dh rr technical clinic kena "baik,benar dan rapi.."kata org indonesia...teori kena tersave kt kpala...tensen diwatnye klu kite pk...huhuhu..
so tipsnye...enjoy the work je..hati gumbira keje berjaya..hahahahahahhaa..
Post a Comment