
Bicara tentang kesihatan, saya memang alah dengan sakit kepala. sejak dari sekolah lagi, memang sakit kepala akan menyerang tanpa jadual. Dan setelah berbulan (agak-agak dekat 12 bulan kot) menyepi, akhirnya ia datang menyerang lagi.
Pandai pula pilih hari, ia hanya akan hadir menjelang exam besar- saya akan menghadapi 2nd pro 24hb november -28 hb. teman saya saat ini hanyalah panadol (dah lama saya tak minta ubat migrain yang setelah memakannya terasa kaki tak jejak pun di tanah) dan kain. Paracetamol untuk melegakan sakit dan kain untuk mengikat kepala supaya tekanannya dikurangkan.
Bahananya saya akan tidup macam orang tak pernah tidur sebulan. Tapi, mengenangkan exam is just around the corner, saya kuatkan semnagat melawan segala rasa macam yang mengganggu dan cuba menelaah pelajaran yang bertimbun.
Ya Allah, kurniakan aku secebis kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini.
Sebenarnya, sakit ini lanjutan kena hujan masa balik dari Kem Terendak tu. Wah! Pengalaman di situ amat bernilai, yang tak mungkin akan saya perolehi di tempat lain. Asalnya, kami ke sana untuk belajar Basic Life Support contohnya CPR -pemulihan asas kardiopulmonari.
Memandangkan kem yang kami jejaki ialah kem tentera yang terbesar di Malaysia, maka peraturan tentera terpaksa kami ikuti. Bayangkan betapa seksanya daripada orang awam terpaksa menjadi tentera untuk tempoh 6 hari (13-18hb october 2008). Sakit-sakit seluruh badan.
..to be continued later
Monday, October 20, 2008
SAKIT ITU PENGHAPUS NODA DAN DOSA
Monday, October 6, 2008
EID MUBARAK..after raya
Salam sesegar raya yang dikatakan sebulan sebab Syawal ada sebulan. Betul ke? Jangan percaya!! Takkan puasa 30 hari nak sambut raya pun 30 hari juga.
Raya kali ini, saya jadi insan yang paling bahagia. Masakan tidak, dapat berkumpul sesama ahli keluarga. Bukan senang nak dapat peluang ni. (Walaupun baju raya saya siap saat orang sedang sibuk bersiap untuk ke masjid sembahyang raya-jahit sendiri la tu).
Walaupun tak dapat duit raya dan tak juga bagi duit raya kepada anak-anak saudara (maaflah, tak kerja lagi..huhu), raya kali ini jadi raya yang paling bererti sepanjang hidup saya setakat ini.
Raya pertama, saya ke rumah kawan lama yang hampir 5 tahun tak jumpa. Wah, hampir-hampir saya tak mengenalinya.
Raya kedua, ke rumah saudara di Rantau Panjang. Dan... seterusnya, tak penat berjalan. Best!!!
Pesanan penaja: Jangan lupa puasa 6 yang ganjarannya menyamai puasa setahun
30 + 6 = 365
Subscribe to:
Posts (Atom)


